Monday, February 21, 2011

NIK AZIZ KATA SARANAN ZULKIFLI NOORDIN YANG MEMINTANYA MERUJUK SURAH ABASA BOLEH MENJEJASKAN SOKONGAN BUKAN ISLAM TERHADAP PERJUANGAN PAS. TOK GURU APA LAGU NI?


Salam semua…
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak saranan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) yang memintanya merujuk Surah Abasa berhubung kerjasama antara Islam dengan bukan Islam.
Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya menyifatkan Zulkifli sebagai seorang pengkhianat dan tidak layak memintanya berbuat demikian.
"Kalau saranan itu daripada orang lain, saya mungkin boleh terima tetapi bukan Zulkifli yang hanya pandai membuat kacau-bilau termasuklah kepada kawasannya. Dia juga khianat kepada saya.
"Oleh itu, dia bukanlah Yang Berhormat kerana mengikut pepatah Mesir, orang seperti Zulkifli itu mempunyai ulat dalam otaknya," katanya pada sidang akhbar di Rumah Sri Kelantan di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz mengulas saranan Zulkifli yang mahukan Menteri Besar Kelantan itu merujuk surah tersebut terlebih dahulu yang meminta supaya mendahulukan seorang Muslim berbanding penganut agama lain dalam kerjasama.
Nik Abdul Aziz berkata, saranan Zulkifli itu boleh menjejaskan sokongan bukan Islam terhadap perjuangan Pas selama ini.
"Saya bimbang sokongan bukan Islam terhadap Pas akan merosot apatah lagi kami kini mempunyai kelab penyokong daripada mereka.
"Kenyataan sebenar saya adalah orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana mereka merupakan bangsa terawal di Tanah Melayu yang menerima Islam," katanya.
Mengulas kemungkinan Pas akan mengalami kekalahan kali keempat berturut-turut dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau bulan depan, beliau berkata:
"Saya meminta orang Melayu sokong pembangkang kerana dalamnya ada Pas yang berjuang untuk Islam.
"Jika Pas hilang sokongan orang Melayu, ini adalah kerana UMNO yang menyalahgunakan demokrasi," katanya.
Menurutnya, pembangkang hanya berpeluang mengadakan kempen sewaktu pilihan raya sedangkan UMNO mendominasi media setiap hari dan tindakan itu tidak adil.
"UMNO salah dunia dan akhirat kerana mereka menyalahgunakan demokrasi dan tidak mustahil apa yang menimpa Mesir akan berlaku di Malaysia ekoran perbuatan UMNO ," katanya.-Utusan, 21/02/2011.

9 comments:

Anonymous said...

Sanggup belakangkan firman Allah untuk dapat undi???Sungguh tak faham. Inilah tanda tanda akhir zaman. Tok guru cakap pun tak bolih terima begitu saja.

Anonymous said...

dah semakin jelas belangnya...
bukan ulama...tapi political animal.

Mohd said...

Nik Aziz ni kuat menipu sungguh!
Bukankah PAS hari2 dok berceramah politik di surau2, di masjid2 dan di mana2 saja.
Melayu TIDAK mudah lupa.
Di PRU13 nanti, PAS akan BUNGKUS!
Insyaallah.

Anonymous said...

jgn salah faham umat Islam malaysia!!nik ajis bkn tok guru,
org2 PAS yg letakkan gelaran tu..
dia tok guru utk agama PAS!!!

tobeng said...

N ajis boleh ajak orang Islam undi pembangkang kalau pas yg mengepalai PR.Cina mengundi pas sebab diorang tahu dap ketua pas,ketua PR,jadi undi pas sama juga dengan undi dap.Sebaliknya orang Islam kalau undi pas samalah macam undi dap jugak sebab pas tak berperanan apa2 setakat jadi lebai malang,menang sorak kamgpung tergadai.

Bahasa mudah permainan cina begini pun n ajis tak faham,kendian perasan orang kafir sokong perjuangan dia?WTF

Anonymous said...

abis tu... cina undi UMNO pun sebab Ketua UMNO pun Cina jugak ke bro????

Anonymous said...

Salam bro Nik Ajis ni nak kata bodoh tak la bodoh ulamak pulak tu sapa kata Pas tak ada peluang berkempin aku tengok selepas pilihan raya umun lepas tiga hari mereka dah start ceramah sampai hari ini jangan lah cakap bohong kamu tu ulamak

mat upay @ awi said...

subhanallah. diharap, tuk guru nik aziz kembali kepada ayat quran, xkan sbb parti snggup tolak ayat quran.
stuju kata2, jika pangkah PAS, pangkah DAP jugak.. last2 skali PAS jadi boneka..

Anonymous said...

N.Ajis kata otak YB Zul ada ulat. Dalam otak dia ada babi, anjing, bangkai, najis, syaitan, dan macam-macam yang sukar digambar. Nauzubillah.