Monday, January 23, 2012

OH..PEMBOCOR MAKLUMAT ISU SELEWANG NFC KEPADA PKR SEBENARNYA SEORANG PENCURI…




Salam semua®…
Bekas pekerja Fidlot Nasinal Corporation (NFCorp) yang dikatakan membocorkan rekod kewangan syarikat ternakan lembu tersebut telah dipecat, kata Datuk Ibrahim Ali, ekoran kesalahan mencuri sejumlah RM2.7 juta wang tunai dan akan didakwa bagi kesalahannya di mahkamah tidak lama lagi.

Presiden Perkasa itu berkata, eksekutif pemasaran "bukan Melayu" itu bertanggungjawab membuat kutipan pembayaran daripada pelanggan NFC dan telah melarikan wang berjumlah antara RM10,000 dan RM20,000 sehari sebelum ditangkap oleh akauntan syarikat terbabit.

Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail kemudiannya membuat laporan polis dan memecat pekerjanya itu.

"Perkara itu berlaku sebelum ini apabila Datuk Salleh mempunyai dua pekerja bukan Melayu. Mereka menguruskan RM150,000 wang tunai setiap hari. Salah seorang daripada mereka kemudiannya melarikan wang berkenaan," jelas Ibrahim kepada pemberita di Hotel Putra di sini.

Tambahnya lagi, pekerja berkenaan kemudiannya mencuri buku tunai syarikat terbabit untuk tujuan membalas dendam dan menjualnya kepada PKR, yang menyaksikan skandal berterusan dalam NFCorp.

Eksekutif itu akan dikenakan tuduhan di mahkamah kerana mencuri wang syarikat, jelas Ibrahim.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa ini berkata demikian selepas perjumpaan bersama Salleh dan 11 NGO berhubung isu NFCorp.

Menurut Ibrahim, buku rekod tunai yang diberikan kepada PKR itu hanyalah sebahagian daripada "cerita sebenar" dan di dalamnya tidak dinyatakan dengan terperinci butiran perbelanjaan syarikat berkenaan.

Ibrahim bagaimanapun menegaskan, dirinya tidak menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya hanya menunggu keputusan laporan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan anggota polis terhadap akaun NFCorp.

Menurutnya, Perkasa akan menunggu keputusan tersebut memandangkan kedua-dua badan berkenaan yang mempunyai kuasa untuk menyiasat terhadap dakwaan dan pertuduhan rasuah.

Skandal NFC telah menjadi topik hangat tahun lepas apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan terdapatnya kecelaruan terhadap projek ternakan lembu yang diuruskan keluarga Shahrizat itu.

Semenjak itu, beberapa siri pendedahan telah dibuat PKR, termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, ditambah satu lagi kondo mewah di Singapura dan pertuduhan menggunakan dana berkenaan untuk kegunaan peribadi keluarganya.

PKR turut mendakwa keluarga Shahrizat menggunakan hampir RM600,000 daripada dana NFC untuk membayar hutang kad kredit mereka pada 2009.

Namun demikian, pentadbiran NFC menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perbelanjaan kad kredit tersebut digunakan hanya untuk tujuan perniagaan.

NFC turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta itu dimasukkan ke dalam akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman berkenaan ditandatangani.
Shahrizat telah memohon cuti selama tiga minggu kepada perdana menteri selepas pendedahan bukti terbaru rasuah dalam projek NFC.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lepas mengumumkan kerajaan akan melantik firma audit untuk menyemak dan mengaudit akaun NFC.-The Malaysian Insider

P/S – Selalunya maklumat yang diberikan oleh seorang yang bergelar penjenayah masih boleh dipertikaikan akan kebenaran dan kesahihannya. Tambahan pula si pemberi maklumat berkenaan katanya adalah bekas eksekutif NFC yang  telah dipecat oleh pihak pengurusan kerana kesalahan mencuri sejumlah RM2.7 juta wang tunai dan akan didakwa bagi kesalahannya di mahkamah tidak lama lagi.

Integriti dan kredibiliti pemberi maklumat sebenarnya adalah penting agar tidak ada unsur-unsur penipuan dalam merekacipta cerita fitnah yang boleh meruntuhkan sesuatu organisasi.  

Samada parti pembangkang ataupun pihak pemerintah, sebagai penerima maklumat yang melibatkan pihak ketiga, kita sepatutnya perlu berhati-hati agar segala perolehan maklumat yang diterima adalah benar daripada segi fakta dan mestilah bersandarkan kepada bahan bukti yang kukuh.

Sebenarnya, macam-macam boleh berlaku. Sebagai seorang bekas pekerja yang telah dipecat, sifat dendam kesumat dan ingin membalas dendam, tidak dapat tidak akan mempengaruhi tindakan seseorang. Hanya insan yang baik serta taat kepada Allah SWT sahaja  tidak akan melakukan perbuatan jenayah dan memfitnah seburuk ini.   

Jadi, dengan terbongkarnya berita tentang identiti pembocor maklumat dalam isu NFC ini, sedikit sebanyak akan memberikan ruang kepada pihak pengurusan NFC dalam memberi kerjasama mereka kepada pihak berkuasa menyiasat kes ini selain dapat menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepada mereka sebelum ini.

Seperti juga saudara Ibrahim Ali, penulis juga bagaimanapun tidak menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya hanya menunggu keputusan laporan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan anggota polis terhadap akaun NFCorp.

Makin lama makin menarik….


3 comments:

Anonymous said...

Inilah masalah syarikat Melayu. Selalu ambil bangsa lain memegang jawatan penting kononnya nak nampak international. Tapi sudah banyak nampak mereka menipu syarikat melayu dan blah. GLC-GLC pun sama.

Anonymous said...

PASTIKAN MEREKA2 YANG TERBABIT YAKNI PENCURI TERSEBUT DAN 3 AHLI PEMBANGKANG ITU DI SAMAN SEHINGGA NAK BELI SLUAR DALAM PON TAK MAMPU.

LEPAS TU SENANG NANTI MEREKA NAK TONGGENG DUBUR PADA PELIWAT TEGAR ANWAR AL-JUBURI.

PEMBANGKANG2 NI SEMUA MULOT BAU TAIK DAN OTAK BAU LONGKANG!!

Anonymous said...

anon 3.31..aku mmg suke post ko..alasan, exec melayu x pandai ckp omputih la ape la..pigi dah..drang pun ckp english cam sial..nulis lg la cam x pnh blaja english..tp degree x nak kalah, dr US/UK..bos2 melayu nie pun kagum..trus amik..kene kencing..amik kau..