Tuesday, February 01, 2011

DEMOKRASI TULEN – USTAZ HADI AWANG MASIH LAGI MERABA-RABA?



Salam semua…

Sungguhpun PRU DUN Tenang telah melabuhkan tirai dan kerajaan BN telah mengekalkan kemenangan mereka, namun ada sebilangan kecil pemimpin PAS yang masih lagi tidak berpuas hati di atas kekalahan mereka.

Dan yang terbaru tentang kritikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang melahirkan rasa tidak puas hati beliau melalui ungkapan-ungkapan seperti berikut;-

1. "Untuk kesekian kalinya kita berhadapan dengan Umno-BN yang menggerakkan jentera kerajaan dengan bajet yang tidak terbatas, media berat sebelah yang masuk di tiap-tiap buah rumah, dan peraturan pilihan raya yang tidak berasaskan suasana pertandingan di lapangan yang sama rata.

2. Abdul Hadi menegaskan bahawa demokrasi tulen tidak kepada perubahan cetakan kertas dan kotak undi semata-mata.

Sebaliknya, tambah anggota parlimen Marang itu, ia antaranya bertitik tolak dari peraturan pilihan raya yang adil, media yang bebas, persekitaran kempen tanpa sogokan dan ugutan serta projek pembangunan melimpah ruah semasa tempoh berkempen.

Baca keseluruhannya di sini.

Ulasan penulis;

Penulis nak tergelak bila terbaca komen Ustaz Hadi yang seolah-olah tidak rasional dalam melontarkan komen beliau. Mana ada dalam sejarah kerajaan sesuatu negara yang mahu kalah dalam pilihanraya? 

Kerajaan yang mengamalkan demokrasi tulen tidak semestinya menyerah bulat-bulat kawasan yang ditandingi mereka kepada pembangkang. Adakah demokrasi tulen itu akan terjejas kalau parti pemerintah itu kuat atau parti pembangkang itu lemah? 

Di manakah letaknya maruah anda sebagai pemimpin terbilang kalau anda asyik berterusan menyalahkan kekuatan orang lain dalam memimpin? sebaliknya sanggup menutup kelemahan diri sendiri dengan menyalahkan orang lain pula?

Kalau ikutkan kewarasan akal, semestinyalah kerajaan yang memerintah akan melakukan yang terbaik  bagi menggerakkan jentera kerajaan dalam pelbagai hal dengan  sebaik-baiknya. Soal bajet yang tidak terbatas dan media kerajaan yang berat sebelah adalah persoalan remeh kerana kerajaan yang dibentuk melalui demokrasi tulen seperti UMNO-BN tidak pernah mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pengundi majoriti kepada mereka. Sebab itulah kenapa UMNO serta parti komponen BN yang lain mampu bertahan memerintah negara lebih dari 50 tahun!..

Adakah Ustaz Hadi bercakap seolah-olah kerajaan dibawah UMNO-BN sekarang bergerak secara diktator? Beliau sebenarnya lupa disebalik kerajaan UMNO-BN yang kuat, berdirinya jutaan penyokong-penyokong kuat mereka termasuklah penulis sendiri.

Jadi persoalan tentang ketidak-adilan semasa pilihanraya di DUN Tenang tidak timbul sama sekali. Yang kuat akan menang dan yang lemah akan kalah. Jangan sesekali mengaitkan setiap kekuatan itu dengan unsur-unsur kejahatan dan kelemahan pula sebagai penindasan. Kalau inilah yang berlaku, adalah amat malang sama sekali kerana Ustaz Hadi sebenarnya telah mengambil kesempatan di atas kelemahan pimpinannya dengan tidak berlaku adil kepada semua pengundi termasuklah penyokongnya sendiri.

Tindakan anda mengenepikan undi majoriti bukanlah ciri-ciri amalan demokrasi tulen sebenarnya.

Adakah jika kerajaan menyerahkan bulat-bulat satu-satu kawasan kepada parti pembangkang tanpa perlu adanya pilihanraya akan dianggap domokrasi tulen pada kacamata Ustaz Hadi? 

Kalaulah itu yang anda maksudkan. Anda silap sama sekali Ustaz Hadi dan anda bukanlah ahli politik tulen!




No comments: