Salam semua®…
DAP hari ini menegaskan Umno sudah tidak layak membela nasib masyarakat Melayu di negara ini kerana parti politik Melayu itu dikatkan mengamalkan dasar pemerintahan yang berat sebelah. Setiausaha politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari menjelaskan, pemimpin Umno sebenarnya telah melemahkan masyarakat Melayu, dan orang Melayu sekarang sudah mampu menilai serta tidak teragak-agak untuk menyokong DAP.
"Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah menganaktirikan sesiapa pun, yang melemahkan orang Melayu adalah pucuk pimpinan Umno yang mahu mengekalkan kuasa melalui kebergantungan orang Melayu kepada Umno. Dalam erti kata lain, kuasa Umno adalah kemudaratan orang Melayu.
"Kerana itu, tidak hairanlah kenapa orang Melayu yang makin celik dan sedar akan kemungkaran Umno dan sekutu-sekutunya tidak akan takut lagi untuk memilih DAP yang mengutamakan rakyat Malaysia dan menawarkan siasah baru yang berteraskan demokrasi, hak asasi dan peluang saksama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Zairil, Umno hanya tahu mengamalkan satu jalan penyelesaian iaitu dalam bentuk skim cepat kaya dan menguntungkan kroni mereka seperti Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan syarikat-syarikat penjana tenaga elektrik bebas (IPP), konsesi-konsesi berat sebelah dengan syarikat-syarikat pengendali tol lebuhraya, skandal RM250 juta National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga seorang menteri dan juga penyenaraian Felda Global Ventures Holdingd (FGVH) yang bakal menguntungkan segelintir kroni elit.
Menurut Zairil lagi, kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Lim giat melaksanakan program-program kebajikan sosial yang disasarkan kepada pelbagai golongan adalah contoh-contoh dasar yang membantu golongan masyarakat yang paling memerlukannya.
"Dasar yang dilaksanakan ini jelas tidak bersifat perkauman. Namun, rata-rata golongan yang paling banyak menerima bantuan adalah masyarakat Melayu yang selama ini dipinggirkan dan disia-siakan oleh Umno yang kononnya memperjuangkan kepentingan mereka.
"Bagi hal-ehwal agama Islam pula, kerajaan Umno - Barisan Nasional (BN) hanya memperuntukkan RM12 juta setahun. Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, jumlah ini telah dinaikkan setiap tahun sehingga peruntukan untuk tahun 2012 sudah pun mencecah RM64 juta, iaitu lebih lima kali ganda," katanya.
Tambahnya, peruntukan besar ini merangkumi usaha-usaha untuk, antara lainnya, pembesaran tapak perkuburan Islam, pembangunan Sekolah Agama Rakyat,elaun-elaun untuk pega wai masjid, guru KAFA, para Huffaz serta progam-program sambutan kebesaran Islam.
"Program-program seperti ini sekiranya mengikut fitnah Umno, dikatakan tidak disambut sama sekali di Pulau Pinang. Tidakkah ini membantu masyarakat Islam yang rata-ratanya orang Melayu?" soalnya.
"Sekiranya pemimpin-pemimpin Umno merasa bahawa warga Melayu di Pulau Pinang berada dalam keadaan tertindas dan tidak maju, bukankah itu salah kerajaan BN yang telah memerintah selama lebih 50 tahun di Pulau Pinang?" soalnya lagi.
Isu penyertaan beberapa orang Melayu ke dalam DAP baru-baru ini sedang hangat dibicarakan, terutama sekali di kalangan pemimpin-pemimpin Umno.
Kenyataan terbaru, yang dikeluarkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri dilihat seperti telah menyindir bahawa DAP tidak pernah membela kepentingan orang Melayu, manakala Ketua Puteri Umno pula menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang menganaktirikan masyarakat Melayu di sana.
"Tuduhan pemimpin-pemimpin Umno ini jelas palsu kerana sejarah jelas membuktikan bahawa DAP adalah parti yang membela sesiapa sahaja yang ditindas, tanpa mengira warna kulit atau agama," tegas Zairil menepis dakwaan tersebut.- The Malaysian Insider
P/S – Sedap betul kata-kata anak lelaki Khir Johari, iaitu Zairil Khir Johari yang berhujah kononnya orang Melayu sekarang sudah mampu menilai serta tidak teragak-agak untuk menyokong DAP. Katanya lagi, tidak hairanlah kenapa orang Melayu yang makin celik dan sedar akan kemungkaran Umno dan sekutu-sekutunya tidak akan takut lagi untuk memilih DAP.
Betul ke? Penulis masih ingat lagi cabaran yang diberikan oleh Ketua Pemuda UMNO supaya pemimpin DAP menunjukkan bukti dalam bentuk angka berapa ramaikah orang Melayu yang sudah masuk parti DAP?
Malangnya, sampai sekarangpun tidak terjawab. Tapi, depa dah dok kalut kata orang Melayu sekarang ini tak teragak-agak untuk menyokong DAP.
Agaknya cakap-cakap saudara Zairil ini cuma ingin menyedapkan hati penyokong DAP saja kot.
Kalau tak caya, mai la tengok sendiri kat Penang la ni, apa yang parti DAP dah buat kat orang Melayu sini. Selama lebih 3 tahun perintah, sebiji rumah kos rendah untuk orang Melayu langsung tak boleh buat. Nak sokong DAP lagu mana? Cuba mai cerita dekat cek sat!
Kalau nak tau, ramai orang Melayu Penang dari dulu sampailah la ni, dah tau sangat yang parti DAP tu rasis. Hari-hari depa dok jaga dan tengok nasib kaum Cina saja.
Jadi, jangan dok mimpi dan pandai kata-kata orang Melayu akan sokong DAP. Kalau tak caya, pi tanya Mamu Musa kat BM!.....
5 comments:
anak tiri yg perasan dan bukan berbin khir johari, cina yg perasan dia melayu. ha ha ha
Ini orang nama je melayu..tapi cina/tak pun darah cina...betul ker anak khir johari?...
Melayu tak waras jer yang sokong DAP
konsep spt singapore cuba diaplikasikan di Malaysia.. org Melayu hanya jd pengikut... keputusan dasar semua dibuat pemimpin atasan, pemimpin melayu bawahan hanya ikut telunjuk!! lakonan DAP siang malam.. sama seperti lee kuan yew..pakai songkok masuk kampung nak raih undi melayu!
hahahahaaaaaa.....kau bukan melayu la...kakakakakakahhhhh...check racial DNA, pasti bukan melayu. You have no right to speak about malays. If you are a malay, the first thing you do is masuk PAS or UMNO. Ni terus DAP, ada faham mamat? WE know all you chinese tricks, kami dah lama dalam politik.
betul sangat2 kata2 zairil (anak angkat, bukan bin) khir johari tu. (sambil letak dua2 tangan kt bahu). betul kepala hotak dia!!!
Post a Comment