Sunday, February 27, 2011

PRK DUN MERLIMAU: PAS TERDESAK, PERGUNA BOB LOKMAN TARIK PENGUNDI MELAYU…


Salam semua…
PAS tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dengan menggunakan pengaruh pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman, yang menyertai parti Islam itu awal minggu lalu, dalam kempen kerusi Merlimau.
Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman telah menyertai PAS pada 19 Februari lalu.
Dalam ceramah pertamanya di Merlimau Pasir di sini malam tadi, ketibaan Bob Lokman disambut meriah kira-kira 500 orang.
“Hari ini menjadi sejarah apabila saya menyertai PAS selepas pada 2004 dan 2008 merupakan satu usaha yang sia-sia saya membantu Barisan Nasional (BN).
“Sebagai orang yang bertanggungjawab kepada negara saya berada di landasan benar bersama PAS,” kata Bob Lokman.
Penulis lirik “Isabella” itu berkata pengundi-pengundi di Merlimau harus menolak kerajaan BN yang tidak “mengiktiraf” Islam dalam pentadbiran negara.
Beliau juga yakin PAS boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 6 Mac ini.
“Kita perlu undurkan kerajaan yang sudah lama bertapak, kerajaan yang tidak iktiraf Malaysia sebagai negara Islam,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata, jika Bob Lokman boleh melakukan perubahan dengan memilih PAS mengapa tidak pengundi di Merlimau.
“Dulu beliau (Bob Lokman) sokong Umno-BN tapi sekarang boleh sokong PAS pula.
“Nanti bila tiba hari pengundian kalau nak pangkah Umno, ingatlah Bob Lokman dan pangkah PAS,” katanya.
PAS meletakkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka Yuhaizat Abdullah sebagai calon manakala BN mempertaruhkan ahli jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau.
Pakatan Rakyat dilihat berhadapan dengan situasi kemerosotan undi orang Melayu sejak Julai 2009 di mana pada pilihan raya kecil DUN Manek urai di Kelantan, yang pengundinya 99 peratus orang Melayu, PAS hanya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 65 undi berbanding 1,352 pada Mac 2008.
Sementara itu, calon PAS Yuhaizat Abdullah berkata pengundi di DUN Merlimau perlu membuat keputusan bijak dengan memilih seorang wakil rakyat yang boleh memperjuangkan nasib rakyat.
“Pilihan raya bukan masa untuk buat jalan raya, pilihan raya bukan masa untuk betulkan atap rumah, pilihan raya bukan masa untuk perbaiki longkang, pilihan raya juga bukan masa untuk menabur janji kosong.
“Tapi sistem untuk pilih wakil rakyat yang memahami kehendak rakyat, BN sedar betapa besar kuasa rakyat sebab itu pelbagai projek dibawa ke Merlimau,” katanya.
Yuhaizat, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin berkata beliau sentiasa bersiap sedia untuk memberikan khidmat terbaik kepada penduduk Merlimau.
“Saya merayu untuk berikan undi dan kepercayaan kepada saya di Merlimau, saya janji dan akan sentiasa bersiap sedia untuk memberikan khidmat serta memahami masalah rakyat,” katanya.
Yuhaizat akan berdepan calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin.

7 comments:

Anonymous said...

aku dah agak Bob ni akn di gunakan oleh pas...jadi bkn lah kerna nak berubah lah ..dh insaf lah..nk berubah kena msok parti politik ke...aku jiran lokman !

Anonymous said...

Dulu saya suka melihat Lokman berjenaka . pada masa itu saya tidak peduli dia UMNO atau PKR atau PAS. Yang kelakar tetap kelakar tetapi apabila dia mengistiharkan diri nya PAS atas alasan orang tak cukup akal dan baru kenal agama seolah-olah sesiap ahaj yang bukan ahli PAS adalah buta agama dan lebih-lebih lagi jika ikut kata PokNik undi PAS masuk syurga.

Saya ucapkan tahniah kerana Lokman mula berjihad untuk agama tetapi tal perlulah mengata bahawa UMNO/BN tidak mengiktirafkan kerajaan sebagai Islam sedangkan semua dunia luar memberika iktiraf bahawa Malaysia adalah merupakan negara Islam.

Apakah kita atay Lokman mahu pengikltirafan Islam mengikut acuan PAs.

Perhatikan cara Islam PAs adakah PAs benar-benar Islam sedangkan persengkokolan dengan DAp yang tidak iktriafkan perlembagaan PAS sendiri untuk ujud negara berpaksikan Islam jika berkuasa disanggah mudah oleh Lebai KapalSingh anak murid TokNik dan rakan sepejuang alamak pas yang lain.

Terserah lah kepada semua untuk memikirkan nasib Lokman yang swedang menempah sepatu untuk ke Syurga tajaan Tonik Ajis.

Salam

Mordecai Kucai said...

Dia pun bukan bijak sangat. Kebijaksanaannya tak pernah tercabar. Setelah bergelumang dengan apa yang dia sendiri tau sekarang baru nak masuk Islam termasuk ke PAS.

Siapa nak ikut orang bodoh!

Entah sebab dah tak ada sambutan untuk cari makan langsung merajuk masuk PAS.

Bertambah tambah sesat lah Bob Lokman.

Anonymous said...

Kalau bertanggung jawab kepada negara hang soranglah bersama PAS hang jangan nak pebodoh orang pulak untuk ikut hang ,ingat Bob tu besar sangat bila nak undi pangkah UMNO ingat Bob Lokman , pikiak macam budak budak macamlah orang tak dak pendirian macam hampa . Tak pa lah Bob hang dah pilih dengan PAS moga hang dapat undangan dan rezeki yang lebih dari mereka mereka yang benci pada UMNO dan kerajaan . Dan moga moga anak Bob mendapat pendidikan yang baik bila bersama PAS dan menjadi orang berguna pada masyarakat .Bagi aku biarlah bersama UMNO untuk tegak kebenaran demi bangsa dan negara tidak mahu terptipu dengan janji manis dan cakap kosong pembangkang.

Anonymous said...

dia ni agaknya hidup dah bergelumang dosa sebab tu masuk pas. nik aziz kan jamin syurga. dia kata 2004 dia bntu BN tak dapat apa2. SAH ada udang di sebalik batu. BOB LOKMAN JANGAN PERASAN. SETAKAT MUKA BONYOK KAU NI TAK YAH LA nak raih undi.

Anonymous said...

belum apa-apa lagi dah cari dosa kering.Macam mana nak masuk syurga,hidu haruman syurga pun belum tentu.
Betul-betu sengal la kau bob lukuma

adf55650 said...

Ingat BOB ingat PAS
Ha....ha....sama saja dgn
Ingat zina ingat PAS