Tuesday, May 10, 2011

"HAIRAN SAYA, AKHBAR YANG MENYEBARKAN SEGALA BENTUK KELUCAHAN DALAM MASYARAKAT HARI INI MENJADI JUARA ADAB SOPAN?" KATA SINIS NIK AZIZ YANG JUGA PERNAH MENGGEMPARKAN SELURUH NEGARA BILA MENGATAKAN ISLAM MEMBENARKAN MENCARUT….



Salam semua®…
MURSYIDUL AM PAS, TUAN GURU DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT MELAHIRKAN RASA HAIRAN DENGAN SIKAP akhbar Umno, Utusan Malaysia yang melaporkan kecaman terhadap Datuk Seri Anwar ekoran dakwaan menggelar Perdana Menteri sebagai 'Pandi kutty'.
Beliau mempersoal, bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan.
"Saya terbaca tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, "Anwar Dikecam," kononnya kerana guna kata-kata kesat serang Perdana Menteri.
"Hairan saya, akhbar yang menyebarkan segala bentuk kelucahan dalam masyarakat hari ini menjadi juara adab sopan?"katanya di Facebook.
Utusan di muka depannya hari ini meletakkan tajuk 'Anwar dikecam' dengan membawa beberapa pandangan individu membidas sikap Anwar yang didakwa menggelar Datuk Seri Najib dengan gelaran Pandi Kutty.
Antara lain, akhbar Umno itu mengambil pandangan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Bekas Ketua AMK yang menyertai Umno, senator Ezam Mohd Noor.
Najib ketika mengulas laporan itu pula berkata, beliau tetap tidur lena (jenera) walaupun dituduh dengan perkataan itu.
Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, gesaan MCA agar Utusan dipulaukan, sangat tepat.
"Tepat sungguh gesaan MCA agar Utusan Malaysia dipulaukan,"tulisnya lagi.
Sebelum ini, Utusan juga dikecam banyak pihak ekoran tindakan keterlaluan akhbar itu menyiarkan di muka depan laporan serta gambar berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR. Turut dikecam dan dilebelkan sebagai media lucah adalah TV3.
Dalam pada itu, Anwar hari ini menyifatkan serangan terbaru isu Pandi Kutty terhadapnya itu adalah fitnah terbaru Umno BN.
Menurut laporan TV Selangor yang merakam penuh ceramah Anwar di Klang, Sabtu lalu itu, ketua pembangkang itu tidak langsung menghemburkan perkataan itu terhadap Najib.
Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang dimaksudkan di Dewan Hamzah Klang itu apabila perkataan pandi kutty disebut:
"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutty."
Pada ceramah itu juga, Anwar berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin di ceramah bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini
menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.
"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu, Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada,” katanya dalam ceramah itu.-Harakahdaily
P/S- Fatwa songsang Nik Aziz - Islam membenarkan mencarut – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999. Oh…sebab tulah Anuar terikut-ikut perangainya.

5 comments:

Anonymous said...

FATWA NI LAGI DAHSYAT NOOOO....KEH...KEH...KEH....


Mahathir mengutuk ulama', merasakan diri sebagai ulama' al kabir

Beliau menghina ulama’, menghina pandangan Tuan Hj. Ishak Baharum bekas Mufti Selangor yang dipecat, menghina Dr. Harun Din seorang ulama’ yang disegani. Beliau menempelak pandangan ulama’ dalam isu menutup aurat, pertandingan ratu cantik dengan menyatakan ulama’ mentafsir Al Quran untuk kepentingan diri dan ianya bersalahan dari ajaran Islam. Selagi tafsir atau fatwa ulama’ menggugat Mahathir, selagi itulah fatwa tersebut kononnya bertentangan dengan ajaran Islam.

Apakah Mahathir itu layak memberi fatwa dan menjadikan dirinya sorang diktator satu ketika, tetapi juga ulama’ Al Kabir.

Menghina hukum Islam serta memberi fatwa baru

Beliau mempermainkan hukum hudud dengan menempelak bahawa negara Islam yang mengamalkan hudud akan menyebabkan orang Islam semuanya kudung. Beliau juga mempermainkan hukum Allah ini dalam lawak jenakannya. Tidak berupaya melaksanakannya pada masa ini bolehlah dimaafkan tetapi menolak dan mempersendakan Hukum Allah ini adalah melampau dan wajib diperangi.

Menghina Nabi Muhammad sallalhu’alihi wassalam.

Beliau mempermainkan sunnah Rasulullah. Beliau membuat jenaka dengan janggut Nabi. Beliau mempermainkan pakaian ummat Islam yang dipakai Nabi dan para sahabat dengan menyatakan itu pakaian Arab dan bukan Islam.

Berikut ialah petikan kenyataan-kenyataan Mahathir:

(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."

Anonymous said...

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.

Memang Mahathir mudah lupa!



Ulasan Tok

Antara ucapan Tun yang mempersendakan nabi ialah pada 11 Mei 2000 di petik dari Berita Harian/ Utusan Malaysia " Hanya yang di perlukan adalah kepada tuhan. Nikmat yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikan. Jika tidak orang itu , orang lain akan menyampaikan. Jadi kita tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad saw."



" Jika tidak nabi Muhamad saw, orang lain akan diUtuskan untuk menyampaikan ajaran Islam. Olehn itu TIDASK perlu kita mengagong-agongkan Nabi Muhamad, memadalah sekadar bersukur kepada Allah swt sahaja."

Lihat betapa dangkalnya pendapat Tun M, beliau bukan sahaja menghina nabi malah mempertikaikan Allah Taala menjadikan Nabi Muhamad sebagai Hatamul Ambiak (Nabi terakhir).



Jelas Tun M ada pemimpin sekuler seperti Mustafa Kamal Arttaturk.

Anonymous said...

Hairan saya kenapa akhbar yang banyak menyalahkan UMNO dan Utusan seperti Harakah, Suara Keadilan dan akhbar Cina tidak diambil tindakan tegas oleh kerajaan BN? Dari muka depan hingga belakang tidak ada yang baik tentang pemimpin UMNO dan Utusan. Menjaga adap sopan ke kalau nampak orang lain semua tidak betul?. Dari pemerhatian kami tidak semua berita yang keluar dalam Harakah boleh diterima. Peliknya mereka suruh boikot Utusan tapi apa saja berita sensasi yang keluar dalam utusan terus diberi perhatian oleh mereka. Benci tapi rindu.

Anonymous said...

anon 10:13,

Baik, Mahathir salah. Mahathir pelupa and etc. All in all, korang kata Mahathir & UMNO jahat.

Korang baikkan? Napa Nik Aziz yg dah sah2 korang puja macam wali tu, tak laksanakan hukum Allah ? Instead, bagi macam2 alasan, kona baring sana sini.

Kenapa Nik Aziz tak buat potong tangan?
Napa tak buat hukum rejam?
Napa tak buat sula ?
Napa bila Hassan Ali kecam alkohol korang kata itu pendapat peribadi dia?
Kenapa tak open ur mind cuba dapatkan saksi & bukti dari Anwar sendiri utk bukti dia tak bersalah?

Kita memang perlukan pemimpin warak yg realistik & pandai mentadbir. Tapi PAS hanya berimej macam Nabi,tapi prektikal wise hancur.

Baikla aku sokong UMNO yg 'hina' tu sebab at least diorang sedar diri, muhasabah diri, belajar terima pendapat dan sedaya upaya menjadi terbaik.

Dari korang yang masih rasa korang suci & konfirm masuk syurga lalu pandang orang lain sebagai salah.

ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS..and PAS HAVE BEEN LIKE MURAI CABUT EKOR, pong pang pong pang keje satu pun tak efektif !

Anonymous said...

maaf saya ingin bertanya.. kita semua sedia maklum bahwa PAS sudah lama memerintah kerajaan Negeri Kelantan... tetapi mengapa hukum Hudud masih tidak dilaksanakan sedangkan Kerajaan Negeri ada kuasa untuk mewujudkannya.. bukankah hukum ini yang diperjuangkan oleh parti?