Thursday, February 03, 2011

ANTARA PENYELEWENGAN NIK AZIZ YANG KEBANYAKANNYA BOLEH MEROSAKKAN AKIDAH ISLAM. MENTERI HANYA MAMPU BERPELUK TUBUH?


Salam semua…
Penulis juga seperti umat Islam yang lain amat resah dengan perkembangan terbaru  melibatkan kenyataan dan kelibat  Nik Aziz yang menyimpang daripada pegangan Ahli Sunnah  malah ada ketikanya beliau bercakap seolah-olah beliau bukanlah sebagai seorang tokoh ulama yang perlu dihormati ajarannya.
Kenyataan dan tingkah laku Nik Aziz amat menggusarkan kita, malah perkara ini telah lama berlaku namun pihak berkuasa masih membenarkan Nik Aziz bercakap sesuka hatinya.  Mentang-mentanglah beliau salah seorang pemimpin terkanan dalam parti pembangkang, jadi kerajaan mengambil keputusan membiarkan beliau begitu saja tanpa sebarang tindakan yang dikira perlu bagi mengelakkan masyarakat Islam terus terpesong dan celaru dengan fatwa-fatwa songsang beliau.  
Penulis sengaja himpunkan di bawah ini beberapa kenyataan dan tingkah laku beliau yang nyata terpesong daripada ajaran Islam sebagai  renungan semua;
1. Menghadiri Perlantikan Sami Budha dan pembakaran Mayat Sami Budha pada bulan Mac 1995.
2. Islam membenarkan Mencarut – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999
3. DAP boleh hina Islam, fasal dia bukan Islam. Tetapi orang Islam Umno itu lebih menghina Islam,” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.
4. Kalau Kita samseng maka Allah lebih samseng lagi. – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.
5.“Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.
6. Anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang berfahaman politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.
7. “Siapa yang nak tolong Pas. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
Banyak lagi ungkapan-ungkapan beliau yang penuh kontroversi di dalam simpanan penulis. Walaubagaimanapun, buat permulaannya biarlah penulis turunkan sikit demi sedikit, bersesuaian dengan isu-isu semasa yang panas diperkatakan oleh ramai orang sekarang ini.
Penulis tidak bersendirian dalam hal ini,  malah seorang tokoh agama mantan  Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris pun mempunyai pandangan yang sama.
Ikuti kenyataannya kepada Utusan Online mengenai kekecelaruan Nik Aiz ( Klik   di sini ).
KOTA BHARU 2 Feb. - Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja diminta mengkaji kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Nik Aziz telah mengeluarkan banyak kenyataan yang bercanggah dengan syarak seperti menyifatkan Tuhan sebagai samseng, pencarut dan sebagainya.
Beliau berkata, amat malang apabila Menteri Besar Kelantan itu yang dikenali sebagai ulama, tidak mempunyai ciri-ciri ulama sebenar, lebih-lebih lagi apabila mengeluarkan kenyataan sanggup berkawan dengan syaitan dan musuh Islam, tetapi bermusuhan sesama Islam.
Baginya, Nik Abdul Aziz juga memfitnah Malaysia bukan sebuah negara Islam, UMNO tidak mahu Islam, undi Pas masuk syurga, pangkah bulan tiga kali (mengundi Pas) pilihan raya sama dengan pahala haji, imam UMNO tidak sah diikuti dan sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan.
Terbaru katanya, Mursyidul Am Pas itu mengeluarkan kenyataan yang sungguh mengelirukan umat Islam apabila menyatakan mereka yang tidak menyokong Pas ialah orang jahiliah semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, baru-baru ini.
"Kalau dibiarkan perkara ini dibimbangi ramai orang akan mati murtad atau keluar dari Islam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat itu seterusnya mencabar Nik Abdul Aziz untuk berdebat secara terbuka mengenai kenyataannya itu.
Mohd. Noor turut menganggap Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin yang bertopengkan Islam bagi mengejar kemenangan partinya dan menyahut seruan nafsu untuk menghimpun kekayaan termasuk dalam kalangan ahli keluarganya.
Malah dakwanya, selama ini Mursyidul Am Pas itu berpolitik atas dasar demokrasi ala-Barat tetapi diheboh-hebohkan kononnya berdasarkan al-Quran dan hadis.
"Sebenarnya, beliau berkubukan demokrasi untuk perjuangan Assabiyah partinya sebab itulah dalam sejarah pemerintahan Pas Kelantan, kuasa politiknya pernah disalahgunakan dan menyeleweng daripada syariat Islam atau sunah politik Rasulullah.
Jelas Mohd. Noor lagi, politik Islam berdasarkan kepada satu ummah, bukan berbilang jemaah, sedangkan Pas hari ini memporakperandakan ummah kepada beberapa jemaah atau parti dan akhir-akhir ini semakin sesat dan menyeleweng daripada dasar politik Islam.
Justeru itu, pihaknya akan memperhebatkan penerangan bagi menyedarkan umat Islam termasuk ahli Pas mengenai penyelewengan yang berlaku dalam parti itu.
Dalam pada itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talib berkata, Nik Abdul Aziz tidak wajar menggelar dirinya sebagai pemimpin jika tidak berani berterus terang dalam soal menentukan seseorang itu masuk syurga jika mengundi Pas.
"Kalau dia (Nik Abdul Aziz) benar-benar berani, kenapa dia tidak katakan jika mengundi UMNO akan dimasukkan ke dalam neraka?
"Jelaslah status Nik Abdul Aziz sebagai ulama diragui kerana sanggup mempolitikkan soal syurga untuk meraih sokongan serta mengelirukan umat Islam," jelasnya.
P/S – Kalau di Negara-negara Arab, contohnya di Arab Saudi sendiri, ulama songsang seperti Nik Aziz ni, sudah lama terperosok dalam lokap!

1 comment:

tabligh said...

Nik Aziz rasa bangga tuuu bersalaman dengan LKY!!!

Sepintas lalu,orang akan kata Nik cakap orang putih dengan LKY.

Paling busuk pun,orang akan kata Nik Aziz 'GLOKAL DAN GLOBAL'

Orang Amerika pun kenal sama dia!

http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com/2011/02/buktipemecah-belah-umat-islam-adalah.html