Tuesday, February 08, 2011

NIK AZIZ – SEMUA ORANG MAKIN KELIRU DAN BUNTU. BELIAU MENAFIKAN PULA YANG BELIAU NAK BERDEBAT DENGAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN…


Salam semua…
Penulis makin keliru dan buntu bila diberitahu bahawa Nik Aziz  hari ini menafikan pula yang beliau mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung beberapa kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah.  Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu berkata yang beliau hanya bersedia berdebat dengan PIHAK YANG LAIN tetapi bukan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan. Biar betul…Nik Aziz ni. Siapalah pula agaknya PIHAK LAIN yang beliau maksudkan  tu?
Kenyataannya yang terbaru itu sekaligus menidakkan kenyataan akhbar  Ahmad Fadhli Bin Shaari, merangkap Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Kelantan. Semalam Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi pun mengulangi perkara yang sama bila menyeru supaya segera diadakan muzakarah atau perbincangan di antara Majlis Fatwa Kebangsaan dengan Nik Aziz bagi merungkaikan sebarang kekeliruan yang timbul berhubung beberapa kenyataan Nik Aziz sebelum ini yang didakwa mengelirukan selain boleh merosakkan akidah umat Islam.
Sudahlah sebelum ini kita dikelirukan oleh fatwa-fatwa spontannya, kali ini Nik Aziz cuba untuk  melatah lagi. Penulis berpendapat dua kenyataan daripada dua orang pentingnya sebelum ini, sudah cukup jelas untuk menceritakan telatah Nik Aziz yang sebenarnya.
Penulis tak tahu apa yang  sebenarnya bermain di kepala Nik Aziz sekarang ini. Cuma satu saja nasihat penulis kepada orang-orang bawahannya. Berusahalah untuk memujuknya selain nasihatilah Nik Aziz apa yang patut. Memandang umur beliau yang semakin lanjut dan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan. Janganlah dibebankannya lagi  dengan menjadi jurucakap kepada parti PAS. Penulis betul-betul kasihan kepada beliau.
Cukup-cukuplah tu, tak ada perdebatan pun tak apa. Semua orang sudah faham benar tingkah laku Nik Aziz selama ini. Suruhlah beliau berihat sahaja di rumah. Tak payahlah dok fikir lagi pasal politik-politik ni.
Ikuti kenyataan terbaru Nik Aziz seperti yang siarkan oleh Malaysiakini ( Klik   di sini ).
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan yang beliau mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung beberapa kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah.
Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu berkata yang beliau hanya bersedia berdebat dengan pihak yang lain tetapi bukan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.
"Cerita nak debat dengan Majlis Fatwa ini saya tak tahu daripada mana punca keluar (berita) macam ini. Boleh jadi ada orang nak tumpang semangkuk nak naik nama dia.
"Tapi saya sendiri langsung tidak timbul nak debat dengan Majlis Fatwa. Saya kata kalau saya (hanya) nak debat dengan sesiapa tetapi bukan dengan Majlis Fatwa," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.
Beberapa hari lalu akhbar tempatan melaporkan kesediaan Nik Aziz untuk berdebat dengan mana-mana pihak berkuasa termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan umat Islam di negara ini.
Pada Jumaat lalu, beliau dilaporkan berkata tiada masalah sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam, malah beliau juga bersedia berdialog dengan majlis itu bagi menjelaskan pendiriannya.
Dua hari selepas itu pula, Nik Aziz dilaporkan meletakkan syarat supaya debat antara beliau dan Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa perlu dilakukan secara terbuka bagi memastikan semua pihak dapat menilai perjalanan debat dan tidak dimanipulasi.
Sebelum ini, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan, Prof Madya Mohd Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
Beliau turut mencabar Nik Aziz untuk berdebat bagi mencari kebenaran namun ditolak pemimpin PAS itu yang mahukan debat itu dilakukan dengan mereka yang mempunyai kuasa sahaja dan bukan dengan Mohd Noor.
- Bernama

1 comment:

Anonymous said...

PAS ni mmg celaka..org kelatan balik kg g keje ljuar kelantan jem setengah mati.anak bini terkencing terberak susah..apa yg dia buat dia dok dewakan org hindu dgn cina yang baru undi mereka 2 tahun nie..melayu yg dh undi lama dia dok kafir dan bala kan..PAs presiden nya sama la mcm yaser rafat atau hosni mubarak..kumpul duit berlagak ali..rasuah halal..arak halal....nak buat mcm mana dah ter makan duit cina...ugama apa ada hal..leh taubat..ulamak islam nik aziz kutuk sesama islam tapi sami hindu dgn buddha tak pernah lak mcm tu..elok nik aziz tukar ugama jer