Tuesday, January 17, 2012

NIK AZIZ TAKUT HENDAK KOMEN PASAL SOKONGAN ANUAR KEPADA LESBIAN, BISEKSUAL, GAY DAN TRANSGENDER (LGBT) DAN KENYATAAN ANUAR TENTANG UNDANG-UNDANG HOMOSEKSUAL DI NEGARA INI YANG DIKATAKANNYA SEBAGAI LAPUK….



Salam semua®…
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa pemimpin politik dan media berhenti memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu melibatkan dakwaan salah laku seks kerana mahkamah sudah memutuskan ketua pembangkang tidak bersalah.

Ini kerana, menurut mursyidul am PAS, Anwar juga manusia biasa yang mempunyai perasaan malu setelah bertahun-tahun diasak dengan isu tersebut.

"Anwar ini manusia, bukan batang kayu. Dia reti malu. Bertahun-tahun surat khabar malukan dia. Orang (yang malukan) ini berdosa, kerana mencabul maruah tadilah... Dia berdosa.

"Tahu-tahu (keputusannya) terbalik sekelip mata... Orang yang memalukan itu dia pula dimalukan sekarang," kata Nik Aziz (atas) yang juga menteri besar Kelantan.

Anwar pada 9 Januari lalu dibebaskan dari tuduhan meliwat bekas pembantunya pada 2008 kerana hakim Mahkamah Tinggi mendapati tiada bukti kukuh yang menyokong keterangan pengadu.

Bermula kelmarin, beliau diasak dengan isu baru apabila dilaporkan memberikan jawapan kontroversi terhadap soalan sama ada beliau bersedia menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay".

Yakin menang besar

Dalam wawancara dengan BBC pada Khamis, yang dipetik semula beberapa media tempatan, Anwar dilapor berkata: "kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami."

Ketika diwawancara Malaysiakini di kediaman rasminya di Kota Baharu pada Khamis, Nik Aziz menggesa pihak terlibat bermuhasabah kerana tindakan memalukan orang bukan sikap seorang pejuang Islam.

"Saya kata, biarlah orang ini bermuhasabah. Kita nak menentang lagi kesian pada dia... Orang rebah. Diam sekejap, bermuhasabah. Buat dosa tak pasal-pasal di akhirat Anwar Ibrahim pula jadi jutawan kerana pahala orang itu diberi kepada dia.

"Dosa Anwar pula naik kepada dia. Jadi sekarang ini saya minta orang-orang yang memalukan Anwar Ibrahim, berhenti. Perjuangan Islam tak payah memalukan orang," katanya.

Nik Aziz juga menegaskan bahawa dalam Islam, maruah antara lima perkara yang wajib dipertahankan dalam Islam selain agama, nyawa, akal dan harta benda.

Sementara itu, mengulas peluang PAS mempertahankan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang, Nik Aziz berkata, beliau yakin parti itu akan memang besar sekiranya pilihan raya berlangsung dengan bebas dan adil.

Dakwat kekal perkara kedua, ketiga

"Kalau demokrasi dijaga dengan baik, tidak rasuah, tidak ugut, tidak (guna) ISA, tiada sebab rakyat tak undi Islam. Cina sekarang ada kelab penyokong PAS.

"Saya pun tak terfikir Cina ada kelab penyokong PAS sedangkan PAS dimomok-momokkan, difobiakan," katanya.

Mengulas perkembangan tidak sihat itu dengan memberi contoh, Nik Aziz mendakwa, beliau difahamkan seorang wakil rakyat daripada negeri itu bahawa terdapat sebuah rumah di Kelantan yang terdapat 13 pengundi "Melayu Thailand" didaftarkan di alamat itu.

"Mana boleh terima 13 orang duduk satu rumah. Umno ini, orang Melayu dah tak percaya dah, maka dia ambil orang lain.

"Kalau Melayu sendiri dah tak percaya pada Umno, berhentilah. Tapi dia ambil orang lain pula. Bangladesh pun ada ambil," dakwa anggota dewan undangan negeri Chempaka itu.

Ditanya tentang perkembangan baru apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, bagi Nik Aziz, yang lebih penting adalah membersihkan daftar pemilih.

"Dakwat ini perkara yang kedua, (dan) ketiga, Perkara pertama bagi saya ialah senarai pengundi. Senarai pengundi, saya dengar banyak (aduan)," katanya. – Malaysiakini
P/S- Tengok, cara penjelasan Nik Aziz, beliau langsung tidak sentuh tentang isu sokongan DS Anuar kepada program Lesbian, Biseksual, Gay dan Transgender (LBGT) dan yang terbaru beliau mempertikaikan undang-undang berkaitan dengan kegiatan homoseksual di negara ini sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk. Inilah isunya!
Kita bukanlah ingin malah, tidak ada niat langsung untuk memalukankan DS Anuar tapi, wajib sebagai seorang muslim, mengatakan yang benar tentang hukum-hukum Allah. Nik Aziz sebenarnya cuba mengelak untuk menjawab isu ini sebaliknya menuduh bahawa media cuba memalukan DS Anuar.
Nampak sangat Nik Aziz cuba mempolitikkan semua isu semata-mata untuk memberi sokongan politik kepada DS Anuar.
Kalau Nik Aziz tidak mahu, apa kata kita suruh anaknya, Nik Abduh cuba jawab isu ini.






7 comments:

Anonymous said...

Dia takkan berani nak komen mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Anuar itu.Paling tidak pun dia akan sebut ` Media silap memberi laporan `

Megat Alam Gempita said...

Memang undang-undang homoseksual di Malaysia lapuk. Sepatutnya para penyodol belakang ni dikenakan hukuman rejam sampai mati dan tidak layak jadi pemimpin. Rasulullah saw sendiri tak mengaku umatnya bagi golongan LGBT ni.

Bagi Anwa hukuman tu harus dihapuskan agar para LGBT bebas memancut benih DNA mereka dimana sahaja mereka suka waima kepada anak beranak sendiri apatah lagi kepada pembancuh kopi sendiri tanpa dikenakan hukuman!

Anonymous said...

Pakatan Rakyat yan gdi anggotai oleh PAS DAP dan PKR secara langsung bersetuju dengan sarana Anwar Ibrahimuntuk mengubal undang-undang kebebasan seks. Pakatan tiada halangan untuk melaksanakannya. Kebebasan seks untuk seluruh rakyat Malaysia dan kebebasan berkahwin itu adalah hak individu. Perjuangan anwar adalah perjuangan tulen.

Anonymous said...

dengar ucapan 4 minit sampai habis baru buat kesimpulan dan tuduhan.
Hasan Ali dah diberi surat tunjuk sebab sejak 2009, PAS dan bagi can 2 tahun

Anonymous said...

"ni semua fitnah UMNO ni...":

Diriwayatkan oleh wali selipar

Anonymous said...

Ambo nok komen guano...menate apo ko "transgender" ko "biseksual" ko...Menate bengo...

Anonymous said...

Tak lama lagi akan keluar fatwa halalkan ikut dubur...Hidup Nicky..Hidup Nicky...