Friday, April 22, 2011

TERKINI-ANWAR SAKIT BELAKANG TAPI ‘DIRAWAT DI ICU AZIZAH’


Salam semua…
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan mengalami sakit belakang sehingga terpaksa membatalkan lawatan ke Pulau Pinang berkata, beliau tidak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), sebaliknya “hanya ICU jagaan” Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Alhamdulillah kesihatan terkawal — belum ke ICU hanya ICU khas jagaan Azizah. Insya-Allah akan terus dengan jadual ke PK (Sabtu); Kuching (Ahad),” kata Anwar dalam mesej Twitternya.
Dr Wan Azizah juga merupakan Presiden PKR.
Ketua Umum Pakatan Rakyat sepatutnya berada di Pulau Pinang selama dua hari tetapi dibatalkan kerana dilaporkan mengalami sakit belakang.
Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berada di luar negara sejak Sabtu lalu setelah berkempen di Sarawak hampir dua minggu sempena pilihan raya negeri Sarawak.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menggantikan Anwar menghadiri majlis yang diaturkan di Pulau Pinang.
Dalam mesej yang lain, Anwar berkata, “esok ceramah di Teluk Rubiah 9 malam, sakit tulang belakang ... tak ‘comfirm’ lagi kot.”
Anwar menghadiri lawatan ke luar negara sebaik sahaja kempen pilihan raya negeri berakhir Jumaat lalu.-The Malaysian Insider.

1 comment:

Anonymous said...

BARU NI KAK WAN KATA SIHAT ADA MUSCLE LAGI SBAB DOK EXERCISE..

NI AUTA LAMA REVISIT KOT....

BABI ;; U CAN LIE SOMETIMES
BUT U CANNOT LIE EVERY TIME..