Salam semua®…
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul
Abidin menegaskan pemimpin parti politik perlu “memisahkan” agama dari politik
agar kesucian sesuatu agama itu terjamin dan dihormati.
Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider,
Asri berkata pemimpin politik sering mempergunakan agama untuk kepentingan
sendiri semata-mata mahu menyelamatkan diri dan menghalang kebenaran.
“Saya tidak menyokong pemisahan agama dari politik
tetapi saya menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik.
“Lebih elok politik yang berpisah dari agama
dibandingkan politik yang mempergunakan agama,” katanya.
Jelas beliau (gambar), sesuatu agama
akan dipandang serong sekiranya ia dipergunakan pihak tertentu.
“Sebab itu amatlah merbahaya apabila agama itu telah
menjadi senjata mereka yang pandai berbicara untuk kepentingan kuasa dan diri.
Hakikat Tuhan akan disalahertikan oleh manusia.
“Ajaran kebenaran akan dipandang serong. Manusia akan
kecewa dengan ajaran Tuhan yang dianggap tidak memenuhi panduan keadilan dan
rahmat. Sebab itu agama Islam ini tertegak atas fakta dan hujah. Bukan khayalan
dan mimpi,” katanya.
Tambah Asri, pemimpin politik seharusnya sedar dan
tidak lagi menjadikan agama sebagai “mangsa” dan “alat” untuk tujuan peribadi.
“Maka tidak hairan jika melihat nama Tuhan sering
dipergunakan oleh ahli politik, ahli perniagaan, bomoh, ustaz, penjenayah,
perasuah dan segala jenis manusia yang berkepentingan.
“Dalil-dalil diputar dan dipusing agar dapat menjelma
dalam rupa reka kehendak yang berbicara. Ia bukan hanya berlaku dalam kalangan
umat Islam sebaliknya semua agama,” katanya.
Dalam kenyataan itu, beliau turut menyentuh mengenai
seorang pemimpin yang baru dipecat keanggotaan dari sebuah parti — merujuk
kepada Datuk Dr Hasan Ali, yang bangkit memperjuangkan agama Islam, hak orang
Melayu dan raja-raja Melayu.
“Saya juga lucu apabila ada seseorang berceramah
tentang perjuangan murninya setelah dipecat ialah membela Islam, Melayu dan
raja-raja Melayu sedangkan Melayu tidak semestinya selari dengan Islam demikian
juga raja.
“Jika Islam diyakini syumul, membela Islam bererti
terbela segala bangsa, raja dan rakyat. Namun apabila Islam dipergunakan, Islam
dinodai untuk tujuan tersendiri. Bagaimana dengan rakyat bawahan seperti kita?”
katanya.
Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat
awal Januari lalu, akan menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan
“Jati” untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu
dan raja-raja Melayu.-The Malaysian Insider.
Komen Penulis:
Memang tepat seperti apa yang diperkatakan
oleh Dr Asri bahawa beliau tidak menyokong pemisahan agama dari politik tetapi
menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik.
Di Malaysia, golongan ulama seperti ini
memang ramai terutamanya di kalangan parti PAS. Penulis masih ingat lagi
kata-kata pemimpin PAS terutamanya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz yang satu ketika dahulu
menuduh kerajaan UMNO mengamalkan dasar agama suku politik suku menjadi punca
kekuatan orang Melayu terhakis, sekali gus menyebabkan banyak kecelaruan di
kalangan masyarakat dalam negara.
Tambahnya lagi “Dasar, ataupun prinsip itu
ternyata bercanggah dengan apa yang dilakukan Nabi. Bercanggah dengan al-Quran
dan bercanggah juga dengan sirah Nabi Muhammad SAW.”
Beliau
seterusnya berkata, “Disebabkan percanggahan-percanggahan sedemikianlah timbulnya
pelbagai kecelaruan. Dan kecelaruan itu sebenarnya berpunca dari kelemahan
orang Melayu sendiri, orang Melayu yang memperlekehkan agamanya sendiri.
“Masyarakat sebenarnya celaru dengan apa yang
dikatakan agama suku dan politik suku ini... bahkan disebabkan itu juga orang
beragama lain cuba mencuri peluang untuk mencelarukan kita,” kata Nik Aziz.
Allah maha besar dan Allah maha berkuasa. Tuduhan Nik
Aziz yang mengatakan kerajaan UMNO mengamalkan dasar sekular akhirnya terkena
ke atas batang hidungnya sendiri.
Sikap pimpinan tertinggi PAS yang sejak
akhir-akhir ini yang bersikap lebih liberal dan mudah tunduk kepada setiap
tindakan dan desakan daripada pimpinan DAP dan PKR terutamanya dalam soal-soal
yang mencabar syiar Islam nyata sekali amat bercanggah dengan apa yang telah mereka
perjuangkan dahulu.
Contohnya, atas dasar kesepakatan kerjasama
politik mereka sanggup mengeyakan dan mengalah dalam isu murtad Lina Joy, arak, pluralisma (mengatakan
semua agama itu sama), Lesbian, Gay, Biseksual, dan
Transgender (LGBT) dan yang terbaru isu perlindungan keselamatan negara Israel.
Walaupun
mereka (pimpinan tertinggi PAS) tidak terlibat secara langsung, akan tetapi
sokongan berterusan yang tidak berbelah
bagi daripada pimpinan tertinggi mereka ke atas DS Anuar, tidak langsung memberi apa-apa tekanan ke
atas parti PKR yang sebenarnya bermatlamat dan berjuang semata-mata untuk
kebebasan dan hak asasi di Malaysia.
Kalau
dahulu PAS menolak UMNO kononnya dasar yang dibawa oleh UMNO adalah dasar sekular. Tetapi, bagaimana
pula dengan dasar PKR sekarang ini? PKR tidak sekular ke?
Alasan
yang diberikan selalunya seolah-olah mencari jalan selamat dan tidak mencerminkan mereka sebagai seorang yang
mempunyai roh Islam yang sebenar.
Misalnya
dalam isu sokongan DS Anuar ke atas perlindungan keselamatan negara Israel, Nik
Aziz pernah berkata “Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili
Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia
punya pasal, tak ada apa,”
Lebih
daripada itu, mereka sanggup pula mengangkat DS Anuar Ibrahim sebagai Perdana
Menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat menang di dalam PRU 13 nanti.
Apa
ini semua?..
Jadi,
siapakah yang sebenarnya mengamalkan politik suku, agama suku?
Siapakah
yang memecahbelahkan orang Melayu sebenarnya?
Siapakah yang menjadi punca kekuatan orang
Melayu terhakis, sekali gus menyebabkan banyak kecelaruan di kalangan
masyarakat Islam dalam negara?
Dan yang paling penting, siapakah yang
bercanggah dengan al-Quran dan bercanggah juga dengan sirah Nabi Muhammad SAW?
Bak
kata pepatah Melayu, “Paku dulang, paku serpih, mengata orang, mereka yang
lebih”.
Walaubagaimanapun, penulis tidak berapa
setuju dengan pandangan negatif ustaz Asri tentang usaha-usaha murni Dr Hasan
Ali, yang berani bangkit memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan
raja-raja Melayu.
Walaupun Dr Hasan Ali telah dipecat daripada
PAS, semangat beliau dalam memperjuangkan syiar Islam di negeri Selangor misalnya
tidak pernah luntur dan amat konsisten. Perkara inilah yang perlu dilihat dan patut
diberi sokongan oleh ustaz Asri.
Keupayaan melontar pandangan yang berilmiah dalam
memertabatkan syiar Islam seperti yang ustaz Asri selalu lakukan sebenarnya
tidak sama kesannya dengan apa yang telah diperjuangkan oleh Dr Hasan Ali seperti
yang semua orang tahu sebelum ini.
Beliau bukan sahaja pandai bercakap malah,
berani turun padang bersama-sama dengan pihak berkuasa semata-mata memperjuangkan
syiar Islam dalam erti kata yang sebenarnya iaitulah amal maaruf dan nahi mungkar.
Semangat pemimpin seperti Dr Hasan Ali lah
yang perlu berada dibarisan hadapan parti UMNO atau PAS. Sebagai bekas ahli dan
pemimpin parti politik, tindakan beliau yang memilih untuk kembali berjuang secara
berjemaah sebenarnya lebih berkesan
daripada hanya pandai bercakap dan berasa selesa dalam lingkungan diri sendiri.
Setidak-tidaknya tindakan Dr Hasan Ali yang
berani untuk bangkit berjuang itu akan memberi kesedaran kepada ahli-ahli PAS
bahawa perjuangan pimpinan PAS sekarang ini sebenarnya tidak berada di landasan
yang betul kerana ianya amat nyata bercanggah dengan al-Quran dan sirah Nabi
Muhammad SAW.
Sekadar
menasihati.
lannkb
5 comments:
.
Syabas kepad Dr. Asri yang telah memperjelaskan hakikat sebenar terhadap musibah yang menimpa Umat Islam di Malaysia ini. Kalaulah org yang bertaraf ustaz menerangkan tafsiran ayat2 Al Quran bolehlah lagi di maafkan, Tapi apa hal dg orang KAFIR yang mentafsirkan ayat2 Al Quran, dan yang lebih dp itu ada pula org KAFIR yang mempertikai2 keimanan seseotrang Islam.
Ini sangat memalukan Umat Islam khususnya di Malaysia.
Dan pada pandangan orang kafir semua org2 Islam bodoh2 belaka, sehinggakan ugama pun orang kafir terpaksa bantu menghuraikannya.
.
Malu..apa yang nak di malukan , kalau kerana sikap malu itu sendiri menjadikan ramai umat saorang MUNAFIQ...berbeza beza watak dan pendirian bila berada didalam kelompok yabg berbeza,
INSAF...nah tu dia yang wajib ada dan akan menjadi benteng keimanan dan mengingatkan batasan hamba disisi tuhan nya..merasa bersalah dan berdosa bila melewati batasan nya.
Takyah mamat nie berbelit2 cakap..ramai sangat orang2 yang cam dia nie.Al MAKLUM BILA JEJARI SUDAH menjadi 'mulut dan mata'dizaman IT nie.
.
(("Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Nabi saw bersabda, 'Tanda tanda orang munafik itu ada tiga, yaitu apabila berbicara dia berdusta, apabila berjanji dia ingkar, dan apabila dipercaya dia berkhianat."))
Nah...lihat sendiri siapa yang Munafik dan siapa yang bukan Munafik.
.
setidak2nya Dr Hasan Ali buat kerja, taklah macam Dr Asri tau cakap aje walau pun dah taraf ulamak. nik Ajis and the gang lagi tak boleh pakai..kalau sekadar cakap tapi tak buat kerja ramai orang yang boleh buat , yang diperjuangkan Dr Hasan Ali waktu dalam pas isu akidah ,isu murtad dll..ustaz2 yang pandai cakap ni ada buat kerja tak?????
Dr Asri sebenarnya perli Dr Hassan Ali daaa.
Post a Comment