Salam semua®…
Pelbagai pihak menyifatkan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa masyarakat Cina masih boleh meraih kekayaan walaupun kegagalan kepimpinan Barisan Nasional (BN), sebagai angkuh dan bersikap perkauman.
Kenyataan yang disiarkan menerusi portal propembangkang The Malaysian Insider itu juga disifatkan berbahaya kerana pemimpin pembangkang tersebut pernah mengeluarkan kenyataan yang hampir sama pada 1969 sehingga mencetuskan rusuhan kaum di negara ini.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, Kit Siang cuba memecah-belahkan perpaduan yang telah terjalin antara kaum di negara ini.
"Nampaknya ada pemimpin yang mahu pecah-belahkan orang Melayu dan Cina kemudian menjadikan soal kekayaan kaum sebagai modal politik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Beliau turut menyifatkan tindakan Kit Siang yang selalu membangkitkan perkara itu seperti orang tua sudah nyanyuk.
"Rakyat Malaysia terutama golongan muda sudah tidak mempunyai pemikiran begini. Kita hidup harmoni tetapi dia (Kit Siang) masih dengan pemikiran lama. Ini sikap orang nyanyuk," katanya.
Kit Siang seperti dipetik oleh portal itu berkata, ekonomi Malaysia semakin berkembang sejak beberapa dekad lalu walaupun kepimpinan UMNO-BN diselubungi dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kepincangan dalam urus tadbir.
Malah katanya, masyarakat Cina masih terus mengaut kekayaan walaupun kepimpinan BN gagal.
Sementara itu, Choo Keong turut mencabar Kit Siang supaya membuktikan perkara berkenaan melalui ketelusan pentadbiran DAP di Pulau Pinang.
"Buatlah kita mahu tengok, sekarang dia (DAP) perintah Pulau Pinang tetapi kenapa masih memerlukan bantuan kerajaan (BN)," katanya.
Tambahnya, Kit Siang sepatutnya sudah berundur daripada arena politik sebagaimana tokoh-tokoh politik seangkatannya daripada pelbagai parti lain.
"Dahulu dia suruh ramai tokoh politik berundur dan mereka semua sudah berundur, tetapi kenapa dia tidak berundur. Dia masih mahu berkuasa dan membina dinasti Lim," tegasnya.
Jelas beliau, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum saling memerlukan antara satu sama lain kerana matlamat mahu menjadikan Malaysia makmur.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pula menyifatkan kenyataan Kit Siang itu cuba mencetuskan kembali ketegangan kaum di negara ini.
"Dia pernah mengeluarkan kenyataan yang sama pada 1969 dan kali ini dia berkempen dengan cara yang sama melalui pemikiran dia yang sempit," katanya.
Jelasnya, Kit Siang jelas mempamerkan sifat cauvinis apabila cuba menyuntik racun dalam pemikiran rakyat negara ini sehingga boleh mencetuskan perpecahan kaum.
"Inilah cara parti pembangkang cuba mengelirukan rakyat. Mereka hendak dapat sokongan dan undi dengan modal perkauman melalui pemikiran yang sempit," tegasnya.
Mohamed Maliki menegaskan, BN yang terdiri daripada pelbagai parti komponen dan kaum sejak dahulu sentiasa memastikan kemakmuran semua kaum.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, Kit Siang sepatutnya mengajak masyarakat Cina di negara ini untuk bersama-sama membantu meningkatkan ekonomi negara dan bukannya menghasut dengan memburuk-burukkan kerajaan.
Sambil menyifatkan kenyataan Kit Siang itu seperti 'kacang lupakan kulit', Ruslan menambah, Kit Siang juga sepatutnya menyedarkan masyarakat Cina betapa bertuah mereka menjadi rakyat negara ini berbanding masyarakat Cina di negara lain seperti di Thailand atau Indonesia.
"Kerana itu saya menyeru masyarakat Cina di negara ini menolak kepimpinan Kit Siang kerana beliau lebih banyak menyeru kepada perpecahan dan permusuhan," katanya.-Utusan
P/S – Dalam merungkai sikap cauvinis Lim Kit Siang di atas, penulis masih lagi teringat dan menyimpan dengan baik kata-kata yang pernah diungkapkan oleh tokoh akademik berbangsa Cina yang memberi ulasan yang terbaik tentang dasar negatif DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang ini.
Tokoh akademik berkenaan tidak lain dan tidak bukan beliau ialah Profesor Dr Khoo Kay Kim. Beliau secara peribadi mengatakan;
1.“DAP adalah parti yang sentiasa menyusahkan dan agenda mereka selalu menimbulkan kekeliruan dan rasa marah rakyat”.
2.DAP yang merupakan serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) sentiasa mahu menimbulkan kekacauan bagi merosakkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara.
3.“Apa yang dilakukan oleh DAP bukan perkara baru. Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan rakyat marah,”.
4.“Tujuannya adalah untuk menimbulkan kekeliruan pada rakyat, menjadikan rakyat khususnya orang-orang Melayu rasa tercabar dan marah, berlaku prasangka antara pelbagai kaum ini dan seterusnya keamanan negara tidak terjamin,” terangnya.
5“DAP tidak pernah menyuarakan sesuatu yang boleh membantu kerana mereka tidak mahu rakyat berada dalam keadaan tenteram sebagaimana yang dilaksanakan oleh kerajaan.”
2.DAP yang merupakan serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) sentiasa mahu menimbulkan kekacauan bagi merosakkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara.
3.“Apa yang dilakukan oleh DAP bukan perkara baru. Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan rakyat marah,”.
4.“Tujuannya adalah untuk menimbulkan kekeliruan pada rakyat, menjadikan rakyat khususnya orang-orang Melayu rasa tercabar dan marah, berlaku prasangka antara pelbagai kaum ini dan seterusnya keamanan negara tidak terjamin,” terangnya.
5“DAP tidak pernah menyuarakan sesuatu yang boleh membantu kerana mereka tidak mahu rakyat berada dalam keadaan tenteram sebagaimana yang dilaksanakan oleh kerajaan.”
6.“Rakyat sekarang tahu menilai, jadi mereka perlu sedar bahawa ada pihak yang sentiasa cuba untuk mencari ruang bagi menghancurkan keamanan negara.”
Kalaulah Profesor Dr Khoo Kay Kim sendiri boleh berkata sedemikian, maknanya ada yang tidak kenanya dengan sikap cauvinis Lim Kit Siang ini.
Seluruh rakyat Malaysia perlu berhati-hati dengan sikap pemimpin seperti ini.
Betul…beliau sepatutnya sudah lama berundur.
2 comments:
Aku rasa dah sampai waktunya umat islam membaca qunut nazilah utk beliau. Kerana beliau adalah lahanat
Bacakan talkin pun OK gak ...
Post a Comment