Monday, February 20, 2012

Lawak Politik- Kak Tunda Belasah Lim Guan Eng Pasal Tarik Kereta.



Salam semua®…
Aktivis MCA Selangor Jessie Ooi yang kurang dikenali kini menjadi sensasi baru Internet apabila kemunculannya dalam debat antara pemimpin nombor satu MCA dan DAP semalam berjaya mencuri tumpuan.

"Saya separuh orang Pulau Pinang. Anda sentiasa bercakap tentang mengurangkan beban rakyat. Tetapi cukai taksiran naik. Semua harga naik.

"Lagi pula, pada 10.30 malam, saya nampak dua kali dengan mata kepala saya sendiri, jam 10.30 malam di jalan yang tiada kereta, kamu masih minta pegawai penguatkuasa tarik kereta.

"Ini menyebabkan pergaduhan. Bagaimana anda hendak jelaskan isu keselamatan ini? Adakah ini maksudnya mengurangkan beban rakyat," katanya.

Harian berbahasa Cina Kwang Wah Jit Poh menggambarkan muka dan telinga Ooi merah padam dan suaranya pecah ketika menyoal Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam.

Video daripada debat yang disiarkan langsung di kaca TV itu semalam kini dikongsi meluas di pelbagai laman sosial.

Bagaimanapun, kritikan padanya menjurus kepada mempersendakan dengan memberikan gelaran ‘Ms Tow Truck' (Kak Tunda).- Malaysiakini.

Komen Penulis
Tengok betapa teruknya Penang la ni. Sampai sanggup kerah pegawai penguatkuasa tarik kereta yang melakukan kesalahan pada waktu jam 10.30 malam di jalan yang tak ada kereta  pulak tu.
Mungkin ini kes ‘isolated’ kata orang puteh. Tapi, daripada suruh depa buat kerja lagu tu, baiklah suruh pekerja MPPP buat kerja lain yang lebih berfaedah contohnya pi tolong unit pencegahan maksiat  atau pi ronda-ronda di tempat yang banyak kes-kes jenayah.
Betoi seperti kata Kak Tunda, “Ini menyebabkan pergaduhan. Bagaimana anda hendak jelaskan isu keselamatan ini? Adakah ini maksudnya mengurangkan beban rakyat,"
Nasib baik tak ada pergaduhan  kat situ yang boleh bawak kepada kecederaan atau hilang nyawa waktu tu, kalau tak, naya pihak pengurusan MPPP nak jawab kat orang Penang.
Bukannya setakat beban rakyat Kak Tunda oi, buang masa dan tenaga pekerja-pekerja MPPP tu saja.
Ini bukannya masalah tarik kereta pasai tak bayar hutang bank, tapi tarik kereta pada waktu jam 10.30 malam di jalan yang tak ada kereta  pulak tu. Gunalah diplomasi sikit atau kalau nak lebih terang lagi, gunalah akai sikit.
Ini betoi-betoi ‘real’ punya suara rakyat yang marah pada Lim Guan Eng…

lannkb

5 comments:

Anonymous said...

Pada Pakatan Rakyat "rakyat" tu adalah orang yang mengundi depa...Kalau cakap sikit sikit rakyat...walhal depa lupa RAKYAT sebenar telah pun pilih BN pada PRU yang lepas...WOIIII PR kami pun rakyat lah

Anonymous said...

PR.....Hampes.....kalau depa perintah Malaysia...hancur la.

Anonymous said...

Aku rakyat yg tak suka dan menyampah dgn pakatan. So sedar dirilah wahai pakatan!

Dot said...

pilihlah BN.

pakatan rakyat bukan menjuarai rakyat tapi benar2 menyusahkan rakyat adanya!

pr ka yg membantu kita bila ibu kita nak melahirkan kita?
bila kita bersekolah? masuk universiti? sediakan peluang2 kerja? ...seterusnya sediakan keselesaan pencen di hari tua???? pas ka? pgayr ka? dap? jauh sekali pr membantu! pr hanya tahu membangkang!! membangang!!!!

Anonymous said...

Inilah komen-komen daripada mereka yang mengkritik tanpa pakai otak. Hanya harapkan keselesaan tanpa kerja kuat. Apa nak buat? Semua nih hasil BTN. Agaknya semua orang harus kerja kuat untuk menampung keselesaan sebilangan orang.

Tengoklah sendiri statistik PRU lepas. Siapa kata rakyat telah memilih BN jahanam?