Sunday, February 19, 2012

Ustaz Asri Perli Siapa Tu?....


Salam semua®…
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan pemimpin parti politik perlu “memisahkan” agama dari politik agar kesucian sesuatu agama itu terjamin dan dihormati.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider, Asri berkata pemimpin politik sering mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri semata-mata mahu menyelamatkan diri dan menghalang kebenaran.

“Saya tidak menyokong pemisahan agama dari politik tetapi saya menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik.

“Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama,” katanya.

Jelas beliau (gambar), sesuatu agama akan dipandang serong sekiranya ia dipergunakan pihak tertentu.

“Sebab itu amatlah merbahaya apabila agama itu telah menjadi senjata mereka yang pandai berbicara untuk kepentingan kuasa dan diri. Hakikat Tuhan akan disalahertikan oleh manusia. 

“Ajaran kebenaran akan dipandang serong. Manusia akan kecewa dengan ajaran Tuhan yang dianggap tidak memenuhi panduan keadilan dan rahmat. Sebab itu agama Islam ini tertegak atas fakta dan hujah. Bukan khayalan dan mimpi,” katanya.

Tambah Asri, pemimpin politik seharusnya sedar dan tidak lagi menjadikan agama sebagai “mangsa” dan “alat” untuk tujuan peribadi.

“Maka tidak hairan jika melihat nama Tuhan sering dipergunakan oleh ahli politik, ahli perniagaan, bomoh, ustaz, penjenayah, perasuah dan segala jenis manusia yang berkepentingan.

“Dalil-dalil diputar dan dipusing agar dapat menjelma dalam rupa reka kehendak yang berbicara. Ia bukan hanya berlaku dalam kalangan umat Islam sebaliknya semua agama,” katanya.

Dalam kenyataan itu, beliau turut menyentuh mengenai seorang pemimpin yang baru dipecat keanggotaan dari sebuah parti — merujuk kepada Datuk Dr Hasan Ali, yang bangkit memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

“Saya juga lucu apabila ada seseorang berceramah tentang perjuangan murninya setelah dipecat ialah membela Islam, Melayu dan raja-raja Melayu sedangkan Melayu tidak semestinya selari dengan Islam demikian juga raja.

“Jika Islam diyakini syumul, membela Islam bererti terbela segala bangsa, raja dan rakyat. Namun apabila Islam dipergunakan, Islam dinodai untuk tujuan tersendiri. Bagaimana dengan rakyat bawahan seperti kita?” katanya.

Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat awal Januari lalu, akan menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan “Jati” untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.-The Malaysian Insider.

Komen Penulis:
Memang tepat seperti apa yang diperkatakan oleh Dr Asri bahawa beliau tidak menyokong pemisahan agama dari politik tetapi menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik.

Di Malaysia, golongan ulama seperti ini memang ramai terutamanya di kalangan parti PAS. Penulis masih ingat lagi kata-kata pemimpin PAS terutamanya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz yang satu ketika dahulu menuduh kerajaan UMNO mengamalkan dasar agama suku politik suku menjadi punca kekuatan orang Melayu terhakis, sekali gus menyebabkan banyak kecelaruan di kalangan masyarakat dalam negara.

Tambahnya lagi “Dasar, ataupun prinsip itu ternyata bercanggah dengan apa yang dilakukan Nabi. Bercanggah dengan al-Quran dan bercanggah juga dengan sirah Nabi Muhammad SAW.”

Beliau seterusnya berkata, “Disebabkan percanggahan-percanggahan sedemikianlah timbulnya pelbagai kecelaruan. Dan kecelaruan itu sebenarnya berpunca dari kelemahan orang Melayu sendiri, orang Melayu yang memperlekehkan agamanya sendiri.
“Masyarakat sebenarnya celaru dengan apa yang dikatakan agama suku dan politik suku ini... bahkan disebabkan itu juga orang beragama lain cuba mencuri peluang untuk mencelarukan kita,” kata Nik Aziz.
Allah maha besar dan Allah maha berkuasa. Tuduhan Nik Aziz yang mengatakan kerajaan UMNO mengamalkan dasar sekular akhirnya terkena ke atas batang hidungnya sendiri.
Sikap pimpinan tertinggi PAS yang sejak akhir-akhir ini yang bersikap lebih liberal dan mudah tunduk kepada setiap tindakan dan desakan daripada pimpinan DAP dan PKR terutamanya dalam soal-soal yang mencabar syiar Islam nyata sekali amat bercanggah dengan apa yang telah mereka perjuangkan dahulu.
Contohnya, atas dasar kesepakatan kerjasama politik mereka sanggup mengeyakan dan mengalah dalam isu  murtad Lina Joy, arak, pluralisma  (mengatakan semua agama itu sama), Lesbian, Gay, Biseksual,  dan Transgender (LGBT) dan yang terbaru isu perlindungan keselamatan negara Israel.
Walaupun mereka (pimpinan tertinggi PAS) tidak terlibat secara langsung, akan tetapi sokongan berterusan yang tidak berbelah bagi daripada pimpinan tertinggi mereka ke atas DS Anuar,  tidak langsung memberi apa-apa tekanan ke atas parti PKR yang sebenarnya bermatlamat dan berjuang semata-mata untuk kebebasan dan hak asasi di Malaysia.
Kalau dahulu PAS menolak UMNO kononnya   dasar yang dibawa oleh UMNO adalah dasar sekular. Tetapi, bagaimana pula dengan dasar PKR sekarang ini? PKR tidak sekular ke?
Alasan yang diberikan selalunya seolah-olah mencari jalan selamat dan  tidak mencerminkan mereka sebagai seorang yang mempunyai roh  Islam yang sebenar.

Misalnya dalam isu sokongan DS Anuar ke atas perlindungan keselamatan negara Israel, Nik Aziz pernah berkata “Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa,”

Lebih daripada itu, mereka sanggup pula mengangkat DS Anuar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat menang di dalam PRU 13 nanti.
Apa ini semua?..
Jadi, siapakah yang sebenarnya mengamalkan politik suku, agama suku?
Siapakah yang memecahbelahkan orang Melayu sebenarnya?
Siapakah yang menjadi punca kekuatan orang Melayu terhakis, sekali gus menyebabkan banyak kecelaruan di kalangan masyarakat Islam dalam negara?

Dan yang paling penting, siapakah yang bercanggah dengan al-Quran dan bercanggah juga dengan sirah Nabi Muhammad SAW?

Bak kata pepatah Melayu, “Paku dulang, paku serpih, mengata orang, mereka yang lebih”.
Walaubagaimanapun, penulis tidak berapa setuju dengan pandangan negatif ustaz Asri tentang usaha-usaha murni Dr Hasan Ali, yang berani bangkit memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

Walaupun Dr Hasan Ali telah dipecat daripada PAS, semangat beliau dalam memperjuangkan syiar Islam di negeri Selangor misalnya tidak pernah luntur dan amat konsisten. Perkara inilah yang perlu dilihat dan patut diberi sokongan oleh ustaz Asri.

Keupayaan melontar pandangan yang berilmiah dalam memertabatkan syiar Islam seperti yang ustaz Asri selalu lakukan sebenarnya tidak sama kesannya dengan apa yang telah diperjuangkan oleh Dr Hasan Ali seperti yang semua orang tahu sebelum ini.

Beliau bukan sahaja pandai bercakap malah, berani turun padang bersama-sama dengan pihak berkuasa semata-mata memperjuangkan syiar Islam dalam erti kata yang sebenarnya iaitulah amal maaruf dan nahi mungkar.

Semangat pemimpin seperti Dr Hasan Ali lah yang perlu berada dibarisan hadapan parti UMNO atau PAS. Sebagai bekas ahli dan pemimpin parti politik, tindakan beliau  yang memilih untuk kembali berjuang secara berjemaah sebenarnya lebih berkesan daripada hanya pandai bercakap dan berasa selesa dalam lingkungan diri sendiri.

Setidak-tidaknya tindakan Dr Hasan Ali yang berani untuk bangkit berjuang itu akan memberi kesedaran kepada ahli-ahli PAS bahawa perjuangan pimpinan PAS sekarang ini sebenarnya tidak berada di landasan yang betul kerana ianya amat nyata bercanggah dengan al-Quran dan sirah Nabi Muhammad SAW.

Sekadar menasihati.
lannkb

5 comments:

Anonymous said...

.

Syabas kepad Dr. Asri yang telah memperjelaskan hakikat sebenar terhadap musibah yang menimpa Umat Islam di Malaysia ini. Kalaulah org yang bertaraf ustaz menerangkan tafsiran ayat2 Al Quran bolehlah lagi di maafkan, Tapi apa hal dg orang KAFIR yang mentafsirkan ayat2 Al Quran, dan yang lebih dp itu ada pula org KAFIR yang mempertikai2 keimanan seseotrang Islam.

Ini sangat memalukan Umat Islam khususnya di Malaysia.

Dan pada pandangan orang kafir semua org2 Islam bodoh2 belaka, sehinggakan ugama pun orang kafir terpaksa bantu menghuraikannya.

.

Anonymous said...

Malu..apa yang nak di malukan , kalau kerana sikap malu itu sendiri menjadikan ramai umat saorang MUNAFIQ...berbeza beza watak dan pendirian bila berada didalam kelompok yabg berbeza,

INSAF...nah tu dia yang wajib ada dan akan menjadi benteng keimanan dan mengingatkan batasan hamba disisi tuhan nya..merasa bersalah dan berdosa bila melewati batasan nya.

Takyah mamat nie berbelit2 cakap..ramai sangat orang2 yang cam dia nie.Al MAKLUM BILA JEJARI SUDAH menjadi 'mulut dan mata'dizaman IT nie.

Anonymous said...

.


(("Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Nabi saw bersabda, 'Tanda tanda orang munafik itu ada tiga, yaitu apabila berbicara dia berdusta, apabila berjanji dia ingkar, dan apabila dipercaya dia berkhianat."))


Nah...lihat sendiri siapa yang Munafik dan siapa yang bukan Munafik.

.

Anonymous said...

setidak2nya Dr Hasan Ali buat kerja, taklah macam Dr Asri tau cakap aje walau pun dah taraf ulamak. nik Ajis and the gang lagi tak boleh pakai..kalau sekadar cakap tapi tak buat kerja ramai orang yang boleh buat , yang diperjuangkan Dr Hasan Ali waktu dalam pas isu akidah ,isu murtad dll..ustaz2 yang pandai cakap ni ada buat kerja tak?????

Anonymous said...

Dr Asri sebenarnya perli Dr Hassan Ali daaa.