Thursday, February 23, 2012

Kak Tunda kena ‘warning’ dengan Ahli Majlis MPPP. Sebabnya hanya kerana memberi pandangan ?



Salam semua®…
Sekumpulan ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenyataan Ketua Beliawanis MCA, Jessie Ooi yang mengecam kakitangan majlis tempatan itu kerana menjalankan tugas mengunci roda kereta.

Mereka berikrar untuk mengambil tindakan terhadap Jessie dan bentuk tindakan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat penuh majlis pada hari Jumaat.

Kumpulan itu mahu Jessie menarik balik kenyataannya mengenai tindakan mengunci tayar dan menunda kereta di Pulau Pinang oleh kakitangan majlis, kerana mendakwa "tuduhan itu semuanya tidak berasas ".

Ahli majlis berkenaan memberi Jessie sehingga Jumaat ini untuk
menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya itu.

Jessie menjadi terkenal dalam sekelip mata ekoran cara dia mengemukakan soalan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, semasa debat dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek pada 18 Februari lalu di Kuala Lumpur.

Selepas menjadi sasaran hebat kritikan berhubung kenyataannya itu, Jessie berikrar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnahnya di Internet.

Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh ahli majlis itu di bangunan MPPP di Padang Kota Lama hari ini, klip video ditayangkan, yang menunjukkan aksi Jessie itu.-Malaysiakini
Komen Penulis.
Takkanlah sebab Kak Tunda komen sikit, dah kena ‘warning’. Lepas tu, dia kena minta maaf pulak atau kena tindakan…Amboi, kerajaan DAP Penang la ni, langsung tak boleh bersuara ka?  Sapa yang ajaq hampa lagu ni ha? Mai cerita sat dekat chek?
Kalau ikutkan, Kak Tunda bersuara dalam suasana yang membolehkan beliau mengutarakan apa-apa soalan  kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, semasa debat dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek pada 18 Februari lalu di Kuala Lumpur. Memang disediakan mikrofon untuk para hadirin, tak kira penyokong kerajaan ataupun pembangkang.
Ni, tentu Lim Guan Eng punya pasai. Bila malu tak boleh jawab, balik pi cerita kat Ahli Majlis MPPP dan suruh depa ambil tindakan dekat Kak Tunda. Kesian betoi dekat dia…
Nampak sangat kerajaan DAP Penang takut dengan suara rakyatnya sendiri. Nak bebas bersuara apa lagu ni? Sikit-sikit ambil tindakan, sikit-sikit nak saman orang. Jawab balik la…apa yang tak betoi tu, bagi  tau la kat semua orang Penang !...
Sepatutnya, kalau betoi dan baguih cadangan tu, buatlah apa yang patut dan pebetoi bagi jadi elok-elok balik. Penulis setuju jugalah dengan cadangan Kak Tunda kita ni. Kalaupun salah sikit-sikit tu, pasai salah parking ka, kalau dah lebih pukul 10.30 malam, tak payahlah nak tunda-tunda kereta. Saman sajalah, Kan itu yang paling mudah.
Tak baik la Ahli-ahli Majlis MPPP dok ugut Kak Tunda sampai lagu tu. Mentang-mentanglah  dia tu pompuan, ingat senang-senang ka depa boleh gertaklah dia.
Mana pi Kak Syahrizat, YB Kak Jahara, dan YB Kak Rosnah? Mai la tolong-tolong Kak Tunda sat…..Kak Yen Yen pun boleh…

5 comments:

Anonymous said...

contoh kebebasan bersuara oleh DAP ! hahahaha lepas ni habis semua rakyat diambil tindakan

Anonymous said...

standard la dah memang perangai peguam klo pegang kuasa.x puashati sikit2 saman.sikit2 saman...eh lupa plak,mana SUHAKAM?

Anonymous said...

Salam saudara,

Depa ni buat lawak betul. Lim Guan Eng kata depa praktikkan kebebasan bersuara di P Pinang. Maka diadakan sudut pidato di P Pinang.

Jadi, pasal apa marah dan bagi amaran dekat Kak Tunda?

Majlis berkenaan, disediakan sesi soal jawab dan diberikan mikrofon kepada Kak Tunda lagi untuk beliau kemukakan soalan.

Habis-habis, soalan tak terjawab depa marah pulak dekat Kak Tunda. Siap bagi ugutan dan warning lagi.

Kerajaan Lim Guan Eng dan Ahli-ahli Majlis MPPP tidak mengamalkan demokrasi dan hak bersuara yang betul.

Belah lah, betul-betul koman kata orang penang.

cikgu rokiah said...

ini lah wajah2 PKR (DAP) bila di tegur...

Anonymous said...

macam budak2 pulak perangai ahli majlis tu, setakat itu sahaja ke kebolehan mereka. Semua lelaki menentang seorang wanita, hebat, hebat.