Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

UNTUK MENANG PRU 13, UMNO PERLU BERKORBAN. 1 MALAYSIA ADALAH JAWAPANNYA…..


Salam semua®…

Dalam pada kerajaan giat melaksanakan transformasi politik bagi menarik balik sokongan orang ramai kepada Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah, penulis berpendapat sudah sampai masanya kerajaan di bawah komponen BN terpaksa melakukan sesuatu yang LUARBIASA supaya semua sokongan daripada tiga kaum majoriti iaitu di kalangan kaum Melayu, Cina dan India dapat diperkasakan semula.

Kalau di negeri Pulau Pinang yang dikuasai parti pembangkang  mempunyai dua Timbalan Ketua Menteri di kalangan kaum Melayu dan India selain kaum Cina sebagai Ketua Menteri, kenapa perkara yang sama tidak boleh dipraktikkan ke atas jawatan Timbalan Perdana Menteri?

UMNO sebagai parti teras dan peneraju kepada kepimpinan BN tidak dapat tidak, perlu berhadapan dengan situasi ini jika ingin mengembalikan sokongan kaum Cina dan India kepada kerajaan.

Penulis rasa, tentu ramai orang Melayu tidak setuju dengan pendapat ini. Tetapi, percayalah seperti kata DS Najib bahawa  “sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan akan terus membantu rakyat. Sebagai sebuah negara, sebagai satu bahasa, 1Malaysia, ia memberikan kekuatan untuk mengatasi cabaran akan datang,”

Katanya lagi, “Saya percaya kita boleh capai sebagai sebuah negara yang makmur dan kukuh jika semua rakyat Malaysia berpegang kepada falsafah 1Malaysia,”

Sebagai kerajaan yang dibentuk melalui politik partisan, mahu tidak mahu, parti UMNO dan kerajaan sedia ada terpaksa melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan gelombang 1 Malaysia dalam ertikata yang sebenarnya.

Jangan biarkan parti pembangkang mendahului dengan melakukan perkara yang sama jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU ke 13 nanti. UMNO perlu cepat bertindak dan berkorban demi survival politik mereka.

Selepas 54 tahun Merdeka, masa dan suasana sudah banyak berubah. Keselesaan dengan mengundi BN sebagai parti yang menjanjikan kemakmuran yang berterusan sudah tidak wujud lagi di kalangan kaum Cina dan India. Banyak perkampongan Cina dan India telah dimajukan oleh kerajaan BN dari bandar-bandar kecil menjadi bandar-bandar besar. Akan tetapi, sokongan politik mereka tetap kepada parti pembangkang. Kenapa jadi begini?

Perkara ini adalah realiti kerana zaman sekarang yang serba maju amat berbeza dengan zaman sebelum merdeka. Tuntutan untuk hidup dalam suasana aman damai seperti generasi tua terdahulu sudah semakin longgar.

Sikap dan perasaan muhibbah kurang dititik-beratkan malah perkataan MUHIBBAH itu sendiri jarang kedengaran sekarang ini dan dalam banyak keadaan, ianya tidak memberi erti langsung di kalangan  golongan muda yang kebanyakannya lahir di dalam suasana yang serba-serbi mencukupi. Mereka mahu lebih dari itu…..apakah itu? Jawapannya ialah KUASA POLITIK……

Fikir-fikirkanlah……sekadar menasihati.

Sunday, September 25, 2011

KAYUHAN AMAL 1 MALAYSIA : SYABAS DS NAJIB DAN LIM GUAN ENG


Salam semua ®…
Penulis amat kagum dengan semangat 1 Malaysia yang telah ditunjukkan oleh peserta Kayuhan Amal 1Malaysia untuk Pelajaran 2011 di Straits Quay Tanjung Tokong, Pulau Pinang pagi tadi.
Ucapan tahniah serta syabas lebih-lebih lagilah kepada PM kita, DS Najib serta sikap ‘sporting’ KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sudi bersama-sama dengan peserta Kayuhan Amal 1 Malaysia yang lain.
Kesanggupan mereka berdua-dua mengayuh basikal bersama-sama secara tidak langsungnya menunjukkan betapa matang  dan amannya suasana politik di Malaysia berbanding dengan negara-negara lain. Keadaan ini juga menterjemahkan bahawa Malaysia sebenarnya mengamalkan sistem demokrasi yang sihat.
Semestinyalah suasana harmoni dan santai di atas dapat diikuti oleh pemimpin-pemimpin kerajaan dan pembangkang yang lain di masa-masa hadapan.
Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sebenarnya memerlukan sikap ‘sporting’ dan mesra rakyat seperti yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemimpin tertinggi di atas dan menjadi contoh yang baik  kepada rakyat Malaysia yang lain.
1 Malaysia bukanlah simbol parti politik tetapi ianya menjadi lambang penyatuan kaum dan kesejahteraan hidup seluruh rakyat di Malaysia.
   

Tuesday, September 06, 2011

Bangganya Menjadi Seorang Rakyat Malaysia....


Lihat, betapa bangganya si pembonceng motosikal ini membawa bendera Malaysia di motosikalnya. Tak cukup dengan satu bendera yang terpacak megah di tempat duduk belakang, sila lihat pula anjingnya (gambar bawah) yang memakai lilitan bendera Malaysia.




Sebagai warganegara Malaysia, kita sepatutnya berbangga kerana negara kita melalui kerajaan yang sedia ada telah berjaya memberi segala macam kemakmuran dan keamanan kepada rakyatnya jadi, sewajarnyalah ucapan terima kasih kita kepada kerajaan dapat diterjemah sepertimana yang telah dilakukan oleh pemuda berbangsa Cina ini.





Selepas negara kita merdeka daripada penjajah dan negara tidak lagi diganggu-gugat oleh anasir-anasir komunis, jadi, suara-suara nakal yang menidakkan pengorbanan para-para pejuang kemerdekaan selain bertindak menghasut serta mengagungkan perjuangan komunis di Malaysia perlu diambil tindakan sekeras-kerasnya oleh kerajaan.

Keamanan dan kesejahteraan negara bukanlah boleh dibina setahun dua. Janganlah biarkan dek kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga......