Saturday, February 11, 2012

“Hendak didik mahasiswa jiwa besar tetapi tunjuk diktator. Janji Pakatan Rakyat mengarut," Kata pelajar KUIN.


Salam semua®…
Dua pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - yang digantung pengajian April tahun lalu - menyifatkan janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) atau akta yang mirip dengannya hanyalah "sia-sia dan mengarut".
 
Sambil menyatakan kekecewaan terhadap tindakan itu, pelajar Fakulti Usuluddin Mohd Faiz Mohd Arsyad berkata janji yang dinyatakan itu "tidak selaras" dengan tindakan kolej - yang dimiliki kerajaan Pakatan Kedah - menggantung pengajian mereka.

"Pada kami, janji Buku Jingga sia-sia sahaja. Ia tidak selaras dengan Buku Jingga yang hendak hapuskan AUKU dan akta mirip dengannya.

"Tindakan dilihat lebih bersifat mencantas, apabila mereka (mahasiswa) yang ke hadapan, dilarang bersuara dan dinafikan hak itu. Bukan untuk memimpin, rundingan di meja bulat (pun) tidak dibuat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Susulan tindakan itu juga, Mohd Faiz mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu "hampir tidak ada beza" dengan kerajaan Umno-BN, yang didakwanya menafikan hak bersuara mahasiswa.

"Sebelum ini Umno/BN, bila mahasiswa bersuara dikenakan AUKU. Di Kedah, kerajaan Pakatan Rakyat, bila mahasiswa bersuara, tindakan yang sama diambil," katanya yang juga presiden Majlis Perwakilan Pelajar KUIN.

Mohd Faiz antara lima pelajar KUIN yang digantung pengajian kerana didakwa terlibat dengan demonstrasi membantah kewujudan Sekolah Insan Bestari di kawasan kolej Kediaman Ar-Razi April tahun lalu.

Menang pilihan raya

Beliau digantung pengajian selama dua semester yang berakhir April ini, manakala tempoh penggantungan empat lagi rakannya telahpun berakhir dan telah mengikuti semula pengajian mereka di KUIN.

Empat mahasiswa tersebut adalah Muhamad Aiman Ab Razab, Zuki Latif, Ahmad Remy Mohd Arof dan Mohd Azlan Mat Zin - masing-masing digantung satu semester.

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Muhamad Aiman pula menyifatkan janji Pakatan dalam Buku Jingga itu sekadar "hendak menang dalam pilihan raya".

"Hendak didik mahasiswa jiwa besar tetapi tunjuk diktator. (Saya lihat) janji Pakatan Rakyat mengarut," katanya yang juga pelajar Fakulti Muamalat yang turut menyatakan kekecewaannya berhubung tindakan penggantungan itu.

Ahad ini, jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat dan memanggil Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan memberi penjelasan berhubung isu penggantungan kelima-lima pelajar tersebut.

Malah, kedua-dua mahasiswa itu - Mohd Faiz dan Muhamad Aiman - menunggu keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.

Bagaimanapun, Muhamad Aiman berkata beliau akan menyertai demonstrasi bersama-sama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) 19 Februari ini, jika Azizan tidak memenuhi tuntutan menarik balik penggantungan yang menggunakan AUKU atau akta yang mirip dengannya.

Manakala Mohd Faiz pula berkata beliau tidak pasti dan belum membuat keputusan sama ada menyertainya ataupun tidak.

Ketika ditanya berhubung perancangan mereka sepanjang tempoh penggantungan, Mohd Faiz - yang berasal dari Batu Gajah Perak- bekerja sebagai motivator di sekolah sekitar Butterworth dan Ipoh.

Buat bisnes

"Sekarang saya buat bisnes sikit. Saya buka (syarikat) konsultan motivasi dengan kawan-kawan," kata Mohd Faiz akan meneruskan pengajiannya bagi tahun keempat Julai ini.

Manakala Muhamad Aiman pula berkata beliau juga menjalankan perniagaannya sendiri dengan membekalkan sistem alat pembesar suara untuk majlis tertentu di sekitar Selangor.

"Ia masih berjalan. Saya berkongsi dengan rakan-rakan yang lain," katanya sambil mengikuti kelas pengajian 'Maqasid Syariah' sewaktu tempoh penggantungan.

Muhamad Aiman berkata walaupun tempoh penggantungannya sudah tamat, beliau memutuskan  untuk menangguhkan pengajiannya selama satu semester lagi bagi "menyelesaikan masalah peribadinya".

Bahkan, beliau menafikan tanggapan akan meninggalkan terus pengajiannya di KUIN walaupun menerima tawaran belajar di institusi pengajian lain di ibu negara.

"Saya masih sayang dengan KUIN. Prospek KUIN jauh. Semua mahasiswa berebut-rebut menuntut ilmu khususnya bahasa Arab. Saya sayang sangat KUIN," katanya.-Malaysiakini

P/S – Ternyata apa yang telah berlaku di PWTC dan di UPSI banyak memberi pengajaran kepada aktivis pelajar universiti bahawa mereka sebenarnya sedang diperalatkan dan diperkudakan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bagi memenuhi agenda politik parti pembangkang.

Di kala mereka (PR) memerlukan sokongan daripada aktivis pelajar-pelajar ini, ada di kalangan pemimpin PR yang tidak malu-malu bersama-sama dengan pelajar ini berdemonstrasi bagi menjayakan agenda politik mereka bagi menghuru-harakan kerajaan sedia ada.

Sebaliknya, amatlah menyedihkan kita, apa yang berlaku di KUIN adalah berlainan sama sekali. Terkenal dengan sikap ‘double standard’ mereka (PR), aktivis pelajar kali ini ditinggalkan bersendirian. Mana perginya pemimpin-pemimpin PR tadi?

Jadi, benarlah seperti kata-kata aktivis pelajar di atas bahawa janji Pakatan dalam Buku Jingga itu sekadar "hendak menang dalam pilihan raya" dan bukanlah untuk  memperjuangkan hak bersuara di kalangan pelajar universiti.

Kerajaan perlu cepat bertindak dan mengambil peluang dalam hal ini. Benar seperti kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin semalam bahawa Barisan Nasional (BN) perlu mengambil inisiatif untuk mendekati golongan muda dalam menarik minat mereka kepada gabungan parti itu.
  
Bekas Bendahari Umno selama 17 tahun itu seterusnya berkata, parti komponen BN juga mesti meluangkan masa untuk mempengaruhi golongan muda menerusi program, dasar dan polisi yang dijalankan kerajaan.
  
"Jika kita libatkan orang muda secara intelektual, mereka akan faham (perjuangan BN)," katanya.



3 comments:

Anonymous said...

Mahasiswa kalau diberi kebebasan untuk memberi pandangan akan bertindakan macam pembangkang saja mereka ini kalau dihasut terus terpengaruh bukan nak selidik dulu macam haram, otak pun belum mampu berfikir untuk memajukan didi sendiri ada hati nak menunjuk ajar kerajaan, aku pun tak setuju pelajar kat malaysia ni diberi kebebsan kerana mereka bukan boleh berfikir membina tetapi akan menjadi kaldai pemimpin politik pembangkang yang ingin memburukkan kerajaan sahaja, tapi nak belajar minta tolong karajaan juga.

Otak geliga said...

Sebahagian Mahasiswa ni bukan semua boleh berfikir secara rasional spt kata anon di atas.....maklumlah mereka hanya nampak KESEMPURNAAN dr segala segi......tapi mereka lupa betapa sukarnya nak memperoleh KESEMPURNAAN tu.....kerajaan bukan saja2 nak buat itu ini, pasti ada agenda yg tersendiri

kalau ikut pandangan pembangkang, sememangnya sealiran dgn budak2 U ni tapi cara pembangkang bercakap seolah2 mudah sgt nak mencapai KESEMPURNAAN tu tanpa perlu ada PERSIAPAN dr segala segi

senang cerita kau sbg pelajar U impian kau kalau boleh full mark utk semua paper.....CAKAP SENANG la....nak capai IMPIN SEMPURNA tu bukan mudah.....fikir guna Otak yg dianugerahkan akal bukan dgn nafsu yg sering mengikut hasutan Syaitan....lain kali jgn ikut kata N.Aziz.....korang belajar agama tunjuukan mana nas/dalil yg membolehkan manusia berkawan dgn Syaitan.....heh!, ikut lagi hasutan Tok Guru sesat ngan konco2nya

Anonymous said...

nik aziz berkawan dengan syaitan??? semoga allah melindungi rakyat malaysia dari nik aziz yang direjam