Wednesday, February 01, 2012

“Karpal Singh juga peguam yang bela KUIN...adakah Karpal Singh sokong AUKU? Adakah Karpal Singh bertentang arus dengan Pakatan Rakyat? Kenapa Karpal Singh tidak diserang sebaliknya hanya serang menteri besar Kedah”- Kata Nasrudin Hasan Tantawi.



Salam semua®…

Isu penggantungan lima mahasiwa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Kedah, makin lama makin kalut.  Dasar Buku Jingga Pakatan Rakyat (PR) yang dibanggakan oleh setiap pemimpin PR sebelum ini ternyata hanya retorik parti pembangkang bagi menghadapi PRU 13 nanti.

Kita tengok contoh Isu AUKU ini cukuplah. DS Anuar yang mengetuai PKR cakap lain, DS Azizan dan  Nasrudin Hasan yang mewakili PAS pula cakap lain. Malah, Pengerusi DAP, Karpal Singh pun cakap lain. Semuanya tunggang-langgang macam cerita keluarga 69 arahan seniman agong Tan Sri P. Ramlee.

Yang pening kepala adalah pelajar-pelajar. Oleh kerana mereka gagal mendapat perhatian daripada pemimpin-pemimpin pembangkang di atas,  Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini berhasrat pula bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan dan menyerahkan memorandum berhubung isu penggantungan lima mahasiswa KUIN.

Ikuti laporan penuh kenyataan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan seperti yang disiarkan oleh Malaysian Insider.

Dewan Pemuda PAS pusat hari ini melahirkan kebimbangan terhadap reputasi Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu  Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mendakwa serangan yang dilemparkan seolah-olah mahu menjatuhkan Menteri Besar Kedah itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan berkata semua pihak termasuk kepimpinan Pakatan Rakyat perlu menghormati pandangan Azizan dalam isu penggantungan lima mahasiwa KUIN menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Tegas beliau, walaupun sayap pemuda PAS itu tegas untuk memansuhkan AUKU namun perbezaan pandangan perlu ditangani dengan baik.
"Apabila ada dari kalangan kita yang berbeza pandangan seperti menteri besar Kedah...beliau berbeza pandangan dengan kita mengenai AUKU maka tangani perbezaan pandangan ini dengan positif sebab perkara ini bukanlah sesuatu yang tidak boleh diselesaikan.
"Jadi apabila menteri besar Kedah mempunyai pandangan berbeza, kita perlu dengan dan hadapi isu ini dengan baik...bukan serang bertubi-tubi, mengancam mahu jatuhkan kerajaan dan keluarkan kenyataan agar keluar PAS dan masuk Barisan Nasional (BN)," katanya menambah Pemuda PAS pusat konsisten berjuangan bersama Pakatan Rakyat, kumpulan mahasiswa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mansuhkan undang-undang itu.
Nasrudin berkata pihaknya kesal dan kecewa dengan pihak tertentu yang bertindak menyerang Azizan yang sebelum ini menegaskan tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran KUIN.
"Kalau dengan kerajaan Umno-BN pun kita berunding mengenai AUKU, menteri pengajian tinggi dan timbalannya juga kita jumpa untuk bincang tapi mengapa dengan menteri besar Kedah kita pelakukan lebih teruk daripada BN?
"Sehingga ugut beliau keluar PAS, saya tidak nampak rasional melainkan saya bimbang ia adalah usaha untuk menjatuhkan reputasi dan kedudukan menteri besar Kedah...saya bimbang begitu tapi saya harap ia tidak berlaku," katanya.
Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.
Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.
Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah  Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.
Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.
Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.
PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan parti itu.
Khamis lalu, pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari mengesyorkan agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Azizan atas alasan bertindak bertentangan dengan prinsip Buku Jingga.
Namun Azizan menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.
Nasrudin turut membangkit persoalan mengenai serangan terhadap Azizan namun tidak menyerang Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh yang menjadi peguam bagi KUIN.
"Ia bukan sahaja libatkan Azizan, Karpal Singh juga peguam yang bela KUIN...adakah Karpal Singh sokong AUKU? Adakah Karpal Singh bertentang arus dengan Pakatan Rakyat? Kerapa Karpal Singh tidak diserang sebaliknya hanya serang menteri besar Kedah.
"Persoalan begini menimbulkan tanda tanya...kepada semua saya sarankan tangani keadaan ini dengan baik dan jangan keluarkan kenyataan berbaur jahat," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

MUSLIHAT PR nie.... 'U can't stop them join them'
Ada udang balik mee..apa agenda mereka.Bole caya ke Kapal tu nak bela Auku.

Anonymous said...

memang dah jadi keluarga 69.

karpal jadi peguam KUIN dan peguam PAS pulak mewakili pelajar tu...

Hmmmmm PADAN MUKA KORANG