Saturday, January 21, 2012

Tindakan Penguatkuasaan seperti mengendap atau merobek privasi orang, tidak boleh kata DS Anuar. Maknanya kelakuan maksiat secara sorok boleh pula? Biar betul….



Salam semua®…

Penulis nak tergelak bila membaca tentang maklum balas daripada DS Anuar tentang isu kenyataan beliau dalam temubual dengan BBC baru-baru ini.

Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini semalam, DS Anuar berkata, umat Islam tidak boleh menghukum seseorang melakukan "perselingkuhan" kecuali ianya dilakukannya di hadapan umum.

"Orang berkata, itu kalau di tempat persendirian? Kamu tahu mana?... Bukan mengendap atau merobek privasi orang, tidak boleh," Kata DS Anuar.

Walaupun, Ds Anuar kata tidak boleh, tapi sebagai seorang Islam  yang patuh kepada syariat Islam selain menyanjung tinggi adat-adat Melayu, penulis kata boleh!.  Kalaulah semua orang ikut cakap beliau maka, ramailah pasangan yang haram bersekedudukan secara tersembunyi, tidak akan kena tangkap basah! maka apa saja laporan daripada orang ramai selepas ini, tidak boleh diambil kira. Dan yang pasti selepas ini, semua Unit Pencegahan Maksiat di Malaysia terpaksalah pula kena tutup !  

Sebagai contohnya, mana mungkin jika tindakan seorang isteri atau suami memberitahu orang ramai bahawa isteri atau suaminya yang berlaku curang dengan berselingkuh dengan orang lain sebagai satu tindakan mengendap atau merobek privasi orang, maka ianya sama sekali tidak boleh ! seperti kata DS Anuar.

Betulkah kenyataan DS Anuar ini?

Kalau hendak berkata sesuatu tu, yang melibatkan orang lain,  memanglah semuanya betul dan logik bagi pihak beliau sahaja.

Cuba bayangkan kalau yang berlaku curang tadi adalah isterinya atau anak menantunya, persoalannya mahukah DS Anuar berkata bahawa tindakan beliau sendiri atau sesiapa sahaja yang membantunya  sebagai mengendap atau merobek privasi isteri atau keluarga?

Peruntukan undang-undang sedia ada sebenarnya wujud untuk melindungi semua mangsa dan keluarga mangsa supaya mereka tidak diabaikan haknya dalam undang-undang dan ianya tidak mengira sama ada seseorang itu mempunyai pertalian saudara ataupun tidak.

Yang salah, tetap bersalah dan yang menjadi mangsa pula, kenapa perlu kita  menafikan hak mereka di sisi undang-undang?

Jadi kenyataan DS Anuar bahawa  undang-undang yang ada iaitu seksyen 377 kanun keseksaan ini memang archaic (lapok) kerana digunakan untuk aibkan orang dan digunakan untuk musuh politik adalah tidak tepat sama sekali.

P/S - Yang sebenarnya untuk diri sendiri ke, ataupun untuk orang lain?.Sekadar bertanya..

Ikuti laporan penuh daripada Malaysia kini:

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya undang-undang yang didakwanya digunakan untuk mengaibkan seseorang, dipinda termasuk peruntukan dalam seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan.

Katanya, pindaan tersebut perlu dibuat bagi memastikan supaya ianya tidak digunakan untuk menghina seseorang khususnya terhadap musuh dalam politik.

"Memang undang-undang yang ada 377(B) ka, C ka, ini memang archaic (lapok). Digunakan untuk aibkan orang. Digunakan untuk musuh politik.

"Ada saya sebut undang-undang Islam, undang-undang syariah. Ada saya sebut pertahankan sodomy, tidak. Saya kata, undang-undang yang ada.

"(Orang) tanya saya, bila kita berkuasa, boleh kita pinda. Ya, saya akan pinda. Apa pasal tidak boleh pinda undang-undang yang ada sekarang. Kita pinda supaya pastikan ia tidak bermaksud untuk menghina orang," katanya.

Anwar turut menempelak pihak tertentu yang mempertahankan undang-undang yang didakwanya "jumud" digunakan untuk memfitnah seseorang.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya malam tadi bagi mengulas kontroversi wawancaranya dengan rangkaian penyiaran British (BBC) yang dilaporkan minggu lalu sehingga beliau dituduh menyokong homoseksual.

Rangkaian itu meminta Anwar menyatakan pendirian sama ada beliau bersedia memperjuangkan 'idea anti-diskriminasi’ terhadap kumpulan itu dan menegaskan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita.

“Tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan,” kata Anwar dalam temubual dengan BBC itu.

Bercakap di majlis kesyukuran sempenan pembebasannya daripada tuduhan liwat pada 9 Januari lalu, Anwar menegaskan kenyataannya bahawa Islam dan bukan Islam menyokong perkahwinan lelaki dan perempuan menjawab perbuatan seks bebas, homoseksual dan lesbian.

Anwar yang juga bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata, umat Islam tidak boleh menghukum seseorang melakukan "perselingkuhan" kecuali ianya dilakukannya di hadapan umum.

"Orang berkata, itu kalau di tempat persendirian? Kamu tahu mana?... Bukan mengendap atau merobek privasi orang, tidak boleh," tegasnya di hadapan tetamu yang hadir di kediamannya di Segambut Dalam, malam tadi.

Selain beberapa pemimpin PKR, turut hadir di majlis itu ialah bekas menteri kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, yang turut serta bersolat maghrib, solat hajat, solat Isyak serta majlis bacaan Yassin sebagai tanda kesyukuran di atas pembebasan Anwar daripada tuduhan tersebut. (Selanjutnya baca di sini  ).

4 comments:

Anonymous said...

Kehkehkeh. Org tua ni dah mula sasau cakap meracau iskiskisk.

Anonymous said...

Dia tak sedar apa yang dia cakap. Dah jadi macam Nik Aziz pulak, ... meracau dan meroyan.

Anonymous said...

perselingkuhan hanya boleh ditempat tempat yang tersembunyi bukan ditempat terbuka kah kah kah akai ada ke mana ade dalam doonia ni nak menjubo tengah jalan orang lalu lalang...kah kah bodo bodo...tak pe nanti pork nik boleh adjust dibolehkan undang meliwat dijalankan serentak dengan hudud kah kah kah.....akai ada ka????

The Don said...

dah tua dah pon, dah nyanyuk. cakap pon bukan2...ini lah manusia yang betul2 nyanyuk tahap nyamuk.