Tuesday, January 11, 2011

NOVEL INTERLOK – ANUAR IBRAHIM KATA OK PELIKNYA MIC DAN PPP PULA DOK BERKARAOKE?

Salam semua…

Penulis hairan kenapalah sebilangan kecil kaum-kaum India termasuklah pemimpin-pemimpin India daripada parti MIC dan PPP,  ribut tidak,  puting beliung pun tidak, tiba-tiba saja naik minyak seluruh badan bersama-sama dengan pemimpin parti politik pembangkang mempolitikkan isu novel Interlok ini?

Siap boleh bakar novel lagi. Apalah jenis manusia seperti ini. Hari ini mereka marah, mereka bakar novel. Manalah kita tahu, lain hari kalau mereka marah, mereka bakar novel dengan penulis-penulisnya sekali…

Dah lama dah buku ini diterima pakai di sekolah dan dijual dipasaran. Tak habis-habis lagi ke dengan modal politik murahan ini. Semua orang susah hati dan kecewa dengan isu ini. Banyak masa yang sepatutnya digunakan kepada perkara-perkara yang berfaedah telah dibuang begitu saja dek kerana isu novel Interlok ini.

Ingatkan pemimpin-pemimpin pakatan rakyat saja yang dok sibuk, MIC dan PPP pun dok kalut juga? Klik di sini.

Yang paling menghairankan penulis, kali ini lain pula bunyinya . Ketua Umum PR, saudara Anuar Ibrahim nampak lebih rasional katanya OK tak rasispun !

Ikuti paparan yang penulis ambil daripada Utusan Online bertarikh 11/01/2011 (atau klik di sini.).

PETALING JAYA 11 Jan. — Novel Interlok tidak mempunyai elemen rasis seperti yang disuarakan oleh pihak tertentu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya dah baca novel ini sudah lama, saya tidak nampak apa-apa yang rasis pun,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Anwar mencadangkan satu perbincangan dilakukan antara mereka yang mempertikaikan mengenai novel itu dan Kementerian Pelajaran.

Beliau diminta mengulas desakan golongan tertentu yang mahukan novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain diharamkan daripada dijadikan antara novel untuk komponen sastera Bahasa Malaysia di Tingkatan Lima bermula tahun ini kononnya ia mempunyai unsur yang menghina kaum India di negara ini.

Mengenai kritikan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa “Pelan 100 Hari” yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya, Anwar berkata beliau sedia berdebat dengan Perdana Menteri mengenai perkara itu. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Hanya lulusan kesusasteraan yang boleh memberikan komen yang bernas dalam isu Interlok, keh! keh!