Friday, February 11, 2011

ISU HARI VALENTINE - SHAMSUL ISKANDAR MD AKIN KATA WUJUD UNSUR-UNSUR HIPOKRASI YANG JELAS DAN NYATA DI PERINGKAT UMNO BN…


Salam semua…
Penulis rasa ada yang tidak kena dengan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ini.  Beliau seolah-olah terpaksa memberi pandangan beliau setelah dicucuk oleh rakan dalam Pakatan Rakyat (PR). Berbeza dengan rakan beliau di dalam parti PAS,  Ustaz Nasrudin Hassan yang tengah sibuk menggerakkan operasi  dakwah bagi membendung kegiatan tidak bermoral semasa sambutan Hari Valentine, beliau pula  dilihat  mengambil pendekatan lebih selamat dengan hanya membebel  selain menutupi kelemahan diri dengan menyalahkan UMNO-BN.
Beliau juga ternyata gagal menjawab dengan baik bagi pihak , Pemuda Sosialis DAP setelah  terkeluar kenyataan berapi daripada Pengerusi DAP, Lim Kit Siang yang terang-terang tidak bersetuju dengan tindakan proaktif Ketua Pemuda Dewan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan yang bersedia menjalankan operasi dakwah beliau bersama-sama rakan di dalam dewan pemuda PAS Pusat  pada Hari Valentine.
Di antara petikan-petikan menarik tentang komen beliau (Shamsul) mengenai isu sambutan Hari Valentine;
Komen beliau kepada UMNO-BN.
1.“Wujud unsur-unsur hipokrasi yang jelas dan nyata di peringkat Umno BN khususnya dalam soal itu, yang jelas kelihatan mahu memerangkap dan memasung minda rakyat agar lari daripada fokus sebenar yang sewajarnya diberikan secara tepat mengenai isu ini.”
2.“Menjangkau 54 tahun Malaysia di bawah kepimpinan Umno, Islam dilihat rigid dan sentiasa dalam keadaan terancam, dan dalam masa yang sama dimensi penyelesaian hanya dihadkan kepada kepompong yang sempit.
Komen beliau kepada PR.
3.“Terdapat dua hal yang harus diberi perhatian iaitu perbincangan dan musyawarah di kalangan Pemuda Pakatan iaitu Dewan Pemuda PAS, Pemuda Sosialis DAP dan AMK PERLU diadakan.” katanya lagi “bagi mendapat persefahaman dan dasar pendirian yang boleh dikongsi secara bersama tanpa menafikan beberapa hal berbeza dari segi pendekatan”.
4.“Permuafakatan Pakatan Rakyat membincangkan hal-hal termasuk isu sensitif membuktikan kesediaan Pakatan Rakyat menerima perbezaan dan memberikan dasar yang terbaik kepada rakyat,”
5.“Pendekatan dakwah secara mendidik adalah merupakan penyelesaian manusiawi yang lebih mampan dan jangka masa panjang.” Tambahnya, “pendekatan mendidik yang dibawa Pakatan Rakyat akan membetulkan imej negatif yang dicanang oleh Umno BN”.
Komen penulis seterusnya:
Berbanding dengan Ustaz Nasrudin, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), pada hakikatnya  dilihat tidak berbuat apa-apa untuk kerja dakwah bagi membendung kegiatan tidak bermoral semasa sambutan Hari Valentine .
Beliau sebenarnya  tidak ada pendirian yang  jelas dalam isu ini malah dilihat terhimpit di antara perasaan suka atau duka kawan-kawan  daripada PR,  bak kata pepatah Melayu “ Diluah mati emak, ditelan mati ayah”.  Unsur-unsur hipokrasi yang jelas dan nyata  sebenarnya  adalah  terpampang  di kalangan beliau dan anggota Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Pandai mengata orang itu dan ini, tetapi sebenarnya beliaulah yang lebih.

2 comments:

madi5573 said...

Semua tak kena dengan Mangkuk Hayun sorang ni. Buatlah apapun, semua tak kena. Ada saja yang negatif difikirkannya.

aku said...

1.prinsip itu berdiri atas sesuatu yang JELAS dan BENAR....
2.kaedah yang digunapakai perlu selari dengan prinsip....

mana mungkin prinsip itu diselaras dan di'relevan'kan mengikut keadaan dan mengikut kefahaman peribadi...? apa kah dengan cara memanipulasi...mengelirukan itu atas niat yang terang2 untuk menyesatkan...? untuk menghalalkan sesuatu yang haram..? atas nama hak...? atas nama logik akal yang akan sentiasa berubah...?

wallahu'alam...