Friday, February 18, 2011

NIK AZIZ PANDANG RENDAH KEPADA KETOKOHAN TUN MAHATHIR. PERLUKAH KITA IKUT CARA NIK AZIZ?


Salam semua…
Menurut Nik Aziz, isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum tidak timbul apabila persoalan bangsa dan perjuangan kaum itu berteraskan Islam.
Penganjuran simposium bertemakan dilema Melayu pada Sabtu lalu yang ucap utamanya disampaikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kritikan keras daripada seteru lamanya, mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurut menteri besar Kelantan itu, isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum tidak timbul apabila persoalan bangsa dan perjuangan kaum itu berteraskan ajaran Islam.
"Apa yang penting diamalkan ialah kita semua menjadi hamba abdi kepada Allah SWT.
"Sebagaimana seruan azan memanggil solat, disebutkan “Allahu Akbar”, maka yang Maha Besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India," kata Nik Abdul Aziz (kiri).
Menurutnya lagi, dalam bacaan tahyat dan salam ketika solat juga terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim, Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini.
Dalam simposium di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) lalu, Dr Mahathir antaranya dilaporkan berkata, orang Melayu kini berhadapan dengan dilema besar apabila tidak lagi boleh berkata tentang bangsa sendiri kerana akan dilabelkan sebagai rasis.
Katanya, dilema ini bukan disebabkan oleh orang lain tetapi orang Melayu sendiri kerana mereka tidak mampu untuk mempertahankan diri sendiri dan sentiasa mengalah serta mengundur diri apabila berlaku sesuatu krisis.
Sambil menggesa Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteruskan, Dr Mahathir dilaporkan berkata jika orang Melayu bijak menggunakan peluang yang diwujudkan, mereka akan mendapat lebih 30 peratus kekayaan negara.
"Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam, kerana inginkan kepentingan yang sama," kata Nik Aziz.
Sementara itu, mengulas tentang DEB, pemimpin popular PAS itu berkata mendakwa "kegagalan" dasar itu sudah tercatat dalam sejarah dan menyebabkan bumiputera tidak ke mana.
"Kenapa gagal? Dr Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr Mahathir sembunyi punca?" soal Nik Aziz.
P/S – Kerana kebijakan dan kepandaian Nik Azizlah, negeri Kelantan berterusan mengemis memohon bantuan daripada kerajaan UMNO-BN selepas lebih 20 tahun memerintah Kelantan.
Selain sumber balak dan hasil kutipan cukai, tidak ada apa-apa pelaburan besar yang  boleh menjana pendapatan negeri Kelantan. Malah amat memalukan semua orang, mereka tanpa segan silu  terpaksa melancarkan tabung buloh bagi mengumpul dana untuk kerajaan PAS bagi menghadapi PRU 13.  
Nasib baiklah ada DEB sejak dari dulu, namun Nik Aziz tidak pernah bersyukur. Beliau lupa, tangan  orang yang memberi adalah lebih mulia daripada tangan yang menerima.
Amat buroklah perangai seseorang itu bilamana beliau tidak mahu berterima kasih kepada orang yang sanggup memberi bantuan kepadanya.
Amat hinalah maruah seseorang itu, bukat setakat tidak mahu berterima kasih malah mencela kepada orang yang sanggup memberi bantuan kepadanya.
Itulah sikap yang ada pada Nik Aziz….Sebagai pemimpin besar, jadilah insan yang ikhlas bersyukur dan berterima kasih. InsyaAllah,  akan bertambahlah rezeki dan keberkatan ke atas rakyat negeri Kelantan.

2 comments:

Anonymous said...

Negeri2 lain BN lebih baik dari Kelantan ke?Hutang masih tertunggak jugak.Ingat Persekutuan wo!

Anonymous said...

Sekurang-kurangnya peluang pekerjaan di negeri lain lebih baik drp kat Kelantan..rasa2nya mcm tak pernah dengar org2 sekeliling kata nak cari kerja kat Kelantan..nak pi vacation pun tak pernah terasa nak pi sana..nothing at all..