Saturday, January 07, 2012

Isu Kempen Bebaskan Anuar 901 – Malunya Aku. Pemimpin Melayu Pakatan Rakyat Berbalah Sesama Sendiri…


Salam semua®…

Penulis berpendapat  sebab utama kenapa pengikut-pengikut Melayu yang dahulunya kuat menyokong PKR dan PAS dalam PRU ke 12 sudah ramai meninggalkan parti pembangkang kerana  pemimpin mereka yang suka mengamalkan  sikap cantas mencantas, kutuk mengutuk serta tidak menghormati satu sama lain.  

Malang bagi mereka kerana tindakan rakus mereka ini, kini sudah merebak dan menjadi budaya di dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanakah agaknya jika mereka ini diberi peluang untuk meneraju Putrajaya dan menjadi payung kepada orang-orang Melayu? Sebelum diberi tugaspun, mereka sudah berkelahi dan berkecamuk dari atas sehinggalah ke bawah, inikan pula hendak diberikan tampuk pemerintahan kepada mereka. Na’uzubillahiminzaalik.  

Berbanding dengan pemimpin-pemimpin Melayu di dalam UMNO, nampaknya mereka lebih menghormati satu sama lain dan setia kepada pucuk pimpinan. Dasar yang jelas dan teratur adalah lahir daripada kesepakatan, rasa hormat menghormati di antara pucuk pimpinan dan pemimpin-pemimpin bawahan.

Penulis tidak mahu mengambil banyak contoh, cuma cukup sekadar dalam seminggu ini banyak cerita-cerita yang memalukan orang-orang Melayu telah dipaparkan di dada-dada akhbar dan di alam maya.  Kita lihat apa sudah jadi kepada pemimpin-pemimpin Melayu di dalam Pakatan Rakyat:

Isu Demontrasi dan Kempen Bebaskan Anuar 901.

1.Dr Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sebelum ini berkata menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.
Dr Hasan berkata lagi semua pihak termasuk pemimpin yang terlibat harus memikirkan sedalam-dalamnya perkara itu kerana ia memberikan kesan bukan sahaja kepada negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

2.Semalam Abdul Hadi pula berkata akan menyertai perhimpunan 901 menambah ”untuk ahli PAS pula terserah kepada masing-masing.” Maknanya, kalau hang nak pi ka, hang tak mau pi ka, hang punya suka….

3.Menurut Mahfuz pula, kenyataan Dr Hasan yang menolak perhimpunan 901 pada Isnin ini dan menyifatkan ia sebagai perbuatan sia-sia telah menjatuhkan imej dan maruah Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku pemimpin tertinggi parti selain disanjung tinggi oleh pemimpin luar negara.

“Bagi saya beliau (Dr Hasan) menghina presiden PAS...presiden telah mengatakan akan hadir sama dalam perhimpunan itu namun Dr Hasan telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan itu adalah perkara yang sia-sia.

4.Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula mendesak PAS mengambil tindakan sewajarnya terhadap exco kerajaan negeri Selangor itu (Dr Hasan).

Azmin seterusnya berkata kenyataan Dr Hasan telah melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dan beliau tidak sewajarnya berkata demikian.

Lanjutan daripada kenyataan Azamin, Dewan Pemuda PAS pusat melahirkan kekesalan mereka di atas desakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang mendesak agar parti Islam itu mengambil tindakan terhadap Datuk Dr Hasan Ali kerana mengeluarkan kenyataan menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia.

Menurut Naib Ketua Pemuda PAS pusat Dr Raja Ahmad Al-Hiss, Dr Hasan masih merupakan ahli parti itu dan mengingatkan Azmin agar tidak campur tangan.

5. Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan pula berkata “Jika saya turun perhimpunan 901 kelak, saya bukan turun untuk Anwar dan (bukan) kerana Anwar. Tetapi kerana saya mahu membawa mesej kepada kerajaan Umno dan BN bahawa rakyat menolak cara pemerintahan dan pentadbiran yang merosakan maruah orang sebelum ia dibuktikan bersalah,”

Saling tak tumpah macam cerita lama arahan seniman agong Allahyarham P. Ramlee – “KELUARGA 69”

Kesimpulan Penulis:

Kuasa yang ada di kalangan pemimpin-pemimpin sebenarnya adalah amanah daripada rakyat yang mahukan  kesejahteraan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Jadi, terserahlah kepada orang-orang Melayu sendiri samada mereka mahu memilih yang baik ataupun yang buruk.

Masa depan orang-orang Melayu itu sebenarnya terletak di atas kemahuan mereka sendiri kerana Allah sendiri tidak akan sesekali mengubah nasib sesuatu umat, kecuali umat itu sendiri berusaha mengubah untung nasib mereka.   




3 comments:

Raja Liwat Negara said...

Selamat datang keperhimpunan Kaki Buntot 901...anjuran PKR

Anonymous said...

For the followers of PAS religion, Datuk Dr. Hasan Ali is now your bogeyman. He is your nightmare.

Live with it.

ah-lipas said...

pakat2..kasi pelingkup je pakatan haram nih..merosak bangsa je..