Thursday, February 10, 2011

KERAJAAN DAP PULAU PINANG BERTNDAK KEJAM LAGI, KALI INI KE ATAS PENIAGA KECIL MELAYU DI JURU, PERAI PULAK…….

                                               Dengan Ihsan Blog MIM

Salam semua…
TV 3 semalam telah menyiarkan slot berita bergambar mengenai kekejaman Kerajaan DAP Pulau Pinang melalui penguatkuasaan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang bertindak kasar ke atas salah seorang peniaga di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang. Tindakan memalukan itu berpunca daripada sikap Kejam penguatkuasa MPSP yang merobohkan gerai-gerai makanan dan minuman haram mereka  yang telah lama beroperasi di situ.
Hari ini pula khabarnya, satu demonstrasi aman oleh peniaga-peniaga kecil Melayu telah diadakan di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang bagi membantah operasi penguatkuasaan MPSP tersebut.
Penulis rasa sedih kerana selalunya alasan yang diberikan oleh penguatkuasa MPSP terhadap peniaga-peniaga malang sebelum ini seperti di Tanjong Tokong, Bandar Perda dan yang terbaru di Taman Pelangi, Juru ini adalah kerana mereka telah melanggar peraturan dan undang-undang Kerajaan Tempatan iaitu Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Syeksyen 72 Akta 133) – yang membolehkan Notis Meruntuh dikeluarkan dan dilaksanakan.
Tidak seperti di tempat-tempat lain di Malaysia, apa yang peliknya di Pulau Pinang ini, hanya peniaga-peniaga Melayu Islam sahaja yang menjadi sasaran penguatkuasaan samada oleh MPPP (di Pulau Pinang) ataupun MPSP (di Seberang Perai).
Orang ramai terutamanya orang-orang Islam Pulau Pinang termasuk penulis sendiri tertanya-tanya kenapa sikap berat sebelah Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam menguatkuasakan peraturan ini hanya tertumpu kebanyakkannya di kawasan tempat orang-orang Melayu Islam mencari rezeki mereka sahaja dan tidak di kawasan-kawasan orang Cina berniaga?
Penulis serta orang ramai bukanlah iri hati atau sengaja ingin menyusahkan peniaga-peniaga kaum lain dengan sengaja menghasut penguatkuasa kerajaan tempatan supaya bertindak balas, malah jauh sekali ingin mengganggu atau menutup periuk nasi mereka.
Sebenarnya tidak salahpun penguatkuasaan peraturan ini kerana semua orang kena patuh kepada undang-undang. Undang-undang digubal sebenarnya bukanlah untuk menyusahkan semua orang. Tetapi, masalahnya di sini,  bila kerajaan DAP Pulau Pinang ingin menguatkuasakan satu-satu undang-undang, biarlah pendakwaan dan penguatkuasaannya mestilah adil tanpa mengira daripada mana asal-usul kaum mereka.
Di seberang Perai sendiri misalnya, cuba pergi sendiri atau intai-intai bagaimana ramainya peniaga-peniaga kecil Cina beroperasi secara haram (sebelah malam) di sepanjang Jalan Raja Uda Butterworth. Kenapa penguatkuasaan oleh MPSP tidak dijalankan secara adil ke atas gerai-gerai haram mereka?
Memang betul dan tepatlah seruan Timbalan Perdana Menteri sempena lawatan beliau ke Pulau Pinang baru-baru ini, bilamana beliau secara sinis memberi amaran kepada kerajaan DAP Pulau Pinang menerusi Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, supaya beliau (LGE) perlu bersikap lebih adil kepada peniaga-peniaga Melayu Islam di Pulau Pinang.
Sikap beliau yang sering menindas dan berat sebelah itu bukanlah ciri-ciri sebenar malah jauh terpesong daripada beberapa contoh amalan terpuji daripada Khalifah Umar yang selalu beliau ucapkan kepada orang ramai.


1 comment:

nobat_1166@yahoo.com said...

bial dah jadi lemah apa juga boleh pijak kita, kalau pokok sudsh condong kura kura pun boleh panjat.