Tuesday, September 27, 2011

KENYATAAN KARPAL HANYA KONSISTEN TERHADAP PAS PELIKNYA, TIDAK KEPADA KES DS ANUAR IBRAHIM. KENAPA YE?....



Salam semua ®…

Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar menyatakan pendiriannya berhubung video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur dari China, sekali gus menjelaskan ketetapan sebenar parti itu dalam isu berkenaan.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sudah tiba masanya untuk Karpal berbuat demikian ekoran tersebarnya rakaman video terbaru yang didakwa memaparkan imej Anwar berjalan masuk dan keluar dari lif bersama rakannya, Datuk Shazryl Eskay.

Katanya, pendirian Karpal itu ditunggu orang ramai kerana beliau adalah seorang ahli politik dan seorang peguam terkemuka.

"Saya secara peribadi dan mewakili Puteri UMNO mencabar Karpal untuk tampil menyatakan pendiriannya berhubung kes Anwar dan adakah dia akan terus membela Ketua Pembangkang itu," katanya selepas melancarkan program suntikan pelalian vaksin 'human papillomavirus' (HPV) peringkat Daerah Papar di Dewan Masyarakat Papar di sini, hari ini.

Tegas beliau, Karpal perlu menjelaskan siapa Anwar sebenarnya dan kepentingannya kepada parti pembangkang yang kini sedang bergolak teruk.

Menurut beliau, orang ramai sebenarnya masih tertanya-tanya tentang pendirian Pengerusi DAP itu, setelah beliau pernah secara terbuka meminta Anwar meletakkan jawatan ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana salah laku seks pada 1997.

Rosnah berkata, sikap yang ditunjukkan Karpal ketika itu jelas menunjukkan parti pembangkang sememangnya suka bermuka-muka dan sanggup menelan air ludah mereka sendiri demi kepentingan yang bakal diperoleh oleh parti.- Utusan Malaysia

P/S – Kalau nak tahu sebabnya, tidak lain tidak bukan, hanyalah semata-mata untuk mereka (DAP) merampas Putrajaya di PRU 13 nanti.

1 comment:

Anonymous said...

Takut Al-juburi pecat dia dari menjadi peguam bela. Yuran berjuta, kalau kena pecat rugi ooh.

Business is business. Peduli apa janji bayar dan masuuuk