Sunday, September 25, 2011

KAYUHAN AMAL 1 MALAYSIA : SYABAS DS NAJIB DAN LIM GUAN ENG


Salam semua ®…
Penulis amat kagum dengan semangat 1 Malaysia yang telah ditunjukkan oleh peserta Kayuhan Amal 1Malaysia untuk Pelajaran 2011 di Straits Quay Tanjung Tokong, Pulau Pinang pagi tadi.
Ucapan tahniah serta syabas lebih-lebih lagilah kepada PM kita, DS Najib serta sikap ‘sporting’ KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sudi bersama-sama dengan peserta Kayuhan Amal 1 Malaysia yang lain.
Kesanggupan mereka berdua-dua mengayuh basikal bersama-sama secara tidak langsungnya menunjukkan betapa matang  dan amannya suasana politik di Malaysia berbanding dengan negara-negara lain. Keadaan ini juga menterjemahkan bahawa Malaysia sebenarnya mengamalkan sistem demokrasi yang sihat.
Semestinyalah suasana harmoni dan santai di atas dapat diikuti oleh pemimpin-pemimpin kerajaan dan pembangkang yang lain di masa-masa hadapan.
Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sebenarnya memerlukan sikap ‘sporting’ dan mesra rakyat seperti yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemimpin tertinggi di atas dan menjadi contoh yang baik  kepada rakyat Malaysia yang lain.
1 Malaysia bukanlah simbol parti politik tetapi ianya menjadi lambang penyatuan kaum dan kesejahteraan hidup seluruh rakyat di Malaysia.
   

No comments: