Saturday, February 19, 2011

PUTAR BELIT NIK AZIZ: KATA-KATA PAS TAK AKAN KETEPIKAN NASIB ORANG MELAYU HANYA PENIPU…


Salam semua…
Nik Aziz bertanya sama ada masyarakat Melayu akan mundur tanpa Umno ? Dilihat pendirian meredakan kebimbangan sesetengah pihak, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS tidak akan mengetepikan kepentingan dan nasib orang Melayu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya menerusi gandingan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.
Justeru jelas Mursyidul Am PAS itu, walaupun parti Islam itu tidak memberi keutamaan terhadap perjuangan bangsa namun ia bukan alasan untuk tidak mempertahankan orang Melayu yang merupakan masyarakat dominan negera ini.
“Islam tak jadikan agenda perjuangan Melayu sebagai keutamaan, adakah orang Melayu akan mundur tanpa bantuan Umno?
“Bagi PAS orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia),” kata beliau pada majlis perasmian Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS di sini hari ini.
Kata Nik Aziz, sebagai masyarakat dominan sudah menjadi tanggungjawab mana-mana parti termasuk PAS untuk mempertahankan orang Melayu.
“Kaum yang paling dominan adalah orang Melayu, perlu diingatkan Islam adalah pemberian Allah s.w.t.
“Menurut Islam guna sekular sebagai ideologi bermaksud tolak Islam, Umno jaga Islam pun tidak... jaga Melayu pun tidak,” kata Menteri Besar Kelantan ini.
Nik Aziz berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera gagal kerana Umno-Barisan Nasional (BN).
“DEB untuk orang Melayu dan Bumiputera telah digagalkan pemimpin Umno.
“Ia satu pengkhianatan yang dilakukan secara sistematik oleh pemimpin BN dan tolak hak orang Cina, orang India, orang Iban dan orang Kadazan,” katanya.
Sebaliknya menurut Nik Aziz, DEB diwujudkan hanya untuk membantu kroni-kroni Umno-BN.
“Inikah ketuanan Melayu Umno?” soalnya.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata konvensyen berteraskan Melayu ini diadakan bagi menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan sebelum ini.
“Untuk menjawab tuduhan-tuduhan liar, fitnah dan tohmahan, PAS mengadakan konvensyen hari ini sekali gus mendedahkan pengkhianatan yang dilakukan Umn-BN.
“Ia juga bertujuan untuk membentuk keyakinan orang Melayu dan Bumiputera bahawa PAS dan Pakatan Rakyat akan mempertahankan hak dan kepentingan mereka,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.-The Malaysian Insider, 19/02/2011.
Ulasan Penulis:
Nik Aziz tak perlulah menyalahkan UMNO kerana kegagalan DEB. Tak payahlah mereka bercakap pasal DEB kerana kerangka dasar dan tujuan DEB diadakan rasanya Nik Aziz dan PAS sendiripun tak faham.
Tapi, cuba tanya Nik Aziz dan PAS, apa yang mereka dah buat bagi meningkatkan ekonomi orang Islam terutamanya rakyat di negeri Kelantan?
Tak payahlah cakap pandai-pandai itu tak betul dan ini tak betul. Penulis cuba ambil salinan dari artikel saudara Aman Bin Daud yang telah membuat rujukan berpandukan  buku “Parti Islam antara Realiti dan Fantasi” tulisan Ustaz Omar Khalid salah seorang Aktivis PAS yang telah menyertai UMNO, semasa beliau menulis, dia belum lagi menyertai Umno, tujuan ia menulis untuk menerangkan betapa parti PAS telah menipu ahli-ahlinya yang tergila-gila dengan Ulama. Di bawah penulis salin terus daripada artikel tersebut bagi tatapan kita bersama. Katanya buku tersebut ditulis pada tahun 1995. Rupa-rupanya sudah lama PAS menipu ahli-ahlinya, tetapi tidak disedari oleh ahli Pas yang bodoh.
Kutipan Derma
Sebagaimana yang termaklum dalam PAS kutipan derma adalah dikira amalan biasa, penyokong-penyokong PAS sangat gemar menghulurkannya. Sifat seperti ini hampir-hampir sama pada zaman Rasulullah s.a.w. tetapi apa yang mendukacitakan derma-derma tersebut betulkah dipergunakan mengikut apa yang sepatutnya?
Sebagai contoh, di sini saya nyatakan antara derma-derma yang dipungut dan boleh dicurigai pelaksanaannya.
Contoh (1)
Derma jihad dalam Ijtimak(perhimpunan) PAS di Kok Lanas yang berpuluh-puluh ribu ringgit itu, dimanakah wang derma jihad PAS yang dipungut begitu banyak? Adakah dibentang penyatanya? Jawabnya tidak!
Contoh (2)
Wang Derma Pilihanraya Kecil Grik, saya telah melihat dengan mata saya sendiri bahawa orang yang diamanahkan untuk menyerah wang tersebut telah mempergunakan wang derma tersebut bagi membayar hutang peribadinya sendiri. Saya telah menanya beliau pada waktu itu, kenapakah dipergunakan wang derma daripada orang ramai untuk membayar hutang peribadi? Lantas beliau menjawab: “Apa salahnya! Saya sekarang adalah PAS, PAS adalah saya, tidak salah dipergunakan untuk saya kerana saya adalah PAS”.
Contoh (3)
Setahu saya lebih kurang 10 hari sebelum tahanan ISA (Operasi Lalang) PAS dibebaskan daripada Kem Tahanan Kemunting, satu kutipan derma secara besar-besaran dianjurkan di Dewan Zulkifli bangunan PAS Kota Bharu Kelantan, apa yang saya tahu wang yang berpuluh-puluh ribu itu tidak diberi kepada yang berhak menerimanya termasuklah saya. Sehingga sekarang derma khas tersebut tidak dapat saya dan tahanan-tahanan ISA lain menerimanya.
Contoh (4)
Pada suatu ketika (lebih kurang 10 tahun dulu) dalam PAS telah ditubuhkan satu institusi kewangan yang dinamakan “Darul-Mal” berjuta-juta wang terkumpul, seluruh penyokong PAS dikerah agar menyumbangkan sebanyak mungkin di dalam tabungan tersebut, ada di antara ahli atau penyokong PAS yang telah menjual tanah, menjual barang-barang yang berharga dan mengambil segala wang yang ada di bank-bank lain untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan Darul-Mal. Apakah yang terjadi sekarang? Sesungguhnya wang tersebut telah hilang dan mati tanpa berkubur. Suatu tindakan undang-undang kepada pelaku sehingga kini belum ada kedengaran.
Inilah cara pemimpin PAS memimpin parti, dan inilah puak yang akan memerintah Malaysia secara Islam sekiranya parti PAS menang. Sewaktu berceramah atau mengajar/kuliah pemimpin PAS mengajar bukan main lagi, mereka mengajak kita melakukan keadilan, dan mestilah mengikut cara Nabi s.a.w. yang akan memotong tangan anak baginda Fatimah sekiranya mencuri, tetapi belum pun memerintah negara hanya sekadar memerintah parti atau memerintah sebuah negeri Kelantan sahaja sudah tidak mahu menjalankan keadilan sekurang-kurangnya menyeret mereka yang bersalah ke muka pengadilan mahkamah bagi melambangkan keadilan buat sementara waktu sebelum berjumpa mahkamah Allah. Tindakan seperti ini tentu boleh menolong menyedarkan orang PAS lain daripada melakukannya.
Contoh (5)
Di Kampung Jabi, Besut Terengganu, pemimpin PAS membuat pakatan bagi pelaksanaan perkampungan Islam, seluruh penyokong PAS diajak agar memenuhi rancangan ini. Penyokong-penyokong PAS menerimanya dengan suatu hakikat pengajaran Islam yang baik dan mereka pun mengikislah harta masing-masing bagi menyokong rancangan tersebut. Pemimpin PAS telah menjual tanah yang dipecahkan lot secara persendirian kepada ahli-ahli atau penyokong PAS, apakah yang terjadi sekarang? Rancangan tersebut nampaknya terbengkalai.
Derma Daripada Pemimpin PAS
Sebagai perkara makruf, hanya penyokong-penyokong PAS sahaja yang berlumba-lumba menghulurkan derma, manakala kebanyakan pemimpin PAS kedekut untuk menderma, derma tetap seperti sumbangan bulanan kerana menjadi ahli dewan atau sewaktu mereka menerima persaraan pun masih ada yang celaru. Perbuatan yang seperti ini adalah bercanggah dengan pemimpin parti Allah pada zaman Rasulullah s.a.w. dulu.
Banyak lagi derma misalnya derma Tabung Memali dan lain-lain. Dan yang terbaru derma tabung buloh bagi menghadapi PRU 13. Rasanya tak terlarat kalau penulis nak tulis semuanya di sini .
Walaubagaimanapun, daripada contoh-contoh di atas, molekkah Nik Aziz dan PAS menuduh UMNO sebagai punca kepada kegagalan DEB? Siapa sebenarnya yang menipu dan berterusan menyusahkan orang Melayu? Kalau nak tahu jawapannya, pergilah jumpa dengan Nik Aziz…


1 comment:

Anonymous said...

hebat, saya suka.
pohon di link kan saudara.

mat ell @eekaawordpresscom