Thursday, February 09, 2012

Dominasi Pas dalam pakatan pembangkang gagal


Salam semua®…
Islam membenarkan persepakatan antara orang Islam dan orang bukan Islam dengan syarat pemimpin Islam mempunyai kuasa yang lebih dominan dalam sesebuah pentadbiran.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, tidak cukup sekadar menjadi seorang ketua, pemimpin Islam wajib memiliki keupayaan tersebut untuk memastikan pemerintahan tidak dikuasai oleh golongan bukan Islam.

Sehubungan itu, beliau berkata, dalam konteks tersebut, Pas sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam dilihat gagal mendominasi pakatan pembangkang yang turut dianggotai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Dalam keadaan sekarang Pas masih gagal mendominasi pemerintahan yang dikongsi bersama DAP sehingga terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan asal parti itu.

“Tidak seperti UMNO yang berdiri sebagai parti induk dan mempunyai pengaruh terhadap parti-parti di bawahnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Fathul Bari berkata, walaupun Pas mungkin mendakwa perkongsian kuasa dengan DAP dan PKR dibuat secara berasingan tetapi pemimpin parti itu perlu sedar siapa sebenarnya yang menerajui pakatan pembangkang.

“Dalam hal ini pemimpin Islam perlu lebih tegas agar isu Islam dapat diselaraskan dengan betul. Pas tak boleh diam, sama juga dengan UMNO,” katanya.

Menurutnya, Islam meletakkan dominasi dalam pemerintahan yang dikongsi bersama golongan bukan Islam bagi memastikan kedudukan agama dan kepentingan umatnya diperjuangkan pada tempat paling atas.

“Dalam Surah Al-Maidah Allah SWT membenarkan persepakatan antara umat Islam dengan bukan Islam dalam perkara yang berkaitan kebajikan dan taqwa.
“Itu dengan syarat mesti ada dominasi Islam, kalau tak ada itu yang jadi masalah sehingga kena ikut telunjuk golongan yang buat keputusan berasaskan hawa nafsu,” katanya.- Utusan.

P/S – Betul seperti kata Ustaz Fathul Bari Mat Jahya. Sebilangan kecil orang ramai termasuk ahli-ahli PAS sendiri tidak sedar tentang hal ini. Tugas utama pemimpin-peminpin PAS sejak dari duhulu lagi, mereka bercita-cita mahu menjatuhkan kerajaan UMNO yang dipimpin oleh orang Islam.
Mereka sendiri (pemimpin tertinggi PAS) dalam banyak keadaan tidak berupaya malah, tidak bersungguh-sungguh mahu menjadi Perdana Menteri bagi mentadbir negara.
Sebagai contohnya, beberapa minggu yang lepas, kita telah disajikan dengan berita bahawa  Presiden mereka dengan rasa rendah diri melahirkan kata-kata yang beliau  tidak berhasrat   lagi untuk  bertanding dalam PRU13. Nik Aziz pula dilihat terlalu uzur untuk memimpin Negara.
Persoalannya di sini, bagaimanakah mereka (PAS) hendak memimpin negara, kalau semangat dan kualiti yang ada di kalangan kepimpinan PAS tidak berada di landasan yang betul bagi memimpin negara Islam?
Sengaja merendah diri dengan meletakkan pemimpin yang tidak berakhlak  di kalangan PKR dan DAP bagi memimpin negara adalah dikira berlaku zalim dan tidak sepatutnya ada di kalangan pemimpin-pemimpin PAS. Malah, ianya terang-terang bertentangan cara kepimpinan unggul yang telah dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW di zamannya.
Pemimpin tertinggi PAS dan ahli-ahlinya  dilihat masih lagi meraba-raba dan sengaja menempah  risiko yang tinggi dalam memperjuangkan syiar Islam. Kerjasama dengan UMNO bagi memantapkan kepimpinan orang-orang Islam yang sepatutnya mereka lakukan, ditolak mereka mentah-mentah. Sebaliknya rakan sekutu dalam PKR dan DAP yang entah apa-apa akhlaknya pula dipeluk dan dicium bagaikan sahabat yang akan membawa mereka ke jalan yang benar di dunia dan di akhirat.
Sudah-sudahlah tu PAS, sebelum terlambat, baliklah ke pangkal jalan.

1 comment:

Anonymous said...

PAS menggap UMNO adalah musuh No 1 hinggakan slogan "asal bukan umno" di gahkan sebagai slogan PAS. Pas juga sanggup berkawan dg sesiapa pun termasuk syaitan.

Sementara AL QURAN pula mengistiharkan Syaitan adalah MUSUH yang terang untuk orang Islam.

Jadi kita org2 yg mempunyai akal fikiran boleh berfikir sendiri yg mana betul yg mana salah