Saturday, September 24, 2011

ISU HUDUD : PERSEFAHAMAN DI KALANGAN PEMIMPIN BUKAN ISLAM MELANGKAUI KEPARTIAN…


Salam semua ®…

Penulis berasa amat sedih bila sebilangan besar pemimpin-pemimpin Islam kita yang diharap akan membela dan mempertahankan kemurnian dan marwah Islam sebagai agama yang sesuai sepanjang zaman telah mengambil pendekatan bertelagah sesama sendiri daripada mahu duduk semeja menyelesaikannya.

Sebaliknya, apa yang penulis lihat, walaupun berlainan parti dan dasar perjuangan, pemimpin bukan Islam nampaknya lebih konsisten dan bersefahaman dalam memperjuangankan satu-satu isu yang melibatkan kepentingan mereka.

Penulis sebenarnya tidak menyalahkan mereka (pemimpin-pemimpin bukan Islam) kerana memang mereka mempunyai hakpun untuk berkata sedemikian. Mungkin kerana kegagalan pemimpin-pemimpin Islam kita, baik daripada UMNO ataupun Pas dalam memahamkan mereka tentang betapa  adil dan baiknya hukum Hudud ini merentasi zaman.

Mari kita dengar  komen menarik tentang isu Hudud ini daripada kaca mata pemimpin bukan Islam:

1. Chua Soi Lek.
“Jika UMNO mahu laksanakan Hudud, MCA tak mahu jadi sebahagian daripadanya”. 
2. Lim Guan Eng.
“DAP tidak sekali-kali akan bersetuju cadangan Pas laksanakan Hudud”.

3. Lim Kit Siang.
“DAP konsisten tolak negara Islam”.

4. Karpal Singh.
“Cadangan Nik Aziz boleh menjejaskan kesepakatan PR hadapi pilihanraya”.

5. Ngeh Ko Ham.
“Tidak kira undang-undang apa sekalipun yang ingin dilaksanakan, ia harus memberikan keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama”.

Apa kata penulis?
Inilah natijahnya bila pemimpin-pemimpin  Islam berpecah. Oleh itu bersatulah bangsaku. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tidak bertahan. Rumpun bagai serai, seliang bagai tebu……Tepuk dada, tanyalah Iman.

No comments: