Thursday, February 10, 2011

USTAZ NASRUDIN – ANDA PEJUANG ISLAM TULEN YANG DINANTI-NANTIKAN…


Salam semua…
Belumpun berpeluang duduk sebumbung di dalam  Mahligai Indah di Putrajaya, rakan  terbaik parti PAS ketika ini, iaitu DAP telah mula menunjukkan taringnya bila rancangan murni PAS yang diketuai oleh Ketua pemudanya, Nasrudin Hassan untuk menggerakkan operasi bagi membendung kegiatan tidak bermoral semasa sambutan Hari Valentine hari ini menerima tentangan hebat daripada rakannya di dalam Pakatan Rakyat.
Seperti yang dijangka, dalam nada yang bertentangan, Presiden DAP, Lim Kit Siang berkata, kawalan moral ke atas sambutan Hari Valentine bukanlah satu dasar yang disepakati Pakatan. Maknanya beliau membantahlah tu…
Lim berkata demikian melalui tulisannya di laman Twitter ketika  menyatakan pendiriannya berhubung kempen PAS tersebut.
Nasrudin sebelum ini dilaporkan berkata, pihak berkuasa agama di negeri berkenaan akan menjalankan pemeriksaan pada Hari Valentine bagi menghentikan perlakuan yang mengundang dosa seperti seks bebas.
Pelancaran kempen anti-zina, arak dan pergaulan bebas itu akan dirasmikan Nasruddin hujung minggu ini di Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Disamping itu rakan muslimah daripada PAS, merangkap Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali pula mengharapkan rakan-rakan di kalangan bukan Islam agar menghormati usaha melarang muda-mudi Islam meraikan hari Valentine. Itu adalah ruang lingkup yang wajib dilakukan oleh setiap orang Islam.
Sementara itu, pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005 adalah jelas dalam hal ini di mana amalan merayakan hari kekasih tidak pernah dianjurkan Islam.
Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Sementara itu dalam nada setuju,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom cuma menasihat dan mengingatkan Pemuda PAS supaya lebih berhati-hati dan cuba mengelak daripada tercetusnya pergaduhan ekoran hasratnya mahu memantau pada sambutan hari kekasih itu.
Penulis doakan semoga hasrat murni daripada Ustaz Nasrudin dan rakan-rakannya di dalam PAS akan diberkati Allah SWT. Sekurang-sekurangnya dengan  kempen beliau itu, dapat memberi kesedaran yang mendalam ke atas anak-anak muda Melayu Islam yang tinggal di kota-kota besar khususnya yang tinggal di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
Tahniah Ustaz Nasrudin….


1 comment:

hamdan said...

Tahniah Ustaz Nasrudin,semoga usaha anda itu benar-benar berjaya.