Monday, January 24, 2011

PRK DUN TENANG- LA ! , INGATKAN DAH TAUBAT…RUPANYA BUAT FITNAH LAGI?



Salam semua…

Bak seperti cacing kepanasan, dan rasa malu yang amat sangat, tup-tup Harakah Daily keluaran 24/01/2011 telah cuba menegakkan benang yang basah dengan bersusah-payah mencari  saksi-saksi yang entah tiba-tiba muncul memberi kenyataan menyokong parti PAS. 

Ikuti beberapa petikan menarik yang penulis ambil daripada paparan Harakah Daily dan daripada laman blog sahabat blogger pro BN,  Pisau.net bertarikh 21/01/2011.

1. "Mari tanyalah saya kalau nak tahu. Siapa yang memfitnah siapa sebenarnya?" kata Md. Razi Jamaludin (gambar), 39 tahun, salah seorang anggota Unit Amal yang bertugas hari itu. Turut serta adalah rakan beliau, Wasilah Gothol, 48 tahun.

2."Saya terlibat sepenuhnya menguruskan jenazah dari awal sehingga pengkebumian. Allahyarham sememangnya orang kuat Umno di sini. Saya difahamkan beliau telah bekerja keras malam sebelum pemergian beliau ke rahmatullah untuk urusan sambutan kedatangan Najib.

Kita baca pula kenyataan kawan dan jiran Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din yang ceritanya diambil daripada sahabat blogger pro BN Pisau.net bertarikh 21/01/2011.

“Artikel Haprak Daily disanggah oleh Saudara Aminoor Syahfizan ,jiran yang tinggal berhadapan rumah arwah Abdul Latif.

Menurut Aminoor beliau dan jiran jiran arwah berserta qariah masjid yang menguruskan dan menyembahyangkan di hospital .Kesemuanya adalah Ahli UMNO.

Arwah Abdul Latif tidak tinggal di Felda Tenang,sebaliknya tinggal di Bandar Segamat.Felda Tenang hanyalah kampungnya .Rumah peninggalan ayah arwah pun tiada siapa yang duduk dan sudah lama kosong.

Arwah juga bukan Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang sebaliknya beliau adalah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air.

Menurut saudara Aminoor ,Arwah pernah menyebut semasa hayatnya yang dia mahu disemadikan dikampungnya di Felda Tenang.

Dakwaan kononnya jenazah dibiarkan di masjid adalah tidak benar sama sekali, Aminoor ,rakan rakan dan qariah yang menguruskan jenazah dibilik mayat hospital Segamat terus menghantar mayat ke Felda Tenang.

Menurut Aminor ,Oleh kerana rumah pusaka arwah sudah lama kosong dan tidak digunakan, jenazah terpaksa ditempatkan di masjid Felda Tenang.”
Keseluruhan berita Harakah Daily boleh baca di  sini.
 
LABIS, 24 Jan: Lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia mengaku bahawa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak menziarahi jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia ketika lawatan beliau ke situ kerana tidak mengetahuinya.

Pengerusi Biro Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hamzah Manaf, 77, dan beberapa pemimpin setempat berkata, tindakan Najib tidak melawat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din, 61, bukannya suatu isu kerana Perdana Menteri memang langsung tidak mengetahui mengenai kematian Allahyarham kerana tidak dimaklumkan mengenainya, lapor Utusan hari ini.

Abdul Latif meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

Rombongan beliau juga lalu di hadapan masjid yang menempatkan jenazah Allahyarham sejak jam 10 pagi ketika beliau menuju ke Felda Chempelak pada sebelah paginya.

Di samping tidak diziarahi, imam masjid juga terpaksa ke majlis PM menyebabkan tidak ada siapa yang mengurus dan mengimamkan solat jenazahnya.

Hasilnya, Ustaz Che' Zuha,  Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pahang mengimamkan jenazah pada jam 2 petang  iaitu selepas solat Zohor kerana kedua-dua imam tidak kedapatan di masjid ketika itu.

Namun hari ini, Utusan berkata, mereka sengaja meminta keluarga simati untuk mengimamkannya.

Padahal, kedua-dua imam tiada di masjid hatta untuk mengimamkan solat fardhu Zuhur kerana imam diarahkan oleh Umno cawangan supaya menghadiri majlis sambutan kedatangan Najib.

Calon PAS, Cikgu Normala Sudirman (ketika belum sah  sebagai calon lagi) bersama para petugas PAS dan anggota Unit Amal yang berada di situ segera menziarahi jenazah dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.


Mereka juga bersama ahli qaryah menguruskan jenazah dari awal sehingga ke proses gali kubur dan pengkebumian.

SIAPA FITNAH SIAPA

"Siapa fitnah siapa ni? Kita (Cikgu Mala, petugas PAS dan Unit Amal) hadir menziarahi dan menguruskan jenazah dengan ikhlas dan secara sukarela tanpa disuruh oleh sesiapa. Mereka memanipulasi berita dan menuduh kita yang bukan-bukan. 






"Mari tanyalah saya kalau nak tahu. Siapa yang memfitnah siapa sebenarnya?" kata Md. Razi Jamaludin (gambar), 39 tahun, salah seorang anggota Unit Amal yang bertugas hari itu. Turut serta adalah rakan beliau, Wasilah Gothol, 48 tahun.

"Saya terlibat sepenuhnya menguruskan jenazah dari awal sehingga pengkebumian. Allahyarham sememangnya orang kuat Umno di sini. Saya difahamkan beliau telah bekerja keras malam sebelum pemergian beliau ke rahmatullah untuk urusan sambutan kedatangan Najib.

"Namun, apa yang berlaku ialah, kematian beliau tidak dihiraukan langsung oleh UMNO
hatta Ketua UMNO sendiri. Yang meninggal itu S/U nya sendiri, bukan orang lain!"

"Tidak patut bagi seorang pemimpin tidak menghiraukan org bawahannya apatah lagi ini melibatkan kematian," katanya lagi.

Bagi beliau, kerja ziarah orang mati, bertahlil untuk ahli qariah, gotong royong, memang sudah menjadi kerja rutin orang PAS.

"Jika bukan pilihanraya kecil pun, memang itulah kerja kita. Mengapa sebelum ini Umno tidak timbulkan sebarang isu? Bahkan jika ada majlis-majlis seperti itu, orang Umno juga yang jemput kita sebelum daripada ini untuk tolong uruskan dan menggerakkan. Jadi dalam hal ini, siapa mempolitikkan siapa sebenarnya?" tanya beliau kesal.

 P/S – Kalaulah nak dibuat perbandingan, mana satu kenyataan yang paling ikhlas lagi boleh dipercayai samada daripada  Md. Razi Jamaludin, hanya sebagai  salah seorang anggota Unit Amal PAS yang bertugas hari itu ataupun Saudara Aminoor Syahfizan ,jiran yang tinggal berhadapan rumah arwah Abdul Latif ?

Apa-apapun PAS nampaknya mula-mula membuat fitnah terlebih dahulu.  Sepatutnya mereka tidak boleh sama sekali mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh kerana  sengaja menimbulkan suasana kecoh dengan membuat beberapa tuduhan melulu tanpa usul periksa. Lebih-lebih lagilah bila isu ini melibatkan orang yang sudah mati.

Mana perginya pemimpin PAS  yang mula-mula terlibat mensensasikan berita fitnah ini yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh?

 
Mana perginya pemimpin PAS  yang mula-mula terlibat mensensasikan berita fitnah ini yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh (gambar di atas) ?

Kenapa lari? Patut la ‘last’ sekali mereka terpaksa panggil anggota bawahan iaitu  petugas daripada Unit Amal PAS, Md. Razi Jamaludin bagi menjawab semua persoalan yang timbul. Apa punya ketua macam lu…baling batu, sembunyi tangan ka ?

1 comment:

dina said...

Dlm isu jenazah ini sepatutnya tidak dijadikan bahan untuk memancing undi, kerana pengurusan jenazah fardhu kifayah wang wajib dilakukan tidak kira apa parti sehingga selesai. Tetapi oleh kerana tiada bahan utk kempen perkara yang kecil pun dijadikan bahan, lepas tu org yang buat fitnah tidak mahu bertanggongjawab, dan suruh orang bawahan jawab, ini memang cara orang berkenaan (pihak pembangkang)mereka tahu kawasan DUN Tenang sukar bagi mereka sebab itu isu kecil hendak diperbesar-besarkan. Diharap pengundi bijak memilih calun dan apa yang tuan/puan rasai hari ini adalah hasil perjuangan Umno yang telah berkubu di Johor sejak Dato Onn lagi. SELAMAT MENGUNDI, jangan lupa tanggungjawab kita bagi menentukan masa depan kawasan kita.