Sunday, September 25, 2011

HUDUD: PEMUDA PAS SOKONG KHAIRY…


Salam semua®…
Dewan Pemuda PAS Kelantan menyokong gesaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin agar kerajaan pusat meminda perlembagaan bagi membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hudud.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, ketua penerangannya Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata kenyataan Khairy tersebut mempamerkan sikap seorang jauh terbuka dan berani berbanding dengan mana-mana pemimpin yang ada di dalam Umno.

"Kita menyambut baik dan menyifatkan kenyataan Khairy itu mewakili suara Pergerakan Pemuda Umno Malaysia keseluruhannya yang mahukan agar Kelantan diberikan peluang untuk melaksanakan hudud seperti yang telah dibentangkan hampir 20 tahun yang lampau," katanya.

Kenyataan Khairy tersebut dilaporkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia, hari ini 25 September 2011 di halaman 11.

"Sekalipun bertentangan dengan pandangan Presidennya (Datuk Seri Najib Razak) sendiri, kami mengharapkan agar Khairy dapat meneruskan desakan ini di peringkat parti dan kerajaan serta tidak tunduk dengan mudah kepada ugutan parti MCA dan Gerakan seperti yang ditunjukkan oleh Presidennya," katanya.

Selain pusat, mereka juga mahu cadangan Khairy itu disambut baik oleh pemuda dan Umno Kelantan demi melihat undang-undang yang berteraskan syariah ini dapat dilaksanakan.
P/S – Penulis bersetuju dan amat bersyukur dengan cadangan di atas. Datangnya hukum Hudud ini sebenarnya adalah daripada Allah SWT. Ia sebenarnya melangkaui fahaman keduniaan dan logik akal manusia.  Hanya mereka yang   beriman dengan Allah sahaja bercita-cita ingin melaksanakannya. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Malah, menjadi kewajipan pula kepada orang-orang  yang berilmu memahamkannya kepada yang lain melalui tali persaudaraan Islam yang kukuh. Itulah indahnya Islam bagi mereka yang berilmu dan yang mengamalkannya. Semua ini memerlukan transformasi sikap dan amalan daripada perkara-perkara mazmummah kepada mazmudah. Sebagai khalifah di muka bumi ini, kita bukan sahaja dituntut untuk  melakukan transformasi untuk perkara-perkara duniawi, maka sebaiknya jugalah kepada perkara-perkara ukrawi kerana itu merupakan janji-janji kita kepada Allah SWT.

4 comments:

Anonymous said...

Salam bagi mereka yang benar2 menghayati islam:-

kamu katakan yang UMNO-Bn tunduk kepada Gerakan dan MCA. Sekarang kamu sokong pulak KJ jalang untuk desak Kerajaan Persekutuan membenarkan Kelantan laksana HUDUd..apa kamu ni bodoh atau tidak sekolah..Buta,Pekak dan Bisu Hati dimana Pas menandatangani perjanjian dengan DAP memgugurkan perjuangan dan penubuhan negara islam dalam perjuangan Parti Pas itu siapa tunduk kepada siapa. Kamu berdua boleh duduk dibawah kankangan dan dalam kain Nik Aziz, Hadi dan Karpal Singh. Jika setakat nak jadi hero dengan pengetahuan sesat sama sekali lebih baik cukur janggut dan misai yang berkonon mengikut sunnah hentikanlah dan bergemulang segala macam maksiat yang ada sekarang terutama PAS yang kini sudah menerima maksiat sebagai ajaran dan anutan terserlah oleh para ulamak pas

Salam semua (R)... said...

Saudara Anon September 25, 2011 9:42 PM,

Selagi seseorang itu mengajak kepada perkara yang benar di sisi Allah, selagi itulah kita tidak boleh menyalahkan mereka.

Soal mereka jujur dan ikhlas dalam tindakan itu, soal mereka dengan Allah.

Ketahuilah bahawa manusia yang sering marah tidak bertempat, mengkusutkan perkara yang dah kusut, tidak ada ketenangan di dalam jiwanya kecualilah bagi mereka yang sentiasa sabar selain berusaha menyeru ke jalan yang benar...

Mungkin mereka silap hari ini, tidak mungkin mereka akan silap selama-lamanya...Allah maha pengasih lagi maha penyayang.

Muhammad Azli Shukri said...

salam, tepat dan saya sependapat, blog tuan sudah dipaut

Anonymous said...

bagus gak kelantan buah hudud...kita tgk sejauh mana..jgn sampai org pas buat hudud, yg maksiat org pas/anak org pas/wakil pas sendiri ..akhirnya..lepas hudud..yg pimpinan skrg pun x mampu atasi maksiat. Declare kelantan negara islam..sampai sekarang maksiat tetap ada, kes zina, budak melepak, rempit tetap ada...siapa yg harus disalahkan..jgn sampai asyik nak letak salah org lain...