Friday, January 27, 2012

MENTERI PERTANIAN TIDAK FAHAM LAPORAN AUDIT ? GAGAL MENJAWAB BEBERAPA ISU TERPENTING DENGAN BAIK.



Salam semua®…
Penulis berpendapat, sepatutnya menteri yang bertanggungjawab dalam isu ini perlu faham dengan sebaik-baiknya laporan audit ini kerana laporan audit ini bukanlah dibuat ke atas kementerian lain, sebaliknya ianya melibatkan kementeriannya sendiri. Penulis betul-betul tidak faham kenapa jadi begini?
Banyak kecelaruan yang timbul sehinggakan Ketua Audit Negara sendiri terpaksa tampil kehadapan memperjelaskan keadaan yang sebenarnya.
Banyak persoalan yang timbul dalam isu ini. Tidak ada langsungkah perbincangan di antara JAN dengan kementerian terbabit  sebelum dan selepas laporan penuh audit dikeluarkan?
Keadaan ini jelas menunjukkan kepada kita semua bahawa wujud masalah komunikasi di antara kementerian yang terlibat denagan Jabatan Audit Negara. Dan pada suatu ketika, penulis masih lagi ingat bilamana menteri berkenaan menyerahkan isu berkenaan kepada Timbalan Perdana Menteri sendiri untuk diperjelaskannya.
Penulis betul-betul tidak faham. Masakan jawapan semudah seperti yang dinyatakan oleh Ketua Audit Negara,  “bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.”
tidak dapat difahami dengan jelas oleh Menteri berkenaan? Apatah lagi untuk menangkis fitnah pembangkang. 
Ataupun mungkin menteri berkenaan terlepas pandang ?
Amat memalukan dan menyedihkan. Kenapa jadi begini?
Itulah realiti yang perlu kita ketahui.
Berat…berat…penulis bersimpati yang teramat sangat kepada DS Najib. Memang berat tanggungjawabnya……
Ikuti komen  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar tentang isu ini seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini.  
Penjelasan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) membuktikan bahawa projek itu tidak gagal, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
  
Ini kerana projek itu yang membabitkan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih, katanya.
  
"Penjelasan Ketua Audit Negara berhubung projek NFC adalah sama dengan penjelasan panjang yang saya berikan di Parlimen dahulu pada sesi penggulungan kementerian saya sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada para penerima yang layak di Bukit Belimbing di Kuala Selangor hari ini.
  
Noh berkata demikian ketika mengulas penjelasan Jabatan Audit Negara (JAN) semalam bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.
  
Ambrin dalam satu kenyataan berkata "perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN (Jabatan Audit Negara) tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.”
  
Ambrin dalam kenyataan itu juga menyebut pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  
Beliau juga berkata pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan, sehingga satu kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan.
  
Mengulas lanjut, Noh mengakui kelewatan berlaku pada pelaksanaan projek tersebut yang bermula ketika proses hendak membersihkan tapak seluas 5,000 hektar di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 1,500 hektar kepada NFCorp manakala 500 hektar diberikan kepada sebuah syarikat lain dan Kerajaan Negeri Sembilan mendapat 3,000 hektar.
  
Beliau berkata pertikaian yang ditimbulkan oleh pembangkang bahawa kerajaan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM250 juta kepada NFCorp sebelum perjanjian dimeterai sebenarnya jelas menunjukkan mereka keliru.
   
Ini kerana, katanya, terdapat dua perjanjian dimeterai antara syarikat swasta tersebut dengan kerajaan iaitu pertama pada 6 Disember 2007 dengan Kementerian Kewangan membabitkan pinjaman berkenaan.

Satu lagi perjanjian pula membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditandatangani pada 8 Mac 2010 iaitu ketika beliau menerajui kementerian tersebut, katanya.
  
"Jadi tidak mungkin perjanjian belum ditandatangani duit (pinjaman) sudah dikeluarkan, jadi pembangkang twist (putar belit) bahawa perjanjian dibuat pada 2010 sedangkan perjanjian sebelum itu tidak disebut," katanya.
  
Dalam pada itu, Noh berkata sekiranya terdapat sebarang penyelewengan dalam projek berkenaan, kementerian menyerahkan kepada SPRM untuk membuat siasatan.
   
"Projek tersebut tidak gagal, hanya kementerian perlu menyusun semula supaya ia dapat dilaksanakan sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

1. Kalau JAN bagi respon dengan segera tak ada peluang le pembangkang nak menipu. Begitu juga K.Pertanian, mereka bagi pembangkang menipu dulu baru sedap.
2. Kalau dah diterangkan lebih dulu tak ada peluang le Kak Ijat nak saman mereka.

Kan JAN dan K. Pertanian ni bijak. tulah kau orang tak nampak muslihatnya.

Anonymous said...

Aku pun tak faham. Dulu tahun 60an dan 70an Pejabat Haiwan ada bagi orang kampong lembu betina untu dipelihara dipangil lembu pawah. Anak pertama jika betina hak milik Jabatan Haiwan dan di bagi pada krluarga lain. Anak kedua dan sseterusnya hak keluarga yang memelihara. Le ni konsep tersebut dah tak ada.Ayah aku dapat lembu pertama mandul. Kedua sempat beranak seekor dua-dua mati hanyut banjir tahun 70. Sekarang pelihara lembu perlu juta-juta. Dulu freeeee aje.