Sunday, February 06, 2011

PAS SIARKAN BERITA YANG TIDAK INGIN ANDA BACA – TAPI SEPERTI BIASA, KERAJAAN JUGA YANG DIPERSALAHKAN?


Salam semua…
Penulis sekali terpanggil untuk memberitahu semua pembaca tentang sikap kurang ajar pelajar yang baru saja balik dari Mesir. PAS pula melalui lidah resmi mereka, Harakah Daily hari ini tanpa segan silu dan dengan bangganya menyiarkan berita ini yang bagi penulis hanya menceritakan kebodohan diri sendiri selain menjelaskan kepada orang ramai bahawa mereka sememangnya dalam banyak hal selalu bersangka buruk dan berniat jahat kerana ingin menyalahkan kerajaan di bawah UMNO-BN.
Ikuti petikan-petikan menarik yang penulis ambil dari artikel tersebut;
1.“keputusan Kerajaan Malaysia (membawa balik pelajar dari Mesir) disifatkan sebagai tidak mempunyai rasa persahabatan sesama umat Islam ekoran membawa pulang ribuan pelajar ketika Mesir dilanda musibah.”
2.“Setelah aman, ujarnya, pelajar-pelajar akan datang semula ke Mesir dengan kos siapa pula dan banyak lagi perkembangan negatif yang bakal berlaku ekoran tindakan kurang tepat yang diambil oleh pihak berwajib.”
3.“Sementara itu, beliau menyanjung tinggi usaha segera yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang menghantar Ustaz Zulkifli Yaakob dengan membawa wang sebanyak RM120,000 di ketika satu badan wakil kerajaan pusat hanya diperuntukkan sebanyak RM35,000.”
Dan yang paling menyakitkan hati penulis, adakah patut beliau sanggup pula berkata  “beliau menyanjung tinggi usaha segera yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang menghantar Ustaz Zulkifli Yaakob dengan membawa wang sebanyak RM120,000 di ketika satu badan wakil kerajaan pusat hanya diperuntukkan sebanyak RM35,000.”
Inilah contoh terbaik anak didikan PAS yang tidak tahu erti terima kasih. Samada beliau sedar atau tidak tentang perangai pemimpin-peminpin PAS yang terhegeh-hegeh menyalahkan kerajaan kerana lambat membawa pulang pelajar Malaysia dari Mesir. Isu ini beliau senyap pula? Habis-habis puak-puak tu juga yang dijulangnya. Memang menyakitkan hati betul!!!..
Ikuti keseluruhan artikel yang disiarkan oleh harakah Daily buat renungan dan komen semua pembaca betapa buruknya hasil daripada didikan dan tarbiyah PAS dalam melahirkan benih-benih jenerasi yang tidak mahu bersyukur kepada orang yang membuat kebaikan kepada mereka (Klik di sini  ).
KUALA LUMPUR, 6 Feb: Ketika rakyat dan kerajaan sibuk mahu membawa pelajar Malaysia di Mesir pulang, seorang rakyat Malaysia yang baru pulang dari sana mempunyai pendapat yang berlainan.
(Gambar atas: Rohidzir (tengah) terperangkap di tengah rusuhan di antara penunjuk perasaan dan polis. Asap hitam di belakang menunjukkan penujuk perasaan di Tahrir Square.)
Bagi beliau, mereka tidak perlu dibawa pulang bahkan membawa pulang mereka memberikan kesan negatif kepada pelajar itu sendiri.
"Bagaimana dengan barangan mereka di sana dan apa pandangan penduduk sana yang melihat kita mahu bersama dengan mereka dalam keadaan aman tetapi lari ketika susah," kata Editor Kanan PTS Islamika, Ustaz Rohidzir Rais, 36 yang baru pulang dari sana.
Beliau lebih bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan yang menghantar wakil ke sana dan membekalkan wang untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah.
Beliau mempersalahkan media tempatan kerana membesar-besarkan sesuatu isu yang tidak pun berlaku seperti pelajar wanita dirogol, kematian yang sebenarnya telah berlaku sebulan lalu dan tidak cukup makanan selain roti.
Rohidzir yang baharu pulang ke tanah air dua hari lalu selepas seminggu terperangkap di dalam suasana demontrasi di Kaherah, tindakan media itu sangat melampau.
"Media dengan maksud tertentu menimbulkan suasana resah perasaan di kalangan ibu bapa yang setiap hari dihidangkan dengan kejadian yang seolah-olahnya anak-anak mereka akan diperapa-apakan oleh keadaan di Mesir.
"Sedangkan pengalaman seminggu saya di sana, kami boleh tidur lena hingga 10 jam kerana langsung tidak terasa apa-apa melainkan sedikit sahaja, malah penduduk tempatan pula bersedia melindungi rakyat Malaysia.
"Ibu bapa yang kelam kabut dengan suasana tidak menentu yang dibangkitkan oleh pihak media dengan sajian berita menakutkan setiap hari lantas mereka mendesak pihak berwajib untuk bawa pulang pelajar," jelasnya.
Tambahnya, jika media memaparkan makanan yang ada roti sahaja tiada nasi dan sebagainya seperti makanan Malaysia, itu sesuatu yang sangat lucu kerana memang orang Arab makan roti yang merupakan makanan asasi mereka.
Makanan seperti beras masih ada walaupun dalam jumlah berkurangan dari biasa dan harga sedikit bertambah dari sebelumnya namun pelajar-pelajar itu masih mampu meneruskan kehidupan mereka tanpa perlu pulang asalkan mereka mengikut arahan pegawai negara ini yang bertugas di sana, ujarnya.
Rohidzir ditemui di pinggir ibu kota selepas sehari pulang ke Malaysia namun kelihatan gembira dengan peristiwa ini meskipun terperangkap selama seminggu di sana kerana pengalaman ini baginya, sangat bernilai.
Beliau dan Imran Azmi, juga Editor Kanan Islamika, dalam rangka menghadiri Pesta Buku Kaherah yang terbesar di dunia Arab yang dijadualkan bermula pada 26 Januari lalu dalam usahanya mencari buku-buku terkenal Mesir untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.
"Memang ketika hendak pergi, kami sudah tahu tentang kebangkitan rakyat itu tetapi kerana sudah berpengalaman bahawa ia tidak lama kerana memang Mesir adalah negara demontrasi; kami tidak menjangkakan mereka akan berhimpun melebihi 2 juta di Tahrir Square (Dataran Merdeka).
"Sesampainya kami di Dataran Merdeka langsung terperangkap di tengah-tengah suasana demontrasi (muzaharat) dan sempat juga mengambil gambar-gambar menarik untuk titipan sejarah ke dalam bentuk buku.
"Niat hati ketika datang untuk meninjau tempat bersejarah kerana empat tahun ketika belajar dahulu, tidak berkesempatan berbuat demikian, rupanya kami terlibat secara tidak langsung di dalam senario mencipta sejarah baru," jelasnya.
Selain itu, tambahnya, keputusan Kerajaan Malaysia disifatkan sebagai tidak mempunyai rasa persahabatan sesama umat Islam ekoran membawa pulang ribuan pelajar ketika Mesir dilanda musibah.
Rohidzir yang berpengalaman selama empat tahun (1998 - 2002) belajar di negara itu berpendapat, sewajarnya rakyat Malaysia tidak perlu dibawa pulang.
"Kita dilihat sebagai hanya mementingkan diri sendiri sahaja atau selfish kerana hanya sanggup tinggal di sana ketika senang dan meninggalkannya ketika mereka ditimpa bencana," jelasnya.
Kedudukan tempat tinggal pelajar negara ini, ujarnya, agak jauh dalam beberapa jam perjalanan kereta dan apa yang berlaku di Kaherah seperti dentuman, tidak pun didengari oleh pelajar.   
Dalam pada itu, Rohidzir turut membayangkan, jika pun semua pelajar berjaya dibawa pulang dengan selamat, bagaimana keselamatan peralatan belajar mereka yang ditinggal sementara seperti kitab-kitab yang banyak dan kandungan komputer sangat berharga.
Setelah aman, ujarnya, pelajar-pelajar akan datang semula ke Mesir dengan kos siapa pula dan banyak lagi perkembangan negatif yang bakal berlaku ekoran tindakan kurang tepat yang diambil oleh pihak berwajib.
Sementara itu, beliau menyanjung tinggi usaha segera yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang menghantar Ustaz Zulkifli Yaakob dengan membawa wang sebanyak RM120,000 di ketika satu badan wakil kerajaan pusat hanya diperuntukkan sebanyak RM35,000.
Rohidzir bagaimanapun melahirkan rasa syukur tidak terhingga kerana selamat pulang dengan membawa perjanjian hakmilik buku dengan penerbit terbesar negara Arab, Darus-Salam.
P/S – Soal perangai orang PAS yang selalu dianggap sebagai kacang lupakan kulit ni, kalau tak percaya, tanyalah sendiri kepada saudara Mahfuz Omar tentang peristiwa dirinya yang hampir lemas di Tenang tempohari….

3 comments:

Anonymous said...

Kalau beliau merasakan begitu... KENAPA beliau balik????? Adakah itu peluang utk membuktikan persahabatan beliau. MEMINTA ORG LAIN BERKORBAN TETAPI BELIAU LARI MENYELAMATKAN DIRI....SELFISH

Pemerhati said...

Pertama sekali, Presiden PMRAM, Shahrizam Mohd Hazimie ni dah dibawa keluar ke belum?
Kalau belum, tinggalkan saja dia supaya dia balik dgn parti PAS. Kalau dah terlepas balik, memang muka tak malu, balik dgn bantuan Kerajaan tapi tak tahu nak berterima kasih kpd Kerajaan Malaysia. Kalau dah ke Jedah, tinggalkan saja di Jedah. Biar dia balik ke Malaysia dgn duit sendiri.
Ini aje cara nak mengajar orang2 macam ini. Kalau tidak dia akan berlagak sombong!

putrarahman said...

Duk di sana nak buat apa?. Nak ikut berdemonstrasi?

Kerajaan mesir pun suka jika rakyat negara asing keluar kerana mereka boleh tumpukan usaha membantu rakyat mereka sahaja. Kalau ada makanan yang hendak dikongsi pun, tak perlu berkongsi dengan rakyat asing ketika krisis itu. Bila keadaan dah kembali tenang, datanglah kembali ke Mesir.

Usah fikir jauh, bayangkan jika Malaysia dilanda musibah yang sama sudah tentu kita mahukan rakyat asing yang berjumlah berjuta-juta ini keluar dengan segera supaya jika berlaku krisis makanan, kita tidak perlu berebut-rebut dengan mereka. Polis pun lebih mudah memantau pergerakan rakyat kita dan mudah untuk memberikan kawalan dan tindakan. Jika tersalah tembak rakyat asing, menjadi satu isu pulak dengan negara asal.