Friday, February 18, 2011

IDRIS AHMAD : SAYA CABAR ANDA SEMUA, SILA BUKTIKAN KENYATAAN NIK AZIZ SESAT…


Salam semua…
Ketua Penerangan PAS Pusat, Saudara Idris Ahmad, hari mencabar  sesiapa saja supaya memberi bukti bahawa kanyataan Nik Aziz sebelum ini adalah sesat. Maka penulis menyahut cabaran beliau supaya beliau sendiri yang mengupas maksud kenyataan ketuanya . Sebelum itu, kita lihat dulu  komen beliau seperti yang disiarkan oleh Harakah Daily, 18/02/2011;
Buktikan kenyataan Nik Aziz sesat… Oleh Idris Ahmad    
Tuduhan Tun Mahathir Mohamad yang mengatakan PAS telah longgar pegangan agama sejak berkawan dengan Pakatan Rakyat adalah tidak benar. Tolong buktikan di manakah kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalahi syariat dan merugikan perjuangan Islam.
PAS mempunyai bukti kenyataan Tun yang mengguriskan Islam dan umat Islam selama ini. PAS boleh buktikan dengan tahalluf siasi Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno bersama Barisan Nasional dalam program Islamisasi. Masjid di negeri Pakatan Rakyat makmur dengan majlis ilmu sedangkan di waktu yang sama, di negeri Umno memerintah masjid mati sebelum penduduk mati.
MCA berkawan dengan Umno 53 tahun gagal untuk memahami hukum bersalam lelaki dengan perempuan. Puncanya pemimpin orang seperti Tun gagal menunjukkan watak sebagai seorang Muslim yang hakiki.
Kenyataan Tun agak kelakar, kerana menuduh Tuan Guru Nik Aziz hanya  hendak menang pilihan raya. Mana ada parti politik yang bertanding tidak mahu menang. Parti tupperware saja yang tidak mahu menang.
Sepanjang Tun memimpin Umno, bermati-matian melanggar segala undang-undang dan mencabul demokrasi, semuanya kerana hendak menang pilihan raya.
Memang PAS hendak menang pilihan raya, supaya Islam dihayati. Bukan dapat kuasa supaya Islam dimatikan dan syiar Islam dipadamkan. Perjuangan Pas berbeza dengan Umno. Umno menjadikan Islam sebagai alat, bukan matlamat.
Sepanjang PAS bertahalluf dengan parti yang berlainan ideologi, tidak ada yang rugi kepada Islam dan PAS di negara ini. Malah PAS mengambil peluang untuk berdakwah dan menjelaskan keadilan Islam. Selama ini mereka kabur, membuktikan 53 tahun Umno gagal menjelaskan Islam yang sebenar.
Tuduhan Tun yang mengatakan PAS tidak bela penindasan umat Islam di luar negara. Mungkin Tun, buat-buat lupa atau sengaja membuat tuduhan jahat kepada PAS. Seolah-olah Pas parti bawah tempurung sahaja, tanpa memperdulikan umat Islam lain yang tertindas.
Tun tidak sedarkah peranan yang dimainkan oleh PAS dalam isu Palestin, Perang Teluk, perang Afghanistan, Selatan Mindanao, Acheh. PAS membantu dengan sekadar kemampuan sebagai parti yang tidak memerintah  negara dengan memberi nasihat dan menghantar barang-barang keperluan kepada mereka yang memerlukan ketika misi kemanusiaan ke negara tersebut.


BERIKUT ADALAH SEBAHAGIAN PETIKAN DARIPADA KENYATAAN NIK AZIZ YANG SETENGAHNYA BOLEH MEROSAKKAN AKIDAH ISLAM;
1. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999
2. “Memang ada persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.
3. “Kerajaan PAS akan mengkaji melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.
4. “Menentang kepimpinan PAS, adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.
5. “Islam di bawah UMNO tidak tidak boleh ke syurga.– Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
6. “Yang menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, hendaklah ulama.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
7. “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara” – Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
8. “Siapa yang nak tolong Pas. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
9. Anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang berfahaman politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.
10. “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram” – Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
11. Kalau Kita samseng maka Allah lebih samseng lagi. – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.
12. Islam membenarkan Mencarut – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999
13. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira
Saudara Idris Ahmad, sila jawab jangan tak jawab….

13 comments:

vulcan933 said...

only idiot respects nike ajis.

Ariffin Sharif KC UMNO said...

Cina Tenang mengatakan babi boleh dimakan oleh org melayu kalau disembleh....Fatua Tok Ragu

TARANTULA said...

BUKAN SESAT TAPI BAPAK SESAT YANG MENYESATKAN

Anonymous said...

Bagi aku Pas tidak akan dapat kuasa kerajaan pusat sampai kiamat...Sbb allah Swt lebih tahu hati perut pemimpin2 ini,lebih besar serban dari kepala otak..Memang hamPAS...!!

Anonymous said...

memang pas sesat bukti seperti berikut.

dr balachandran berceramah bagi pehak pas, hal islam dan kebaikan islam tapi dr balachandran masih kafir bererti dia pensendakan islam macam syaitan dan iblis.syaitan dan iblis tahu dan percaya pada allah dan tahu azab neraka tapi mohon pada allah untuk menyesat manusia.iblis tau dia akan diazab dlm neraka sama juga dgn dr balachandran tau hal ehwal islam.kesimpulanya pas bawa kafir berceramah pasal agama islam.dah takder org islam kah? sampai minta tolong orang kafir bercakap pasal islam

Anonymous said...

Saya menghormati dan menyanjung perjuangan Nik Ajis untuk menegakkan undang-undang HUDUD! Hidup Nik Ajis!

Saya akan berkorban apa saja untuk Nik Ajis melaksanakan hukum HUDUD! Untuk itu saya menCABAR Nik Ajis yang sudah 20 tahun memerintah Kelantan untuk melaksanakannya sebelum turun TAHTA!

Adun SELISING dan Adun PERUPOK perlu dilempar dengan batu sampai mati kerana melakukan perbuatan sumbang dengan isteri orang dan keduanya sudah berumahtangga. Dan tidak lupa juga MAT SABU(N)!

PAS selalu membuat demo yang tak masuk akal di KL untuk meraih simpati dan populariti. Mengapa tidak para NGO mengadakan Demo di halaman rumah Nik Ajis - di Kelantan.

Mari kita ramai-ramai turun padang. Saya harap Nik Ajis jadi Jantan! Jangan jadi katak - menyuruk dalam tempurung bila kena batang hidung Ni Ajis! dan menyalahkan orang lain!

Kita jerit ramai-ramai! Rejam! Rejam! Rejam! Sampai telinga Nik Ajis berdarah!

Anonymous said...

ISI JAWAPAN IDRIS AHMAD NILAINYA MACAM TAHAP BUDAK SEKOLAH MENENGAH; LANGSUNG TAK ADA NILAI INTELEKTUAL...INI KAH TARAF KETUA PENERANGAN SEBUAH PARTI YANG KONONNYA SEMULIA DAN SEHEBAT AGAMA ISLAM ITU SENDIRI?

Anonymous said...

kepada IDRIS AHMAD yg memepertahankan Nik Aziz, Tok guru merapu PAS mengatakan, UNDI PAS MASUK SYURGA, ALLAH MENCARUT, BEKERJASAMA DGN SYAITAN, MENDOAKAN SESAMA ISLAM SUPAYA PECAH PERUT. Itu adalah sebahagiannya, APAKAH INI BETUL DALAM ISLAM? INI ADALAH NAMANYA ORANG YG SESAT DLM ISLAM TERMASUK IDRIS AHMAD SENDIRI. BUDAK TADIKA PUN TAHU PAS SESAT DAN KAFIR KERANA MULULUSKAN PEMBINAAN KANDANG BABI DI SELANGOR DAN PATUNG BUDHA YG TERBESAR DI KELANTAN.

abang jamil said...

jawap jangan tak jawap wei, pelanduk lupa jerat tapi jerat tak lupa pelanduk..pikir2lah sebelum nak cabar sebab perbuatan dan percakapan ketua anda direkodkan oleh puak anda sendiri..macam ni punya statment pun masih kata betul ? ..ontahlah

Anonymous said...

NIK AJIS : KUBUR KATA MARI DIA KATA NANTI - ULAMA TEROMPAH ..
KAN BAGUS DAH TUA TUA KEREPOT DUDUK DI RUMAH LAH , MASIH NAK PEGANG POWER. DASAR...gila kuasa

IDRIS AHMAD : BAHLUL YANG TAK TAHU ANTARA BETUL DAN SALAH. SEMUA DIA SONDOL , NANTI AKU SURUH DSAI SONDOL DIA..

MAT SABU : PANTANG NAMPAK PEREMPUAN DAHI LICIN, STEAM TAK KARUAN... KALAU KENA TANGKAP BASAH DIA BOLEH SOGOK LAGI SEMUA PEGAWAI JABATAN AGAMA...TAPI NANTI DI AKHIRAT BILA DI DEPAN ALLAH DIA KATA DIA PUN ADA LESEN DARI BOSS DIA NIK AJIS TAK PERLU DI SOAL SAMA SEPERTI ADUN SELINSING DAN ADUN PERUPUK... BETUL KATA SI ANONYMOUS : REJAM MEREKA!!

BETUL KATA VULCAN933 : ONLY IDIOTS RESPECT NIKE AJIS.

Anonymous said...

Kalau itulah taraf seorang pengikut tegar Nik Aziz nak backing boss..aku rasa ilmu illmiahnya memang setakat sekolah pondok tajaan PAS je..

Ust Idris kamu ingin tahu satu peristiwa disaman Khalifah Usman...dimana pemberontakan telah berlaku diKufah,Basrah dan Mesir..

Disini mnculnya Abdullah b Saba' seorang islam berasal dari orang Yahudi..telah meracuni fikiran sahabat2 besar seperti Abu Zar alGhifari,Ammar bin Yasir dan Abdullah bin Mas'ud

Beliau juga dekenali pengasas Mahsab Wisayah
hasil percaturan politiknya jelas telah memperlagakan antara Usman dengan Ali juga kepada syaiditina aisha..

Begitu juga Ustaz Idris..peperangan Jamal..antara Ali dengan Aishah..peperangan antara sesama islam..atas dasar apakah persengketaan itu berlaku..politik..bangsa..kehormatan..pangkat..

Jelaslah Ustas Idris..perancangan politik Nik aziz serupa dengan Abdullah bin Saba'..x perlulah nak menegak benang basah jika mahu bukti kesesatan Nik AZiz itu..

Saya kira belum banyak lagi nota-nota ucapan didalam majalah,sisipan berita dsbnya dikumpulkan sebagai bahan hujah terhadap pelawaan tun ustaz ini..

Cencaluk said...

Salam,

Ust. Deriz ni memang memalukan PAS sahaja. Tahap kebodohan dan kebanggangan dia amat terserlah.

Kalau gi dia punya blog dan baca semua dia punya entry fuhhhhh.... memang terangkat memang mengamcam dan memang tragis mengalahkan NOVEL INTERLOK.

Setiap entry yang dikeluarkan pasti akan menunjukkan kebodohannya yang makin meningkat setiap hari sehingga amat membanggakan dan membanggangkan (kena eja betul-betul dan baca betul-betul).

Inilah hasil dari didikan TGNA yang merupakan produk kualiti tahap gaban C+++.

Macam ni punya umat baik balik gali lubang dan masukkan kepala pas tu kambus balik memalukan aja.

Siapalah agaknya punya anak ni dan sipa le punya bapak serta laki siapa le agaknya di ni sampai 7 keturunan dia akan turut maluk dengan kelakuan macam ni.

anak spura said...

'ISLAM AGAMA KU KATA ALLAH' MAKA HAK MUTLAK ALLAH MENERIMA ISLAM INDIVIDU, MALAH NABI IBRAHIM (A.S) BERMOHON DI TERIMA ISLAM BAGINYA DAN SEHINGGA PADA SUATU KETIKA ALLAH MENERIMA ISLAM IBRAHIM, NABI ALLAH IBRAHIM TERAMAT BERSYUKUR AKAN PERKENAN ALLAH. BELIAU LANTAS LARI PULANG KE RUMAH DAN BERPESAN PADA ANAK2NYA : JANGAN LAH KAMU MATI SELAIN SEBAGAI MUSLIM:

MORAL KISAH NABI (ISLAM HAK ALLAH SEMATA-MATA) MENGEMBANG DAN MENYEBAR ISLAM ADA LAH TANGGUNG JAWAP SETIAP 'PENGANUT' DAN KALAU ITU PUN KITA TAK MAMPU JANGAN LAH KITA MEMUDARATKAN DIRI KITA DAN ORANG DI SEKELILING, JANGAN LAH KITA MENGKAFIR-KAFIR KAN ORANG LAIN. SAYA PENGANUT AGAMA ISLAM SPORE, DAN MENURUT SAYA HAL KAFER-MENKAFER,SEMBAHYANG DUA IMAM DAN BERIYA-IYA MENJANJIKAN SYURGA ADALAH PERBUATAN TERKUTUK PAS, MENGAMBIL KESEMPATAN ORANG KAMPONG YG FANATIK.
USTAT IDRIS, LUPAKAN SOAL SESAT...AWAK DAH ISLAM? AWAK DAN NIK AZIZ DAH BUAT MACAM NABI ALLAH IBRAHIM DAN DI TERIMA PERKENAN ALLAH AWAK DAN KAWAN2 PAS SEBAGAI MUSLIM. TOLONG LAH PAS TAK PAYAH BUAT KERJA TUHAN, ALLAH MAHA BIJAKSANA.
SAYA MEMANG MARAH, ISLAM BUKAN MILIK PAS MAU PUN UMNO, KITA SAMA2 MENCARI TAUFIK DAN HIDAYAH ALLAH.DAN MOGA2 ISLAM KITA DI TERIMA ALLAH.