Salam semua…
Penulis menyambut baik saranan beberapa pihak supaya diadakan dialog secara tertutup bagi meredakan suasana panas yang melibatkan di antara Ustazah Nor bahiyah dengan Pemuda Majlis Gereja Malaysia.
Isu ini timbul bila Pemuda Majlis Gereja Malaysia menuntut supaya Ustazah Nor Bahiyah meminta maaf di atas dakwaan kononnya beliau mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat semasa mengendalikan rancangan yang disiarkan oleh TV tempatan.
Dalam rancangan berkenaan, Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata: “Maksiat, disko, couple-couple, bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian."
Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata demikian melalui satu rancangan yang membincangkan hukum sambutan Hari Valentine melalui sebuah televisyen tempatan sebelum ini.
Meminjam pandangan yang dikemukakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, menerusi Ketua Penerangannya, Suhaizan Kayat katanya perkara itu berlaku kerana kurangnya dialog di antara agama dalam negara ini.
Jadi, dengan adanya dialog tertutup di antara pihak yang terlibat, mereka mampu mengatasi masalah yang dihadapi tanpa perlu menghebahkannya di media-media.
4 comments:
Gua takde hal pasal dialog2 nie asala sahaja yang nak berdialog tu faham Christianity bukan Islam , meaning macam landasan KTM ,,they'll never meet.
Personally personaliti yang terdapat dalam Bible takde yang tercatat dalam AQ...insiden maybe coincidence je.[harap faham maksud gua bro]
Bukan menghina puak2 mereka tetapi mengingtkan mereka we are not the same...[para pendialog tu kena lah berwaspada jgn sampai tergelincir...wallahuwa'lam]
Kami tidak mempersoalkan agama Islam. Kenapa kamu kaitakan agama Kristian dengan maksiat?
Ini orang Siti Bahayah patut sedar kita semua manusia biasa sahaja. Kenapa perlu nak sakitkan hati kami seolah-olah kami ini tak ada hak hidup di dunia.
Kalau pun kami berdosa, kita tanggung dosa itu. Kami tahu kalau kami berdosa kami masuk neraka. Kami bukan bodoh palui ba.
anon 3.00 said..Kami tidak mempersoalkan agama Islam. Kenapa kamu kaitakan agama Kristian dengan maksiat?
well anon ada beberapa perkara dalam hal ini yang anda kena tahu dari kata2 anda .
1/ Ustazah bukan manusia 'biasa'..dia berilmu dan arif dalam peraturan agama Islam..dan menjadi tanggungjawabnya memingatkan kepada semua umat Islam akan keburokan yang terdapat dalam sambutan tersebut .[rancangan rohani yang sedang kita bincangkan yang jelas ditujukan kepada orang2 Islam...tanpa tujuan menyakitkan sesiapa.]
2/Contoh agama christian ini bermula lama sebelum ada yang mempertikaikannya menurut CCm 1990AN...Apakah yang salahnya fakta ini...bukan kah apa yang ustazah lakukan menerangkan akan kesilapan yang sama..cuma kepada masyarakat ISLAM tidak lebih dari itu..beliau tidak bercakap kepada kaum selain ISLAM..[bezanya sikit je beliau tidak mempertahankan agama kristian,..salahke, beliau tiada hak bercakap bagi pehak kamu..]
3/ Dosa atau tidak,apa yang diperkatakan oleh ustazah khas bagi penganut agama Islam dalam konteks ISLAM [nothing to do with other religion..]anda mencelah [intruding] dan cuba mengajar orang Islam bagaimana nak menjadikan umat muslim dari pandangan agama anda..get what i mean..She is not doing this,as you claimed.
sgray, point kamu betul, masalahnya kita tinggal di dalam negara yang mesyarakatnya MAJMUK. Setinggi mana pun ilmu agama seseorang, sepatutnya akal dan ilmu sosial pun harus tinggi juga. Sebagaimana umat Islam sensitif dengan pegangan agama mereka begitu juga umat agama lain. Bezanya, agama Islam ialah agama rasmi dan terjaga di Malaysia dan agama lain TIDAK.
Post a Comment