Sunday, January 29, 2012

ISU KUIN: MAKIN PANAS. KERAJAAN NEGERI KEDAH TELAH MELANTIK PEGUAM KARPAL SINGH, YANG JUGA PENGERUSI DAP MEWAKILI KUIN SEMENTARA PENASIHAT UNDANG-UNDANG PAS, MOHAMED HANIPA MAIDIN, AKAN MEWAKILI MAHASISWA. APA SUDAH JADI?



Salam semua®…
Pakar Perlembagaan, Abdul Aziz Bari menasihatkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak agar tidak berselindung di sebalik isu teknikal undang-undang apabila berdepan dengan aktivis mahasiswa tentang kebebasan akademik di Kedah.
"Menteri Besar tidak seharusnya berselindung di sebalik semua isu teknikal. Sebenarnya, terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan.”kata bekas professor ini kepada The Malaysian Insider.
Beliau turut mengingatkan Menteri Besar Kedah itu bahawa terdapatnya undang-undang yang baik dan yang buruk, dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terletak dalam kategori yang buruk.
"Seperti mana ISA, Akta Hasutan, dan PPPA," katanya merujuk kepada undang-undang keselamatan, percetakan dan penerbitan yang disifatkan Pakatan Rakyat sebagai undang-undang "berlebihan" dan "lapuk", yang dijanjikan mereka untuk diubah, menurut manifesto pilihan raya mereka yang kenali sebagai Buku Jingga.
Azizan, pemimpin PAS kanan, mempertahankan tindakan kolej negeri, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggantung lima pelajarnya di bawah AUKU pada Mei tahun lepas.
"Bagaimana beliau (Aziz) boleh menyuruh saya untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran universiti? Keduanya,  perkara itu sudah di bawa ke mahkamah ... Apa nak dikecohkan lagi," kata Azizan semalam.
Abdul Aziz  kembali bertelingkah lidah dengan Azizan berikutan tuduhannya terhadap Aziz yang mendakwa beliau "buta undang-undang" dan tidak berkelakuan sesuai ahli akademik.
Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu mendesak Azizan agar membatalkan keputusan mahkamah menggantung lima pelajar terbabit dan menjadikannya kes mahkamah akademik.
"Sebagai ilmuan syariah, menteri besar Kedah seharusnya mengetahui perkara ini. Beliau terlepas pandang berkaitan perkara itu dan seharusnya mengemukakan permohonan maaf dan membatalkan keputusan yang dibuat KUIN," jelas Abdul Aziz.
Beliau terus menkritik Azizan kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk melantik peguam mewakilinya di mahkamah.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa kerajaan negeri telah melantik peguam terkemuka negara, Karpal Singh, yang juga Pengerusi DAP dan pemimpin Pakatan Rakyat, mewakili KUIN sementara penasihat undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin, akan mewakili mahasiswa berkenaan.
Abdul Aziz turut mendesak agar Azizan tidak melibatkan pemimpin politik berhubung perkara itu bagi menyelamatkan Pakatan Rakyat “daripada perkara yang bukan sahaja membazirkan wang dan tenaga, tetapi paling nyata menurunkan martabat janji mulia yang dibuat dalam dasar rangkakerja biasa."
Beliau turut mendesak Karpal agar mempertimbangkan semula keputusannya.
Malah, Aziz turut mengingatkan Karpal dan Azizan bahawa, Malaysia sudah mempunyai undang-undang yang cukup untuk mengawal mahasiswa dan mereka seharusnya tidak berterusan dalam menyokong AUKU dan undang-undang tidak adil lain, sebaliknya menunaikan janji mereka untuk pembaharuan, termasuk memansuhkan akta terbabit.
Lima mahasiswa KUIN itu dibawa berdepan jawatankuasa disiplin pada 25 Mei 2011 kerana melanggar undang-undang AUKU dengan menyertai demonstrasi, membuat ucapan menggunakan pembesar suara dan mengadakan sidang media untuk membantah tindakan menggunakan blok untuk kelas agama sebagai tempat untuk sekolah pintar.
Mohd Faiz Mohd Arshad telah digantung dua semester, dan rakan-rakannya digantung satu semester dan diberikan surat amaran.
Walaupun penggantungan tersebut sudah berlangsung sejak lapan bulan lalu, dengan empat daripada mereka telah kembali ke kampus, aktivis berkenaan mengambil keputusan untuk mencabar keputusan mahkamah tersebut.
Mohd Faiz Mohd Arshad menuntut penggantungannya ditarik balik dan rakan-rakannya menuntut ganti rugi kewangan kerana ketinggalan kelas.
Azizan telah membuat kenyataan bahawa pihaknya tidak bersetuju bahawa tindakan KUIN itu salah dan menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk membuat keputusan.-The Malaysian Insider.
P/S – Penulis semakin bercelaru. Kenapa tiba-tiba sahaja Karpal Singh menyokong tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu lima mahasiswa KUIN yang berdepan dengan tindakan disiplin kerana melanggar undang-undang AUKU. Sehinggakan Prof Aziz Bari yang merupakan penyokong kuat pembangkang turut mendesak Karpal agar mempertimbangkan semula keputusannya.
Mengekalkan AUKU bermakna ianya bertentangan dengan dasar dalam buku Jingga yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
Semakin menarik. Kita tunggu apa kesudahannya.

9 comments:

Depa dah putaq said...

Karpal akan kalah dalam kes ini. PAS akan menang. Semuanya sendiwara.

Pakatan memang kaki putaq.

Anonymous said...

KESIMPULANNYA AUKU MASIH RELEVAN..MOHON DS NAJIB TARIK BALIK PENSTRUKTURAN AUKU..

Anonymous said...

masuk..... duit gomen kedah leh sapu buat dap, nanti tangguh 50 x, leh charge 2/3 juta.

* pegawai undang2 kedah dapat gaji buta

Anonymous said...

Di sana penyangak disini penipu, dah kenalah tu penyangak tipu penipu dan penipu kenakan penyangak. Inilah beteri AA.

Anonymous said...

Makin kaya DaP....is
Islam sama islam gaduh kafir harbi yg kaya ambik duit rakyat islam...barua punya parti...DaP opportunist...pas bodo...

usin said...

tak payah komen. mari kita senyum simpul.

Nok said...

dah tak tahu nak cakap apa lagi.....inilah penangan parti caca merba..termasuk pemimpin dia...tapi penyokong dia lagi haprak main sokong aje dgn membutakan mata hati...walhal pemimpin2 dia samada PKR atau PAS sama2 bodoh sombong....tengok lah contoh terbaik ..yg MB kedah kata macam ini...yg Aziz prof kongkong kata begini...yg mana satu student nak ikut????

last last yg kuar fatwa songsang nik aziz.alaihisalam....wahai penyokong2 parti haprak..hangpa tengoklah betapa hapraknya parti pembangkang......maknanya menunjukkan betapa bodoh nya mentality korang...keh keh keh...main sokong buta2 ..macam butanya hati perut hangpa semua....

Salam semua (R)... said...

Saudara Nok,

Saudara dapat menterjemah dengan tepat apa yang penulis maksudkan. Pakatan carca-merba seperti inikah yang bercita-cita untuk mentadbir Putrajaya?

Nok said...

anon salam semua (R) hang punya gambar tu macam aku pernah berdiri bertafakur kat depan aje....

inilah puak2 haprak yg nak pi putrajaya...dulu masa TDM nak buat putrajaya haprak2 ni lah yg menentng...tambah2 nik aziz ....10Billion kata membazir lah mengabiskan duit rakyat lah tapi ..la ni puak2 haprak nilah nak pi putrajaya???akai ada ke???tak malu ke ????

tuhan adalah perancang terbaik..setiap yg berlaku ada hikmahnya...tiap2 yg mungkar ada balasannya....nah skrg manusia2 munafiq sedang dlm proses untuk menerima hukum tuhan termasuk nik aziz, parti pas odan penyokong2nya......