Salam semua…
Penulis mendapat berita terbaru mengenai kecurian di rumah Rocky’s Bru seperti yang dilapurkan oleh Harakah Daily, 7/1/2011. Klik di sini.
KUALA LUMPUR, 7 Jan: Rumah blogger proUmno Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai Rocky's Bru dipecah masuk dan kereta Peugeot 470 miliknya dicuri awal pagi ini, di Taman Damai Utama, Puchong.
Ahirudin, 49, yang juga Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail ketika dihubungi Bernama berkata, kejadian itu berlaku sekitar 3 pagi ketika beliau, isteri dan ibu mentua, dan tiga anak serta tiga anak saudara, sedang tidur.
"Kejadian itu disedari apabila ibu mentua saya bangun kira-kira 5 pagi dan melihat pintu utama rumah terbuka luas," katanya yang dipetik Bernama.
Ahirudin berkata bahawa sebaik menyedari perkara itu, ibu mentuanya memanggilnya dan beliau mendapati keretanya yang bernilai lebih RM100,000 dilarikan penjenayah.
Turut dibawa lari jam tangan isterinya yang diletakkan di atas meja di ruang tamu.
"Mungkin barang rumah kami tak banyak, jadi bila nampak kunci kereta mereka terus mengambilnya. Saya bertanya kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahan ini dan mereka nampak kereta saya dibawa keluar kira-kira jam 3 pagi," katanya.
Nama Ahirudin kembali diperkatakan di blog-blog sejak bulan lalu ekoran satu laporan di blognya yang menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa salah seorang menteri Malaysia telah merogol seorang pembantu rumah warganegara Indonesia.
Laporan itu menggemparkan negera apabila mendakwa kejadian tersebut berlaku di era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan diketahui Abdullah sendiri, namun tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap menteri tersebut.
Sebelum ini juga, Ahirudin pernah disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SCMM) ekoran tindakannya mendedahkan dalam blognya anak seorang menteri mendapat projek dari kementerian yang dijaga oleh menteri berkenaan.

3 comments:
jangan suka buat fitnah siasat dulu !!
Salam saudara abraz,
Penulis bukannya buat fitnah. Cuba baca baik-baik. Penulis cuma melapurkan apa yang dipaparkan oleh Harakah daily hari ini.
Sebaliknya jangan buat tuduhan melulu...kena teliti dulu...
Salam bro...
Apa lak bangang abraz nih..kalau berita tak betul..yang buat fitnah sebenarnya Puak Harakah PAS punya.
Silap-silap kau nih orang PAS kot, sudah geharu cendana pula..sudah tahu bertanya pula...
Post a Comment