Tuesday, February 14, 2012

Tindakan mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah adalah keterlaluan dan keanak-anakan.



Salam semua®…

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang dipertikaikannya.

Menurutnya, beliau bertindak demikian dalam majlis perjumpaan bersama kepimpinan tanah rancangan itu di Kuala Lumpur hari ini kerana beberapa perkara yang diketengahkan pembangkang didakwa tidak berdasarkan maklumat tepat.

Tindakan simbolik itu dibuat di pentas ketika sesi penerangan lebih dua jam kepada pemimpin Felda daripada keseluruhan 317 tanah rancangannya berlangsung hari ini.

Malaysiakini dan portal berita Merdeka Review bagaimanapun tidak dibenarkan membuat liputan pada acara itu dan hanya dibenarkan menghadiri sidang media selepas majlis berkenaan.

Buku Jingga yang memuatkan tawaran 100 hari sekiranya berjaya menawan Putrajaya antaranya berjanji akan membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketika Felda.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata tindakannya memasukkan Buku Jingga ke dalam tong sampah memang dimaksudkan kerana hujah pembangkang didakwa "amat salah".
Bantu keluarga miskin

"Pertama, mereka sebut tanah itu milik Felda Plantations. Felda Plantations tak ada tanah. Itu pun dah salah, belum lagi ulasan yang saya sebut (dalam sesi penerangan)," katanya.

"Itu sebabnya saya masukkan dalam tong sampah di depan peneroka, sebab mereka tak sudah-sudah pergi bagi borang tanah. Macam mereka ini DO (pegawai daerah). Nak faraid tanah, kononnya tanah Felda Plantations."

Sebaliknya, jelas Ahmad, Felda Plantations hanya mengurus dan pemilik sebenar tanah adalah "the big Felda" selepas kerajaan tidak lagi memberikan tanah kepada peneroka pada 1990 supaya ia dapat berdikari dan mendapat keuntungan.

"Dan itu sepatutnya bantu keluarga miskin lain. Jadi tanah itu tidak boleh nak serahkan pada anak peneroka. Dan kalau kita beri tanah pada anak peneroka, orang kampung yang ayah dia tak dapat tanah, Cina tak dapat tanah, India tak dapat tanah...

"Tiba-tiba nak lagi pada orang yang ada tanah tanah. Adil ke tu? Sebab itu saya campak buku tadi dalam tong sampah," soalnya lagi dengan sinis.

Ahmad juga berkata keuntungan Felda juga, antaranya melalui tindakan terbaru untuk menyenaraikannya di Bursa Malaysia pada Mei akan diserahkan kembali kepada rakyat.

"Itu jauh lebih baik daripada Buku Jingga dan 'Negara Berkebajikan' PAS yang juga sebut pasal Felda ini," katanya lagi. - Malaysiakini.

P/S – Penulis tidak berapa setuju  pendekatan mencampakkan Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan. 

Beliau sudah kehabisan modal ke?

Penulis berpendapat, tidak molek perbuatan itu diperlakukan sedemikian rupa tambahan pula, yang melakukan itu adalah seorang yang bertaraf Timbalan Menteri.

Kenapa jadi begini? Penulis percaya pendekatan keanak-anakkan ini bukanlah cara UMNO dan kerajaan bila berhadapan dengan parti pembangkang.

Sebagai seorang yang bertaraf Menteri, beliau sepatutnya perlu menjadi contoh yang baik kepada golongan intelek muda supaya mereka lebih beretika bila berhujah dan lebih profesional dalam memberi pandangan mereka kepada pihak orang ramai.

Mula-mula buang Buku Jingga dalam tong sampah, besoknya pula bakar bendera parti, lusanya pula memijak-mijak gambar pemimpin-pemimpin yang mereka tidak suka. Malah, jangan salahkan pihak pembangkang, jika ada di kalangan ahli mereka yang hilang sabar dengan melakukan perkara-perkara yang tidak baik selepas ini.

Berhujahlah dengan baik tanpa melakukan sebarang provokasi yang memalukan UMNO dan kerajaan. Gunakanlah pendekatan yang lebih berhemah agar rakyat faham apa yang ingin disampaikan oleh kerajaan.

Sekadar menasihati…..

17 comments:

Anonymous said...

entahlah, bergantung kepada persepsi orang kot....

cemana pun, stakat buang buku jingga tu masuk bakul sampah aku tak heran sangat, sebab banyak2 manifesto pembangkang pun dah masuk lori sapah, habuk pun tara... maybe ahmad maslan dah predict kemana buku jingga tu akan berada 2 tahun akan datang....

praha2 said...

kito mosti lihat dari sudut apo yang abik. kalo buku jingga tu tak botul facta nyo eden setuju dibuang kedalam tong sampah. mengapo tidak? kato oran zaman sekarang oran intelek? kalo ia pun pebuatan TM ini ak salah. kito ado otak fokir lah. dan apo yang dikato kan dalam buku tu semuo nyo anggan anggan jo elok lah ibuang ke dalam tong sampah. syabas TM kerano borani.

Anonymous said...

ok lah tuu...apa yg nak di sedihnya sgt, buku tu bukan setakat buang dlam tong sampah..pijak pun ok jugak...

Anonymous said...

Memang patut pun buku tu dibuang dlm tong sampah dan simbolik itu dibuat kerana penipuan. Kalau tak tegas nanti orang kata menteri lembab pula.

Anonymous said...

ok lah tuu.. naklebih baik sepatutnya tong najiskan hahahahaha

Anonymous said...

Kemana lagi sampah kalau tidak kedalam TONG SAMPAH....tidak usah dipertikaikan siapa yang mengutip dan membuangnya ...yang penting tempat Sampah adalah TONGGGGG SAMMMPAH!

Anonymous said...

Kalau tidak diTUNJUKKAN kemana SAMPAH harus di buang....maka akan terjadilah saperti apa yang terjadi di SELANGOR..DAh JADI NEGERI SAMPAH ..akibat dilonggokan ditempat yang SALAH..

Bravo utk Ahamad Maslan...bukan kah kebersihan itu menjaga kesihatan mental/physical satu tuntutan dan untuk kebaikan Rakyat .

Pengundi Baharu said...

Ingatkan Pembangkang je yang buat mcm tu. Barisan Nasional pun boleh buat juga.

Anonymous said...

Anon 9:17 dan 10:07... gua sokong lu... BIJAK!

Apsal lak tak boleh buang dalam tong sampah? Patutnya buang dalam lori taik je... menyemak. Memang tahap kena buang pun... penipu!

Anonymous said...

SEPATUT NYA BUKU JINGGA DAN ORANG2 YANG BUAT BUKU TU DI BUANG DALAM TONG SAMPAH!!

PEMIMPIN2 PR NI MEMANG SAMPAH DAN TEMPAT MEREKA IALAH DI DALAM TONG SAMPAH!!

Servant of God said...

Keterlaluan dan keanak-anakan?

Dari segi apa?

Dari perspektif retorik, gaya Ahmad Maslan memang sangat kena. Penuh gaya. Sangat kuat. Aku percaya impak aksinya semasa dia berucap memang apa yang dia cari.

Dari segi peradaban, mungkin tindakan yang agak kasar. Semestinya ia tidak sesuai jika kena pada orang yang tinggi budi pekertinya.

Tetapi pakatan sudah membuktikan mereka samseng yang pakai baju cantik. Konon nak pilihanraya yang telus, bukan dorang nak bincang dengan SPR, dorang buat Bersih 2.0 yang sial tuh. Konon mereka demokratik, tapi pilihanraya parti kucar kacir gila. Konon mereka beradab, tapi nak pi mendengar keputusan mahkamah bawa beribu orang penyokong, ada yang siap bawak parang, ada yang letupkan bom.

Untuk orang2 yang macam ni, pada rasa aku, memang tak guna kita berlembut2. Ini bangsa yang takde adab. Memang patut Ahmad Maslan berkasar dengan dorang.

Anonymous said...

lupa ke insiden bagi penyapu dulu..... org melayu memang mudah lupa....

Salam semua (R)... said...

Saudara Anon 3:37 PM,

Betul apa yang awak cakap. Dalam berpolitik, pendekatan secara keras dan tidak beradab bukanlah sesuatu akan melemahkan kekuatan musuh.

Sebaliknya, kita tidak secara langsung membakar api kemarahan pengikut-pengikut mereka. Keadaan ini ternyata merugikan UMNO kerana orang Melayu akan terus berpecah kerana wujudnya perasaan marah sesama mereka.

Begitulah ikhtibarnya dengan apa yang telah terjadi kepada peristiwa pemberi dan penerima penyapu seperti mana yang anon 3:37 PM maksudkan.

Jadi, mahukah orang Melayu berterusan sebagai pelupa?

Anonymous said...

tak de ke sesapa nak tulis buku betapa ngarutnya Buku Jingga..ngan fakta2?

Anonymous said...

kes bagi penyapu dengan kes buang buku jingga dalam tong sampah adalah dua kes yang berbeza...kes bagi penyapu tu macam nak tunjuk pandai (ingat senang ke nak bersihkan bandaraya dengan mentaliti masyarakat yang masih tak berubah), kes buang buku jingga ni memang patut pun sebab kesemua faktanya tak masuk akal dan menipu...

Anonymous said...

bakar sampai rentung lagi bagus sebab buku jingga dihasilkan oleh komponen IBLIS DAN SYAITAN BERSAMA KAFIR HARBI

Anonymous said...

Dia nak ikut style Toyo Penyapu la..last..last kena sapu...dia pun patut ikut sama....