Saturday, January 29, 2011

TUAN IBRAHIM TIRU KONSEP ZAMAN JAHILIAH , GUNA ISU JANTINA PULA UNTUK TAGIH UNDI? NIK AZIZ TAK MARAH KE?...


Salam semua…
Penulis nak tergelak bila baca komen Tuan Ibrahim Tuan Man yang nampaknya sudah kekeringan idea bilamana beliau yang seolah-olah bercakap menggantikan muslimah  PAS menyeru pengundi-pengundi wanita dan guru di Tenang supaya mengundi calun wanita mereka, Cikgu Mala di samping tidak  mensia-siakan peluang bagi mengangkat martabat kaum hawa.
Penulis rasa hairan kenapalah  PAS hantar Tuan Ibrahim dan bukannya pemimpin-pemimpin muslimah  PAS, seperti Dr Lolo dan yang lain-lain bagi melontarkan seruan dan idea ini. Terasa amat janggal bebonar..
Nasihat penulis kepada Tuan Ibrahim, ikutilah seruan Mursyidul Am mereka, Nik Aziz, janganlah ikut zaman jahiliah bila cakap soal nak pilih undi.  Tidak ada bezanya untuk kita memilih pemimpin lelaki ataupun perempuan. Apa yang penting, pemimpin yang kita pilih nanti semestinya boleh buat kerja selain mewakili parti pemerintah yang adil lagi bijaksana seperti BN dulu, kini dan selamanya.
Ikuti paparan yang penulis ambil daripada Harakah Daily keluaran 29/01/2011( Klik di sini  ).
LABIS, Jan 29: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru pengundi-pengundi wanita dan guru di Tenang tidak mensia-siakan peluang bagi mengangkat martabat kaum hawa untuk menjadi jurubicara mereka di Dewan Undangan Negeri Johor.
“Pencalonan Cikgu Mala, seorang tokoh yang tegas dan mempunyai karisma sebagai pimpinan, serta pengorbanan beliau dalam meletakkan jawatan sebagai guru dan kehilangan segala pencen diharap akan menambah simpati pengundi kepada beliau,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.
Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata perkara yang menarik di pilihanraya kecil Tenang kali ini ialah kekalutan yang menimpa Wanita dan Puteri Umno yang dilihat kurang menyerlah apabila pemimpin yang diwar-warkan mereka, iaitu Ketua Wanita Umno Labis tidak dipilih sebagai calon.
“Wanita dan Puteri Umno kurang menyerlah, tidak sebagaimana kebiasaannya dalam PRK, hal ini banyak dikaitkan dengan kekecewaan Ketua Wanita Umno Labis tidak dicalonkan, sedangkan nama, gambar serta gempar-gempur beliau akan jadi calon telah diisytiharkan lebih awal, dan antara yang jelas kecewa ialah Ketua Wanita UMNO Sharizat Jalil,” ujar Tuan Ibrahim.
Profesyen perguruan juga agak tertinggal sejak kebelakangan ini terutama apabila golongan guru tidak lagi mendapat tempat dalam politik negara. Kalau dahulu guru menjadi tokoh pilihan untuk menjadi calon dalam Umnio, kini tidak lagi apabila ahli perniagaan pula yang mendapat tempat.
Di PRK Tenang, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sedang mencuba saranan terbarunya dalam  memilih calon PRK iaitu “BN akan memilih calon yang boleh menang (winnable candidate) yang tidak semestinya yang mempunyai jawatan dalam parti” dengan memilih Mohd Azahar Ibrahim, bekas ADO Rengit yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti sebagai calonnya.
"OK itu tidak ada masalah tetapi yang akan menjadi masalah nanti adalah dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13. Apakah faktor ini akan menjadi kriteria Najib?
"Andaikatalah Azahar benar-benar dibuktikan sebagai winnable candidate dalam pilihan raya kecil ini. Beliau mendapat undi yang besar bahkan lebih dari sasaran BN iaitu melebihi 5,000 undi majoriti.
"Apakah sebenarnya akan terjadi kepada kesemua pemegang jawatan dalam Umno sekarang di seluruh negara.
"Apakah mereka juga termasuk dalam senarai winnable candidate atau pimpinan Umno tidak lagi melihat mereka sebagai calon-calon yang berpotensi untuk menang,” tulis Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakahdaily di kolumnya dalam The Malaysian Insider.
Ada juga pemerhati politik yang berpendapat bahawa Umno-Barisan Nasional sedang melayan pengundi-pengundi di Tenang sebagai anak tiri berbanding dengan pilihanraya-pilihanraya kecil yang lain dengan jumlah wang yang ditaburkan jauh lebih sedikit dan ketiadaan janji-janji projek besar seperti kawasan lain.
Bahkan sepanjang kempen, Najib juga tidak berapa kelihatan di Tenang kerana yakin bahawa pengundi-pengundi yang marah di kubu kuat mereka tetap akan mengundi calon Barisan Nasional.
Berdasarkan pengamatan tersebut, Tuan Ibrahim menyeru pengundi di Tenang untuk membuat perubahan bagi menaikkan taraf mereka kepada status anak kandung Umno-Barisan Nasional dengan memberikan undi ke calon PAS bagi mencatatkan sejarah politik di Johor esok.
Tempoh berkempen bagi DUN Tenang akan berakhir jam 12 malam ini dan pengundi akan mula membuang undi bermula jam 8 pagi besok.

1 comment:

Dot said...

kepada pengundi tenang, jgn termakan ckp tuan man ni. puak2 pas mana ada peduli sangat hal2 ore tino ni? mrk lebih suka isteri2 mrk terperuk di dapur dari menjadi pemimpin. berapa kerat sgtlah yg mrk bagi peluang kalau tidak mendatangkan untung?

janganlah MENCACATKAN sejarah kemajuan tenang yg makin cemerlang di bawah bn selama ini dgn memilih pas!!!!