Salam semua ®…
Penulis terpanggil untuk berkongsi kefahaman dengan pembaca semua tentang apakah sebenarnya undang-undang Hudud ini? (keterangan lanjut, sila baca di bawah ).
Sejak sehari dua ini kita telah disensasikan dengan pelbagai komen tentang perlaksanaan undang-undang Hudud ini.
Mari kita dengar dulu kata-kata menarik daripada Nik Aziz tentang Hudud baru-baru ini:
1. Parti itu tetap berhasrat menubuhkan negara Islam, termasuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun ditentang DAP.
2. Walaupun DAP menolak hasrat penubuhan negara Islam, beliau tetap menggunakan pendekatan berhemah agar pemimpinnya dapat memahami apa yang diperjuangkan Pas selama ini. “Saya tidak akan gunakan perkataan berkeras, saya guna berdialog, apa tidak kena dengan Islam?," katanya.
3. Sebelum ini, DAP dah keluar sekali masa APU (Angkatan Perpaduan Ummah), dia dah keluar sekali, tidak apa saya kata, ‘bye bye’ tidak ada apa, sekarang ni dia masuk balik,” katanya. Ditanya adakah Pas sedia sekiranya DAP akan bertindak keluar dari Pakatan Rakyat, Nik Aziz berkata: “Itu dia punya pasal”.
Kita dengar apa pula kata Tun Dr Mahathir:
1. “Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia bagi…ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (Pas) tak dapat laksanakan Hudud.
2.”Negeri lain tidak ada hokum hududpun, macam mana kita kawal (rakyat). Ini dia tak kawal, dia tak ajar agama betul. Kalau kawal betul orang akan tolak perbuatan yang membawa kepada penyakid Aids…ini dia ajar agama, dia ajar politik, tapi dia hendak salahkan saya”.
Anuar Ibrahim pula berkata begini:
1. “Secara dasar, saya percaya ini boleh dilaksanakan”. Anwar berkata, rancangan Kelantan mahu memperkenalkan undang-undang hudud adalah spesifik dan ia meliputi dua aspek penting iaitu pentadbiran yang adil kepada undang-undang Islam dan memastikan hak bukan Islam dilindungi.
Kita dengar apa pula kata Tan Sri Muhyiddin Yassin:
1. Beliau berkata hukum Hudud masih belum sesuai di negara ini. Hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.
2. Beliau berkata lagi, sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia memperkenalkan hukum Hudud seperti mana dilaungkan Pas.
Datuk Seri Azizan pula berkata begini:
1. Setiap negeri mempunyai perundangan berbeza, termasuk Kedah dan Kelantan. “Siapa tidak mahu buat perkara elok, tetapi mungkin masa belum sesuai. Tunggu la, sebelum itu, kena jaga negeri ini (Kedah) elok-elok dahulu,”.
2. “Kita lantik syarikat guaman uruskan dan undang-undang itu sudahpun siap, tetapi Tun Dr Mahathir tidak benarkan ia dilaksanakan di Kelantan, jadi kita kena ikut perlembagaan tertinggi nrgara”.
Apa kata penulis pula?
Selagi pemimpin-pemimpin Islam kita bertelagah sesama sendiri selagi itulah Hudud tidak dapat dilaksanakan oleh mereka. Masing-masing ingin menyalahkan sesama mereka. Kalau macam inilah lagaknya, sampai kiamatpun hukum Hudud tidak akan dapat dilaksanakan di Malaysia. Berlapang dadalah dan carilah penyelesaian kepada tiap-tiap permasalahan dengan hikmah dan bijaksana.
Ikuti sunnah nabi Muhammad SAW. Janganlah berpecah-belah kerana ianya terbukti merugikan keseluruhan umat Islam. Berbincanglah secara elok-elok. Kita umat Islam perlu bersatu, barulah semua perancangan dapat dijalankan dengan sempurna.
Apa itu Hudud ?
Hudud adalah sebahagian daripada undang-undang syariah di bawah bab Kanun
Jinayah Syariah.
Adapun undang-undang syariah itu terdapat di dalamnya banyak bentuk
undang-undang; antaranya ialah undang-undang jinayah, undang-undang
munakahat, undang-undang iktisoddi, undang-undang perlembagaan Islam
ataupun Kanun Dusturi Islami dan bermacam-macam lagi undang-undang Islam
yang lain.
Di bawah undang-undang jinayah ( atau lebih dikenali sebagai Kanun Jenayah
Syariah) ini terbahagi pula kepada 4 jenis.Iaitulah hudud, qisos, diat dan
takzir.
A) Makna HUDUD:
Bermakna batasan yang dibuat oleh ALLAH SWT dan ia tidak boleh dilanggar
oleh sesiapa pun. Contohnya; kalau seseorang itu mengaku berzina, maka dia
wajib dihukum sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT, iaitu wajib
sebat dia 100X (bagi yang belum kahwin).Kalau dia mengaku mencuri pula, maka
tak boleh penjarakan dia dan tak boleh dendakan dia, tapi wajib dipotong
tangannya kerana ia adalah satu batasan yang telah dibuat oleh ALLAH SWT.
B) Hukuman HUDUD:
Hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH di
dalam Quran/hadith.Hukuman Hudud ini adalah hak ALLAH ,yang tidak boleh
ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh di ubah-suai dan dipinda. Hukuman
Hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun.Mereka yang melanggar
aturan-aturan hukum ALLAH, yang telah ditentukan dan ditetapkan
ALLAH/rasulNya yang disebutkan di dalam Quran/hadith adalah termasuk
dalam golongan orang-orang yang zalim. Sepertimana firman ALLAH SWT yang
bermaksud:
" Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim."
(Suratul Baqarah:229)
C) Kesalahan yang dikenakan hukuman HUDUD:
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman Hudud ialah:
i) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengkut hukum
syara`.
ii) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang
yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat
dibuktikan dengan 4 orang saksi.
iii) Minum arak atau minuman yang memabukkan, samada sedikit atau banyak,
mabuk atau tidak.
iv) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jagaan
atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan
harta itu dari jagaan atau milik tuannya..
v) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, samada dengan perbuatan
atau dengan perkataan, atau dengan iktikad kepercayaan.
vi) Merompak (hirabah); iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan
untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
vii) Pendurhakaan (bughat) ;iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau
mendurhaka kepada Ulil Amri yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum
ALLAH.
QISAS:
Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.Membunuh dibalas
dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan
melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.
Perbandingan QISAS dan HUDUD:
Persamaan diantara qisas dengan hudud ni ialah hukumannya telah ditetapkan
;seperti kadar dan bentuknya, yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT di dalam
al-Quran. Manakala perbezaan diantara qisas dengan hudud pula ialah hukuman
qisas ini hendaklah dituntut oleh mangsa ataupun keluarga mangsa Tapi kalau
tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa ,maka tidak boleh dikenakan
hukuman qisas.Jadi, berbezalah diantara qisas dengan hudud ,dimana hudud
ini, walaupun tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa tetapi ianya tetap
wajib dilaksanakan.
Kesalahan & Hukuman QISAS:
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah :
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain
dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja.
a) Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas
ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh.Sepertimana firman ALLAH SWT yang
bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman ,diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas
(balasan yang seimbang)
dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh."
(Suratul Baqarah : 178)
b & c) Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan
orang lain atau melukakannya, wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar
kecederaan atau luka seseorang itu, juga mengikut jenis anggota yang dicederakan
dan yang dilukakan tadi.Sepertimana firman ALLAH SWT yang
membawa maksud:
"Dan telah Kami wajibkan ke atas mereka (orang-orang Yahudi) yang disebutkan
dalam Kitab Taurat, bahwasanya nyawa dibalas dengan nyawa, dan mata dibalas
dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan
telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan kecederaan juga hendaklah dibalas
seimbang. Tapi bila sesiapa mengampuninya,maka itu adalah penebus dosa
baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan
oleh ALLAH,maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Suratul Ma`idah : 45)
DIAT:
Hukuman Diat bermakna pampasan atau pun ganti rugi.
Diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjinayah kepada
wali/waris mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan jinayah yang dilakukan
oleh penjinayah keatas mangsanya.
Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan
kesalahan qisas.Hukuman diyat ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan
ALLAH dan rasulNya di dalam al-Quran/hadith sebagai ganti rugi diatas
kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan, atau
melukakannya.
Kesalahan yang dikenakan hukuman diyat:
i) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja: Serupa dengan sengaja bermakna
perbuatan tadi sengaja walaupun tidak ada niat untuk membunuh atau
mencederakan.
ii) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja) - qotlu qotto` yakni yang
memang tidak sengaja.
iii) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau ahli waris orang
yang dibunuh; sepertimana firman ALLAH TA`ALA dalam Suratul Baqarah ayat 178
yang bermaksud,:
"Sesiapa yang dapat memperolehi sebahagian keampunan daripada saudaranya
(waris kepada mangsa yang dibunuh), maka hendaklah diikuti dengan cara yang
baik (iaitu menuntut ganti rugi dengan tidak melampaui batas).Dan tunaikanlah
bayaran diyat itu dengan ihsan. Yang demikian itu adalah suatu
keringanan/kemudahan yang diberikan oleh ALLAH SWT. Serta satu rahmat
daripada Tuhan kamu ( makna rahmat adalah kasihan belas daripada ALLAH SWT
kepada sekelian hambaNya). Sesiapa yang melampaui batas selepas daripada itu,
maka baginya azab yang pedih."
Hukuman TAKZIR:
Hukuman takzir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera,
iaitu penjenayah-penjenayah tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.
Hukuman takzir dalam Kanun Jenayah Syariah adalah hukuman yang tidak
ditentukan dan ditetapkan ALLAH kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Quran/
hadith. Ia terserah kepada kebijaksanaan Ulil Amri.Tetapi para ulama berpendapat
bahwa takzir tidak boleh menyamai sekurang-kurang hudud.
Contohnya; kalau kita nak sebat orang,misalnya.Kalau nak jatuh hukuman sebat
diatas kesalahan takzir,maka bilangan sebatan yang dijatuhkan tidak boleh
menyamai sekurang-kurang hudud.Contoh sekurang-kurang hudud ialah 40
sebatan,yakni yang dikenakan keatas peminum arak atau peminum minuman keras
yang memabukkan.Jadi kalau hendak melaksanakan sebatan mengikut hukuman
takzir,maka ia tidak boleh sampai kepada 40 sebatan.Ia mestilah 39 sebatan
ke bawah. Wallahu Taala A'lam.
Hukuman takzir adalah hukuman dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah
sabit kesalahannya dalam mahkamah, dan hukumannya tidak dikenakan hukuman
hudud/qisas, kerana kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah itu tidak
termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukum hudud atau qisas.
Jenis atau kadar serta bentuk hukuman takzir itu adalah terserah kepada
kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan
keatas penjenayah-penjenayah itu,kerana hukuman takzir itu adalah bertujuan
untuk menghalang penjenayah-penjenayah daripada mengulangi kembali kejahatan
yang mereka lakukan tadi,yakni bukan untuk menyiksa mereka.

No comments:
Post a Comment