Salam semua®…
Kerajaan diminta menjalankan kajian secara mendalam sebelum membuat keputusan menaikkan harga petrol RON95, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, kerajaan perlu mencari satu mekanisme lain bagi menjimatkan pemberian subsidi untuk bahan bakar itu.
“Saya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai mekanisme lain yang boleh digunakan bagi menampung subsidi dan kenaikan harga minyak tersebut.
“Kerajaan juga boleh menggunakan pelbagai sumber cukai untuk menampung subsidi tersebut,” katanya yang juga Menteri Pertahanan dipetik Bernama hari ini.
Semalam, Pemuda Umno mendesak agar Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, sebaliknya mahu kerajaan mencari jalan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi kebajikan rakyat.
Pergerakan itu juga berkata pihaknya gusar dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam yang menggesa rakyat agar bersiap sedia dengan kemungkinan kenaikan harga minyak RON95.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, usaha-usaha ke arah penjimatan kos pengurusan dan peningkatan produktiviti serta kecekapan kerajaan haruslah mendahului sebarang langkah pengurangan perbelanjaan fiskal berupa pengurangan subsidi minyak.
Di Ipoh, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya.
Ismail Sabri berkata, kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit
Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.
“Mengikut pelan rasionalisasi subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember lalu.
“Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun... saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi,” katanya dalam laporan Bernama.
Ismail Sabri berkata, walaupun sebelum ini beliau berkata harga minyak tidak dinaikkan pada masa sekarang, tetapi ia tidak menjamin harga minyak akan kekal selama-lamanya kerana tanggungan subsidi kerajaan terhadap produk petroleum pada masa sekarang adalah tinggi.
“Tahun lepas, tanggungan subsidi kerajaan (bagi produk petroleum) adalah RM8 bilion apabila harga minyak dunia meningkat, dan tidak nampak trend itu akan menurun. Kalau keadaan itu berterusan, tanggungan subsidi kerajaan akan menjadi RM18 bilion tahun ini iaitu kenaikan RM10 bilion,” katanya.
Beliau berkata sekiranya subsidi dikurangkan, jumlah peruntukan RM10 bilion itu dapat digunakan bagi membina lebih banyak sekolah, jalan-jalan kampung, projek perumahan rakyat serta memberi lebih banyak bantuan pelajaran.
Katanya rakyat perlu sedar jumlah subsidi besar yang ditanggung kerajaan sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat-The Malaysian Insider
P/S – Perlu diingati, pemimpin-pemimpin dipilih menerajui negara adalah kerana mandat daripada undi yang diberikan oleh rakyat. Janganlah jadi seperti kadok naik junjong. Selami realiti kesusahan rakyat dan berusahalah sedaya upaya menyenangi hati rakyat. Janganlah sama sekali mengumpamakan subsidi rakyat sebagai candu seperti mana kata DS Najib baru-baru ini kerana asal kejadian candu itu sendiri amat jijik dan berbeza sama sekali dengan subsidi rakyat jika kerajaan betul-betul ikhlas membantu rakyat bagi mendapat keberkatannya (klik di sini. ). Terlampau sedih dan pilu........
5 comments:
naib presiden lg sorang play safe...ni lah budaya kabinet malaysia...
Naik kan saje harga, kalau boleh hapuskan subsidi minyak tu, biar rakyat belajar macam mana perit harga minyak yang sebenar, kalau kerajaan bagi subsidi pun bukan nak hargai..ada saja yang tak kena dimata mereka yang tak pernah berterima kasih ni..lagi-kagi ca ya nun alif, depa ni yang banyak pakai minyak...ataupun kurangkan bajet mengurus kerajaan yang berpuluh billion tu, staf kerajaan kalau boleh susun supaya tenaga digunakan dengan maksimun takle dok ambil intake baru lagi, kurangkan perbelanjaan kursus-kursus pegawai kerajaan yang dibuat dihotel-hotel atau tempat-tempat pelancungan ni, tu membazir saje, peruntukan dibawah VOT boleh diejas semula tarik mana-mana peruntukan yang dianggar boleh tarik dan disalurkan ke subsidi kerana ia adalah nadi rakyat terutama orang2 kampung yang menyokong BN dari dulu lagi.
Ingat pada zaman pemerintahan Pak Lah, harga minyak naik , tetapi jika minyak di pasaran dunia naik terlalu tinggi ekonomi dunia akan jatuh, dan hasilnya harga minyak kembali stabil. Yang menjadi masalah barang keperluan lain turut naik. tetapi apabila harga minyak turun harga barang tak turun juga. rakyat yang menanggung bebannya.
Malaysia punyai ramai pakar ekonomi ada yang di bayar untuk menasihati kerajaan, apa yang mereka buat, makan gaji buta. Apa pak menteri buat, makan gaji buta. Kalau kegawatan ekonomi 1998 Tun Mahatir boleh mengatasinya dengan idea yang baik, tak kan pakar ekonomi Malaysia tak punyai idea sebaik idea Tun Mahatir. atau mereka ni makan gaji buta. Kalau setakat menaikan harga dapat menyelesailkan masalah minyak, baik orang Malaysia pilih orang kampung mentabir negara, mereka boleh mentabir negara lebih baik dari Pak Menteri.
Itu lah yg sepatutnyanya dilakukan oleh kerajaan.Jangan nak manjakan sangat menteri2,pengarah2,ketua2 jabatan,pegawai2 kanan atau profesional sesuka hati membelanjakan peruntukan kerajaan.
Itu yg buat dia org banyak lemak.
Balik ofis klim yg bukan2.
Kiri kanan masuk.
Barangsringgit jadi sepuluh.
Memang dasar golongan pemakan rasuah.
Yang jadi mangsa masyarakat bawahan.
Naikkan lg gaji dia org terutama pengetua sekolah,makin ego la bewak2 ni.
kerja tak setara mana termasuk la PPD berlagak ja lebih lebih.
Peruntukkan pembelian brg sepatutnya dissalurkan kesekolahpun dia org balun alasannya sk tak layak dan tak pandai.
haprak punya biawak.
Harghh..........tuiihhh...
DULU MASA GULA DI KUASAI ROBERT KOK SYARIKAT CINA...KENAIKAN GULA HANYA BERLAKU 4 TAHUN SEKALI SAJA ..ITUPUN HANYA 5 SEN SAJA...TP BILA DI KUASAI SYED MOKTAR DAN GLC KERAJAAN SYARIKAT BUMIPUTRA..SATU TAHUN PERNAH BERLAKU 4 KALI KENAIKAN GULA DENGAN TERTINGGI 40 SEN....SIAPA LEBIH PERHATIN PD ORG SUSAH..????
SIAPA YG JADI LINTAH DARAT...????KERAJAAN JGN TUNDUK DGN KEPARAT2 DAN KRONI2 YG HANYA MEMENTINGKAN KEUNTUNGAN...
Post a Comment