Saturday, January 28, 2012

ISU NFC: KAWAN YANG MAKAN KAWAN.



Salam semua®…
Penulis rasa kecewa dengan sikap sesetengah ahli parlimen BN yang berani mengambil kesempatan untuk menjadi populis dengan menjatuhkan maruah kawan padahal siasatan daripada pihak berkuasa belumpun habis dibuat .
Sepatutnya sebagai kawan sekerja yang bernaung dan berjuang dalam barisan yang sama, mereka tidak perlu terburu-buru mencerca dan sampai sanggup menjatuhkan hukuman sendiri tanpa sedikitpun rasa simpati akan musibah fitnah yang menimpa rakan seperjuangan mereka.
Di waktu kawan memerlukan pertolongan dari segi moral untuk bangkit melawan fitnah pembangkang, ada juga kawan seperjuangan yang tidak berhati perut sampai sanggup mengungkap kata-kata seperti berikut:
"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan. "Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil,"
Betapa celuparnya mulut manusia ini. BN akan hancur jika sikap manusia seperti di atas masih lagi berada di dalam BN. Bersikap tergopoh-gapah dalam menilai yang buruk kepada seseorang tanpa bukti yang kukuh mencerminkan rendahnya nilai pertimbangan diri yang sepatutnya ada pada seseorang yang bergelar pemimpin.
Yang fitnahnya siapa? Yang mengutuknya siapa? Yang ruginya siapa? Orang Melayu sepatutnya banyak belajar daripada orang-orang Cina.
Ikuti luahan rasa, Pengarah komunikasi syarikat National Feedlot Corporation, Khaidir Jamal berkenaan dengan isu NFC seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini:
Pengarah komunikasi syarikat National Feedlot Corporation, Khaidir Jamal berkata operasi syarikat tersebut "amat terjejas" apabila kontroversi berhubung projek National Feedlot Centre timbul.

Katanya, pengarah eksekutif syarikat itu, Wan Shahinur Izmir Salleh terpaksa banyak menghabiskan masa apabila disiasat polis dan juga oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lebih mendatangkan masalah ialah apabila kerajaan bertindak membekukan aset syarikat NFC yang diusahakan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Operasi masih berjalan, jadi apabila pembekal minta bayaran tunai, macam mana nak bayar. Jadi memang terjejas sangat," katanya ketika sesi taklimat bersama kumpulan NGO Melayu di Kampung Baru, hari ini.

Beliau juga sangat berterima kasih kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang atas satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

Katanya, kenyataan itu telah menjelaskan kekeliruan bahawa syarikat NFC merupakan syarikat persendirian dan merupakan entiti berbeza daripada projek NFC.

"Tapi yang payahnya nak jawab (dakwaan yang timbul) dalam blog ini.

"Jadi kita kena jumpa semua pemimpin masyarakat untuk beri penjelasan," katanya lagi.

Beliau juga menegaskan, projek NFC itu merupakan satu usaha untuk mewujudkan rangkaian perniagaan orang Melayu.

Katanya perkara itu dapat dilihat dalam perusahaan restoran Meatworks yang juga diusahakan keluarga Shahrizat.

Dalam pada itu, satu badan NGO yang hadir di majlis taklimat hari ini turut bercadang untuk mengadakan program penerangan bagi menjelaskan isu berkenaan.

Naib pengerusi Gerakan Memartabat Pejuang Negara, Mohd Arafat Muhammad berkata, badan berkenaan antara lainnya akan menimbulkan dakwaan kewujudan pihak ketiga untuk menggagalkan projek NFC.

Pihak ketiga itu didakwa sebagai "kartel daging di Malaysia" - kumpulan yang didakwa sering menaikkan harga daging setiap kali musim perayaan.

"NFC akan pecahkan monopoli sesetengah pihak dalam peniagaan daging," katanya lagi ketika ditemui Malaysiakini selepas taklimat itu.

1 comment:

Anonymous said...

INI MUNGKIN KERAN LEMAHNYA JENTERA PENERANGAN...RAMAI YANG X FAHAM ISU INI