Thursday, May 12, 2011

DS NAJIB, DENGARLAH RINTIHAN KAMI. TANGGUHKANLAH DULU CADANGAN KERAJAAN MEWUJUDKAN MAKMAL RASIONALISASI SUBSIDI NEGARA DAN DASAR CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST).


Salam semua®…
Penulis sehingga kini masih kurang yakin akan keberkesanan cadangan kerajaan di bawah pimpinan DS Najib yang ingin melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan makmal rasionalisasi subsidi negara.
Kita sebenarnya kena tengok kenapa kerajaan bersungguh-sungguh sangat untuk melaksanakan dasar percukaian ini?
Apa yang pasti, ianya tidak lain tidak bukan semata-mata sebagai jalan mudah bagi kerajaan MENJANA PENDAPATAN NEGARA secara terancang dan tetap daripada cukai dan segala bentuk caj perkhidmatan yang dikutip secara tidak langsungnya daripada rakyat jelata bila mana pembelian dan penggunaan perkhidmatan diguna dan dibelanjakan oleh orang ramai.
Seperti mana entri penulis yang lepas, penulis ada menekankan bahawa kerajaan perlu kreatif dan proaktif dalam mencari jalan lain bagi menjana pendapatan negara dan tidak hanya tertumpu kepada dasar kuno percukaian dan penghapusan subsidi yang meresahkan semua orang ketika ini.
Di samping itu juga cadangan kerajaan mewujudkan makmal rasionalisasi subsidi di negara ini juga dilihat tidak bersesuaian pada masa ini kerana ianya akan menjadi bebanan yang lebih berat terutamanya kepada rakyat yang berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang tidak selari dengan kenaikan pendapatan secara ketara.
Walaupun kerajaan mewar-warkan dasar transformasi bagi meningkatkan pendapatan rakyat ke  arah rakyat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, tetapi, akan adakah jaminan daripada kerajaan bahawa semua majikan yang ada di Malaysia ini akan semuanya mengikut telunjuk kerajaan? Atau setidak-tidaknya memberikan kerjasama mereka kepada kerajaan? Sudah cukup kuat dan bersediakah semua kesatuan sekerja bagi menuntut semua ini? Bagaimana pula kisahnya dengan pekerja-pekerja swasta yang tidak ada kesatuan bagi membela kebajikan mereka terutamanya yang bekerja dengan dengan organisasi yang kecil?
Begitu jugalah bagi mereka yang bekerja sendiri dalam skala ekonomi yang kecil terutamanya yang tinggal di luar-luar bandar?
Kerajaan perlu melihat semua ini dengan teliti sebelum mewujudkan makmal rasionalisasi subsidi dan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan tergesa-gesa kerana sebagai pemerintah yang ada kuasa, memang senang untuk menaikkan harga barangan dengan kaedah penghapusan subsidi kerajaan secara tersusun  ini daripada melayan kerenah kenaikan pendapatan rakyat yang datangnya daripada pelbagai bidang dan sektor yang kompleks yang rata-ratanya di luar bidang kuasa kerajaan. Tengok satu contoh cukuplah, tentang janji perlaksanaan gaji minimum secara meluas,  sudah bertahun-tahun ianya diperkatakan. Apa yang pasti, perlaksanaanya sehingga sekarangpun “pi mai pi mai dok tang tu jugak”.
Perlu diingatkan di sini. Untuk menaikkan pendapatan kakitangan awam atau kerajaan adalah tidak semudah menaikkan pendapatan kakitangan swasta dan yang sealiran dengannya.
Dalam hal ini juga penulis bersetuju dengan pandangan daripada Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah seperti yang disiarkan oleh Utusan Malaysia hari berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.
“Kerajaan perlu mengenalpasti jumlah pembayar cukai dan mereka yang tidak membayarnya bagi menentukan sama ada rakyat mampu menggalas bebanan cukai barang yang tinggi kerana sekarang ini pun ramai merungut dengan kenaikan harga barang,” katanya.


2 comments:

Anonymous said...

sokong pendapat penulis. . krajaan kena lihat rakyat bwahan. . saban waktu ada jer harga brang naik tp gaji pekerja2 bwahan yang kerja mati- matian ttp takok lama. . krajaan seolah2 x prihatin d mlihat dr sudut kami rakyat bwahan y ckp tertekan dgn kenaikan harga brang y dianggap minimum d lbh murah berbanding negara jiran. . ekonomi diorang lain, ekonomi kite lain. . pengurangan subsidi bermakna beban pd rakyt. .

Anonymous said...

Sokong Penulis, Kerajaan jangah hanya melihat kepentingan kakitanganya sahaja. Mereka tetap mendapat bantuan kewangan dan kesihatan apabila bersara melalui skim pencen.Kerajaan juga harus membela kakitangan swasta.Meraka tidak akan mendapat apa -apa kemudahan apabila bersara. Melainkan simpanan Kwsp sahaja.