Sunday, January 08, 2012

Apa Punya Parti. Adakah Patut Beri Madu Dibalasnya Tuba? –Dr Hasan Sedih Dibalas PAS Sedemikian Rupa….


Salam semua®…

Exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali menyuarakan rasa sedihnya kerana dipecat daripada anggota PAS oleh jawatankuasa pusat parti itu berkuatkuasa serta merta pada hari ini.

"Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang diambil oleh AJK (anggota jawankuas) PAS Pusat itu.

"Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa," katanya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya  hari ini mengumumkan memecat Dr Hasan atas tindakannya yang didakwa "menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS".

Pemecatan berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan parti itu dibuat setelah mesyuarat jawatankuasa pusat lebih tiga jam di Kuala Lumpur pagi ini.

Dalam kenyataan segeranya hari ini, bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata akan merujuk kepada sahabat-sahabatnya untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau juga berkata akan memanggil sidang akhbar dalam masa  terdekat untuk menjelaskan kedudukannya berhubung perkara itu.

Komen penulis:

Penulis masih ingat lagi kata-kata Nik Aziz  bahawa beliau masih  tidak lupa (berdendamlah tu) dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN di bawah Tun Mahathir yang didakwa oleh PAS bahawa mereka telah ditendang (ditolak) keluar oleh Kerajaan BN. Alasannya, kononnya mereka tidak diperlukan lagi oleh UMNO BN ketika itu. Dendam kesumat Nik Aziz yang  telah lama menyakiti hati beliau ini telah terbawa-bawa sehinggalah ke hari ini.

Malah, atas dasar marah dan dendam Nik Aziz ini jugalah telah menggagalkan usaha-usaha murni yang dibawa oleh Tuan Guru Mufti Perak bagi menyatu-padukan orang-orang Melayu Islam PAS dan UMNO suatu ketika dahulu.

Allahuakbar, Mahasuci Allah, senario yang seakan-akan sama juga telah berlaku kepada Dr Hasan pada hari ini bilamana jasanya kepada PAS berpuluh tahun lamanya, dengan sekelip mata sahaja telah dilupakan begitu sahaja oleh  PAS Pusat yang diketuai oleh Nik Aziz sendiri.

Beliau yang telah banyak berjasa kepada PAS telah ditendang keluar dan dihina sedemikian rupa tanpa mendapat sebarang peluangpun untuk membela diri.
Harap-harap Dr Hasan tidak terikut-ikut sikap mazmumah Nik Nik Aziz yang terus berdendam dengan kerajaan UMNO BN kerana  sesuatu perjuangan yang ikhlas untuk menegakkan syiar Islam bukanlah hanya terdapat dalam parti PAS.

Nasihat penulis, lupakan sajalah parti PAS ini. Janganlah berterusan menyakiti dan memusuhi mereka. Sebaliknya, sama-samalah kita berdoa semoga mereka (pemimpin tertinggi PAS) diberikan hidayah daripada Allah SWT agar mereka kembali ke perjuangan asal mereka iaitulah Amal Makruf dan Nahi Mungkar.  

1 comment:

Anonymous said...

dulu hassan ali tendang umno dan masuk pas. habis satu negara diburukkan UMNO. padahal UMNO lah yang telah memberi ruang dan peluang untuk beliau di kenali. tak pyh kecewalah. muhasabah diri. what goes around cames around