Thursday, February 17, 2011

PAS SUDAH SEDAR – MEREKA INGIN KEMBALI KEPADA ORANG MELAYU?


Salam semua…
PAS menegaskan usaha pihaknya mengadakan konvensyen berteraskan orang Melayu Sabtu ini bukan untuk bersaing dengan mana-mana pihak termasuk Perkasa yang selama ini dilihat lebih ke depan dalam memperjuangkan orang Melayu dan Bumiputera.
Malah, PAS juga menegaskan, penganjuran Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS tidak mengetepikan dasar perjuangan Islam yang dibawa pihaknya selama ini.
“Kita bukan nak atasi sesiapa termasuk Perkasa tetapi kita mahu memberi keyakinan kepada orang Melayu dan Bumiputera tentang hak mereka walaupun Pakatan Rakyat memerintah, kita hanya mahu memberi penerangan kepada mereka.
“Kita juga bukan nak berlawan dengan DAP dalam perkara ini, mereka tahu apa yang kita buat,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pada sidang media hari ini.
Perkasa yang terajui Datuk Ibrahim Ali telah memainkan peranan yang besar dalam isu yang membabitkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera temasuk dalam isu Model Baru Ekonomi (MBE) dan 30 peratus ekuiti Bumiputera.
Tambah Mahfuz, konvensyen satu hari itu akan memberi penerangan menjawab isu-isu berbangkit terutamanya yang melibatkan tuduhan Umno terhadap PAS dengan hasrat untuk menghakis keyakinan rakyat kepada parti Islam itu.
“Dalam konvensyen ini, kita akan bincang soal masalah orang Melayu dan Bumiputera selain menjawab isu-isu berbangkit tentang segala tuduhan yang dibuat Umno terhadap PAS.
“Ini yang dimainkan pemimpin Umno selama ini yang mana mereka mahu memberikan sentimen bahawa PAS dan Pakatan Rakyat tidak akan mempertahankan orang Mealyu dan Bumiputera,” katanya.
Beliau juga mendakwa keadaan orang Melayu dan Bumiputera yang terpinggir disebabkan kelemahan sistem pemerintahan negara yang gagal untuk mempertahankan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Dalam tempoh 53 tahun, soal-soal orang Melayu dan Bumiputera tidak diambil berat.
“Kelemahan politik dan pemerintahan negara dilihat sebagai punca kegagalan untuk mempertahankan agenda orang Melayu dan Bumiputera, semua yang dilakukan dalam tempoh ini berkecamuk,” katanya.
Jelas Mahfuz, keadaan orang Melayu dan Bumiputera yang terpinggir adalah disebabkan kegagalan Umno-Barisan Nasional (BN) selama menjadi pemerintah.
“Melayu dan Bumiputera terpinggir dan terancam disebabkan Umno-BN, mereka gagal membawa perubahan.
“Umno yang menyebabkan kepada masalah orang Melayu dan Bumiputera,” katanya.
Konvensyen yang akan diadakan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu akan turut disertai Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Langkah PAS mengadakan konvensyen itu dilihat sebagai persiapan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dalam pilihan raya umum ke-13.
Selama ini, orang Melayu lebih memihak kepada Umno berbanding PAS.- The Malaysian Insider, 16/02/2011.
P/S – Tu lah dulu Nik Aziz sombong sangat, tolak ketuanan Melayu. Assobiyah katanya. Bila dah tahu sokongan Melayu ke atas PAS makin berkurangan, baru mereka nak insaf. Sudah terlambat….

2 comments:

sgray said...

Tajuk yang cam memberangsangkan...Apakah ia satu kesedaran atau satu lagi helah nak menjahanamkan bangsa dan agama..["solat tu demoantrasi"..NICKY Aziz..apa lah baghalnya dia . DEMO TU APA..tau dok mu.Solat tu tak diterima kalau menurut istilah mu,kerana ibadah bukan utk dipamerkan dan menunjok2..ada erti kahh.]IKHLAS bai.

Sokongan Melayu berkurangan terhadap PAS adalah kerana pejuangan plastik mereka yang cuba meng ISLE kan Melayu Islam.

Politik nya jauh tersasar dari tujuan asal,terlalu banyak pembohongan dan melacurkan Islam.[i.e.Politik yang menghalalkan cara..dari berkempen sehingga fatwa2 mengarutnya].

Kuburkan saja pejuangAN plastik nie,tegakkan ISLAM bukan ISLE.[

hangkedee said...

teguk muka sebiji macam rashid mydin