Wednesday, January 19, 2011

ALAHAI PAS…PAS.. ORANG MATIPUN NAK BUAT ISU POLITIK ?



Salam semua…

Penulis rasa agak malu yang amat sangat bila banyak blog-blog pro pembangkang termasuklah lidah rasminya, Harakah Daily hari ini yang telah mensensasikan berita tentang jenazah  Setiausaha Umno di kawasan Dun Tenang dikatakan terbiar kerana ramai orang tempatan termasuklah  imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda kelmarin.

Apa yang lebih menyakitkan hati penulis, bila ada di kalangan ahli-ahli PAS yang sanggup buat tohmahan katanya  "Jadi kalaulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri tak pergi menjenguk jenazah itu, apa halnya pula dengan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno lain di kawasan itu sehinggakan mereka juga turut meninggalkan jenazah itu begitu sahaja?"

Penulis tidak pasti kesahihan tohmahan ahli-ahli PAS berkenaan yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh. Akan tetapi mungkin ada cerita yang tersendiri disebalik tohmahan mereka itu. Hanya rakan dan  jiran tetangga kepada Allahyarham Abdul Latif Subhi bin Mohd Din saja yang tahu kisah  sebenarnya.

Kalau benarpun cerita berkenaan, kenapalah hendak diungkit-ungkit kebajikan yang kita dah buat kepada Allahyarham dan keluarganya. Bukankah apa yang kita buat itu adalah kewajipan kita sebagai seorang Islam yang bersedia pada masa itu? Janganlah berburuk sangka pada Imam berkenaan,  DS Najib serta pemimpin-pemimpin UMNO yang hadir pada masa itu.

Secara logiknya, takkanlah mereka dengan sengaja bertindak sedemikian rupa. Amalan dalam Islam bukanlah  begitu caranya. Kecualilah pada tarbiyah PAS yang selalu membeza-bezakan fahaman parti seseorang dengan seseorang yang lain tidak kiralah dalam apa juga keadaan dan waktunya. Misalnya dalam kes kematian pun mereka nak bergaduh pasal parti. Namapun fardhu kifayah, sesiapa saja yang rasa ada keihklasan dan berkemampuan untuk buat tu,  buat sajalah.

Mereka kena faham baik-baik, fardhu kifayah ni, tidak membataskan samada seseorang itu Islam daripada PAS ataupun UMNO!  Jadi, janganlah mempolitikkan isu jenazah terbiar ini! Semua tanggungannya adalah sama. Tak gitu Tuan Guru Nik Aziz?

Ungkapan tidak ikhlas berunsur kejian daripada mereka seperti berikut;

“ mujur juga para petugas PAS dari Pahang berada di kawasan itu. Dengan itu, dapatlah mereka membantu menguruskan jenazah terbabit seperti yang dituntut dalam Islam”

Sepatutnya tidak perlu kata-kata bongkak seperti di atas kerana takkanlah orang-orang masjid termasuk pak-pak Imam nak membiarkan jenazah terbujur begitu saja. Memang tidak masuk akal langsung. Nampak sangat mereka sengaja menyakitkan hati penduduk setempat dengan kata-kata ala-ala perli mereka itu.

Ikuti paparan keseluruhannya yang penulis ambil daripada harakah daily bertarikh 19/01/2011 ( Klik di sini  ).

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Para pengundi di kawasan Dun Tenang, khasnya dan penduduk di seluruh negara amnya, boleh melihat sendiri betapa Umno tidak mementingkan agama dalam sistem pentadbirannya dan dalam kehidupan di dunia ini.

Bukti terbaru yang paling jelas boleh dilihat terhadap sikap mereka yang tidak langsung mengambil peduli tentang tanggungjawab fardu kifayah, apabila Setiausaha Umno di kawasan Dun Tenang meninggal dunia semalam dibiarkan begitu sahaja. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh (gambar) berkata, kejadian itu merupakan satu petunjuk Allah kepada orang ramai betapa Umno hanya bercakap mementingkan agama, tetapi tidak melaksanakannya.

Menurut beliau, semua itu amat berbeza dengan PAS yang sememangnya mementingkan agama dalam segala hal, sehingga ternyata PASlah yang ternyata lebih terkehadapan dalam aspek agama dalam semua bidang berbanding Umno.

"Pada hal, urusan menguruskan kematian seseorang itu adalah satu perkara penting. Ia termasuk dalam fardu kifayah. Jika tiada orang yang melakukannya, seluruh penduduk di kawasan itu menanggung dosanya.
"Jadi kalaulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri tak pergi menjenguk jenazah itu, apa halnya pula dengan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno lain di kawasan itu sehinggakan mereka juga turut meninggalkan jenazah itu begitu sahaja?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian menyedihkan apabila para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam, apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

Harakahdaily hari ini melaporkan, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.
Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ," kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.
Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pegawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.
"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.
Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak  jam 10 pagi, ia  tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.
Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan calon PAS dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.
Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Dr Sheikh Ibrahim berkata, beliau difahamkan, kejadian tersebut berlaku kerana kesemua pemimpin Umno di kawasan itu dipaksa hadir ke majlis PM sehingga menyebabkan mereka tidak berani mengingkari arahan itu.
"Itulah bezanya mereka dengan para pemimpin dan ahli-ahli PAS. Bagi ahli PAS, kalau pun kepimpinan tinggi datang ke kawasan mereka, tidak semua mereka akan hadir ke majlis itu sekiranya berlaku kematian di kawasan itu.

"Sebaliknya, sebahagiannya pasti akan menguruskan jenazah sehingga selesai acara pengkebumian, manakala sebahagiannya akan berada bersama pemimpin.
"Tetapi bagi para pemimpin dan ahli-ahli Umno, mereka ternyata berbeza dengan para pemimpin dan ahli-ahli PAS. Mereka sanggup meninggalkan jenazah begitu sahaja kerana lebih mengutamakan pemimpin mereka. Patutkah terjadi perkara seperti itu dalam kehidupan ini?" katanya.

Namun katanya, mujur juga para petugas PAS dari Pahang berada di kawasan itu. Dengan itu, dapatlah mereka membantu menguruskan jenazah terbabit seperti yang dituntut dalam Islam.

6 comments:

zethro said...

Puak2 hamPAS ni ketandusan isu di Tenang. Jd terpaksa la dorang 'reka isu' supaya rakyat nampak dorang ni btul2 nak bawa isu rakyat tempatan. Isu yg tak lebih tak bukan hanya lebih kpd unsur2 fitnah yg mmg jd kebiasaan Haramkah Daily.

pacat said...

yang sebenarnya diorang nak tunjuk baik je nak raih undi.. bukan tak ada orang nak uruskan tapi PAS sibuk nak tunjuk diorang bagussss sangat dalam mengampu untuk meraih undi.Kalau ada orang tua terberak pon sanggup diorang cibukkan...
sedangkan ditempat lain.. jenazah ahli atau penyokong umno mati2 takkan diuruskan!!!

yang pasti.. urus jenazah kerana UNDI!!!

Penditakainsingkat said...

Kan Pas tu kerjanya peralatkan agama.

Mereka bukan beramal kerana Allah tetapi kerana politik.

Laksamana Bentan said...

Pas tidak ada isu untuk menentang UMNO yang sudah sekian lama berada di hati seluruh rakyat Malaysia.

Oleh itu terpaksalah gunakan apa sahaja yang boleh untuk discredit UMNO.

Saya setuju pas beramal bukan kerana Allah tetapi kerana politik!

Bahtera Merdeka said...

Tipu daya politik pas tidak ada sempadan. Sekiranya dianggap boleh mendatangkan keuntungan mereka akan gunakan walaupun melanggar sempadan agama.

Kita berasa kasihan dengan ahli dan pengikutnya yang sudah terpesong dari ajaran Islam sebenar hanya kerana politik tidak bermaruah yang dibawa oleh Pas.

Marilah kita berdoa semoa mereka ini diberi taufiq dan hidayah supaya terbuka hati dan minda untuk kembali ke pangkal jalan.

Tersesat bersama DAP yang cita-citanya hanya untuk melemahkan umat Islam di negara ini dan merampas kuasa politik Melayu-Pribumi bagi digantikan dengan Ketuanan China DAP.

Anonymous said...

salam hon link /banner
http://wicararumi.blogspot.com