Thursday, May 05, 2011

Kerajaan DAP Pulau Pinang tahun lalu hanya memperuntukkan sebanyak RM1.8 juta sahaja bantuan kepada sekolah agama rakyat. Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina pula menerima RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM850,000). Ini semua tidak adil….!


Salam semua®…
KERAJAAN Negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP menunjukkan sikap tidak adil kepada rakyat berbilang kaum terutama kepada masyarakat Melayu yang di bawah jagaannya. Ini terbukti dalam pembahagian peruntukan untuk sekolah-sekolah di negeri itu.
Kalau dilihat dalam soal agihan peruntukan bantuan kepada sekolah agama rakyat, pada tahun lalu kerajaan DAP itu hanya memperuntukkan sebanyak RM1.8 juta sahaja.
Berbeza dengan peruntukan yang diberi kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina yang menerima RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM850,000).
Sebagai mana yang didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Dua (Barisan Nasional) Datuk Jasmin Mohamed, peruntukan yang disediakan itu memang tidak adil.
Bagaimana sekolah agama rakyat yang mempunyai lebih ramai murid daripada SJK Tamil di negeri itu mendapat peruntukan yang tidak banyak bezanya.
Selain itu, kerajaan negeri hanya menambah RM50 sebulan dalam pemberian elaun untuk guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa). Sedangkan Kerajaan Pusat memberikan sebanyak RM800 sebulan.
Selain isu peruntukan ke sekolah-sekolah, Ketua Menteri Lim Guan Eng juga cuba mempolitikkan wang ihsan RM100 yang didakwa diperoleh daripada hasil judi apabila enggan menerimanya kembali setelah dipulangkan oleh warga emas berjumlah RM23,700.
Kerajaan pimpinannya mahu memulangkan wang yang dikumpul oleh UMNO itu kerana mendakwa ia diserahkan dengan cara tidak betul selain meragui sumber wang tersebut. Nampak sangat Guan Eng cuba mengalihkan isu wang ihsan kepada UMNO. Dalam isu peruntukan ke sekolah dan wang ihsan, ketidakadilan dan ketidakikhlasan memang jelas terpancar.
Kerajaan DAP Pulau Pinang memang tidak bersungguh-sungguh membantu orang Melayu dan Islam.
Ketua Menteri kena buktikan keadilan untuk semua kaum. Apa yang diheboh-hebohkan pimpinan DAP itu hanya dilihat bersifat mencari publisiti murahan.
Mereka meraih publisiti dengan memberi sedikit wang kepada warga emas dan menambah sedikit elaun kepada bilal dan siak tetapi pada masa yang sama tergamak meroboh gerai peniaga Melayu. Beginikah kerajaan yang dikatakan berjiwa rakyat?
Tiada siapa akan dapat melupakan sikap pilih kasih DAP dalam menangani isu peniaga tidak berlesen. Kerajaan DAP mengarahkan beberapa gerai milik peniaga Melayu yang beroperasi tanpa lesen dirobohkan, sedangkan perkara yang sama tidak dilakukan terhadap peniaga Cina yang tidak berlesen.
Malah banyak janji-janji atas nama mahu membela rakyat yang dilaung-laungkan DAP sebelum ini tidak dibuktikan melalui tindakan.
Tiga tahun pemerintahan kerajaan DAP Pulau Pinang hanya sarat dengan retorik politik sehingga banyak masalah rakyat tidak dapat diselesaikan.
Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu diingatkan bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara dan ia juga ada peranan untuk memelihara martabat agama Islam di negeri itu dengan menggiatkan dan melaksanakan pelbagai program, projek dan aktiviti.-Utusan
P/S – Peranan pemimpin PAS dan PKR dalam kerajaan DAP Pulau Pinang ternyata gagal. Mereka seolah-olah tunggul kayu mati yang tidak boleh berbuat apa-apa. Mana Anuar Ibrahim?...Orang Melayu Pulau Pinang akan ajar mereka ini dalam PRU13 nanti…..


4 comments:

Anonymous said...

Padankan muka org melayu Penang, kau nak sangat
Harap PAS dan PKR, jadi barua sahaja la
Tu pun PAS tak sedar diri...sombong pulak.
Bangsat UMNO pun tak jadi begini.
Masih PAS tak buka mata lagi

Anonymous said...

Padankan muka org melayu Penang, kau nak sangat
Harap PAS dan PKR, jadi barua sahaja la
Tu pun PAS tak sedar diri...sombong pulak.
Bangsat UMNO pun tak jadi begini.
Masih PAS tak buka mata lagi

Anonymous said...

Sedarlah wahai orang melayu pulau pinang. Saya merupakan kakitangan kerajaan di salah satu jabatan negeri di pulau pinang. Bila saya berada di dalam pentadbiran kerajaan ternyata saya dapat melihat betapa sikap kicinaan yang diamalkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng yang langsung tidak akan membantu orang melayu di Pulau Pinang. Tapi yang sedihnya saya lihat masih ada orang-orang melayu yang tidak keberatan untuk saya gelar mereka ini bodoh dan bodoh dan terus diperbodohkan oleh pihak Pakatan Rakyat ini. Banyak cara yang diamalkan oleh Lim Guan Eng ini seumpama ketam mengajar anak berjalan. Beliau yang pada peringkat awal pemerintahan beliau yang memperkenalkan CAT, yg langsung tidak menunjukkan ketulusan dalam pemerintahan beliau. Banyak kedai-kedai orang melayu dirobohkan di Pulau Pinang dengan alasan yang paling bodoh di berikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menjadi kuda tunggangan Lim Guan Eng. Alasannya mereka berniaga secara haram dan tidak mempunyai lesen tetapi yang puak-puan cina ni berniaga tidak pulau dirobohkan malah cina-cina yang berniaga secara haram diberikan lesen pernigaan secara sah dan tempat-tempat perniagaan mereka dinaiktaraf. Ada tempat sampai jalan rayanya ditutup semata-mata memberi peluang utk cina-cina ni berniaga setiap hari. Malang sungguh melayu Pulau Pinang yang makin diperbodohkan oleh kerajaan DAP ini. Mana perginya suara Mansor (Timbalan Ketua Menteri l), yang terkenal dengan sifat kepondanan beliau. Jadi renung-renungkan lah wahai orang melayu di Pulau Pinang. Seburuk-buruk BN memerintah Pulau Pinang, tidak pernah mereka menindas orang melayu sesuka hati mereka. Ubahlah....

Hidup Melayu Islam said...

Sebaik baiknya orang Melayu Islam pulau pinang beramai ramai shalat hajat minta pada Allah agar DAP tumbang berserta anjing2nya PAS danPKR.Selagi mereka perintah susah nanti orang Melayu islam.