Friday, February 04, 2011

PERHIMPUNAN DI KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT – MOHAMAD SABU BERI AMARAN AKHIR KEPADA KERAJAAN?


Salam semua…
Penulis hairanlah dengan sikap ahli-ahli PAS yang suka buat kecoh. Tengah orang-orang UMNO bertungkus-lumus memberi pertolongan kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir, puak-puak PAS yang tidak ada kerja ni bersusah payah berkumpul ramai-ramai kononnya untuk menyerah memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat sebagai membantah sokongan negara itu terhadap pemerintahan Hosni Mubarak yang ditolak rakyat.
Yang sedihnya beberapa pemimpin PAS telah mengambil kesempatan di dalam keriuhan orang ramai tadi memberi kata dua kepada kerajaan UMNO-BN. Antara yang berhujah adalah saudara Mohamad Sabu dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh.
Ikuti beberapa petikan menarik  daripada  intipati  ucapan nakal mereka seperti yang disiarkan oleh Harakah Daily:
1.Mohamad Sabu pula dalam ucapannya turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia juga akan bangkit jika dizalimi sedemikian rupa.
2.Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh antaranya berkata himpunan hari ini adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan mana-mana kerajaan terhadap rakyatnya.
"Kita benci kepada mana-mana kerajaan yang melakukan kezaliman... Kita mahu kerajaan merealisasikan kehendak rakyat sekiranya tak ingin jadi seperti kerajaan Tunisia dan Mesir,"katanya.
Ulasan Penulis:
Wow..hebatnya Mohamad Sabu dan Ustazah Nuridah, siap boleh warning kerajaan lagi. Cukup-cukuplah, kalau nak marah pada kerajaan UMNO-BN pasal menang di PRK DUN Tenang, janganlah terbawa-bawa dekat Kuala Lumpur ni.
Yang lepas-lepas tu sudahlah. Janganlah sampai boleh menghasut orang ramai supaya membenci kerajaan pula. Kalaulah tak berpuas hati, nanti masa berkempen dekat Melaka, buatlah yang sebaik-baiknya. Isu di Mesir ni, tidak bersangkut-paut langsung dengan kita.
Kalau cakap pasal kerajaan tidak adil dan zalim ni, pi lah sendiri ke negeri Kelantan. Awat, kerajaan PAS Kelantan adil sangatkah kepada rakyatnya. Adakah patut pelajar mereka yang susah nak balik dari Mesir, mereka hantar duit poket sebanyak RM93.68 seorang? Ini baru tak adil namanya!.. Sepatutnya depa kena buat demontrasi di Kelantan dan bukannya menyalahkan kerajaan persekutuan itu dan ini. Cuba pi tengok anak-anak puak-puak PAS yang belajar di Mesir sana tu sapa yang tolong? kalau tak kerana kerajaan UMNO-BN, susahlah mereka. Sepatutnya mereka perlu ucap terima kasih kepada kerajaan. Ini tidak...katanya zalim. Mereka (PAS) yang sebenarnya zalim kerana tidak meletakkan kebaikan kerajaan UMNO-BN pada tempat yang sepatutnya.!!
Kesemua kandungan artikel yang disiarkan oleh harakah boleh baca di bawah ini  (Klik di sini.   ).

Rusly Yasmin    
KUALA LUMPUR, 4 Feb: Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah sokongan negara itu terhadap pemerintahan Hosni Mubarak yang ditolak rakyat
Penyerahan memorandum tersebut disertai wakil-wakil parti politik dari Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan NGO.
Mereka termasuk Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden PSM Dr. Nasir Hashim dan Penyelaras PSM, S. Aruchelvan dan lain-lain.
Dianggarkan hampir 10 ribu menyertai himpunan kali ini selepas kali pertama himpunan sama dibuat Isnin lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi mengutuk kekejaman kerajaan negara itu dibawah Presidenya, Hosni Mubarak.
Beberapa wakil pemimpin yang hadir turut menyampaikan ucapan ringkas, dan kesemuanya antara lain turut mengingatkan kerajaan Malaysia agar mengambil iktibar dari apa yang ditunjukkan rakyat Tunisia dan Mesir.
Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh antaranya berkata himpunan hari ini adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan mana-mana kerajaan terhadap rakyatnya.
"Kita benci kepada mana-mana kerajaan yang melakukan kezaliman... Kita mahu kerajaan merealisasikan kehendak rakyat skiranya tak ingin jadi seperti kerajaan Tunisia dan Mesir,"katanya.
Mohamad Sabu pula dalam ucapannya turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia juga akan bangkit jika dizalimi sedemikian rupa.
Selain mereka, turut serta menyokong memorandum bantahan itu Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Citizens International, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).
Himpunan itu bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan dan semburan watercanon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU.
Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum.
Polis didakwa menggunakan kekerasan dengan memukul, menyepak dan memaki peserta himpunan dan difahamkan tujuh ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.
Terdahulu, lebih 7000 rakyat berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat.
Himpunan memulakan diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor.
Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya.
Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.
Mereka membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.
Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.
Sekurang-kurangnya 50 NGO turut   sama dalam himpunan tersebut.

5 comments:

Anonymous said...

SURUH MAT SABU SETTLE KES PENIPU TABUNG MEMALI DULU DOK JADI BARUA DAP TAK GUNA..

Anonymous said...

Mat Sabu..
Org pertama kena tangkap khalwat..,
Org pertama kata Al Juburi..,
Org pertama kes Tabung Memali..
Org pertama sapu bini kawan..
Org pertama kena halau dari Penang..
Org pertama kena reject dari K,ltan..
Org pertama pembohong diKuala Kedah..
Org pertama digelar Mat Sapu..
Org pertama kena turun pangkat..jadi AJK je..
Mat Sabu..pembohong..penipu..setahap dengan yg dah kealam baqa berasaldiKelantan tu..

Anonymous said...

ramai terpedaya drngan mat syabul bilik 101 hotel perdana ni budak2 hingus senang kena hasut maklum lah hutang ptptn tertunggak kot2 dapat free nanti

Anonymous said...

apa yang pasti....hudud yang dicanang2kan selama ini...yang 'membezakan' antara UMNO dan PAS...antara 'moderate'...dengan 'tulen'....sudah hilang sama sekali 'perjuangan jihad' itu...apa kes..?

sedangkan kalimah ALLAH S.W.T depa tak pertahan...malah kuarkan pernyataan yang keliru lagi mengelirukan....sehingga 'sesat lagi menyesatkan'....depa nak kata psal zalim plak...?

wallahu'alam...

sgray said...

Ada lebih baik mereka nie berdemo kat Penang..Kezaliman atas bangsa melayu sedang giat...dari menjadi barua Yahudi menggulingkan kerajaan Mesir.Rakyat Mesir tak perlukan mereka, yang memerlukan mereka ada kat PEnang nun....orang2 melayu dan kaum2 yang tertindas.

OOpps lupa lak mereka pun bersekongkol dengan apa yang terjadi kat Penang tu...Apa agaknya pengertian KEZALIMAN....oleh juak2 Pakatan Anti Sejahtera nie!