Saturday, December 25, 2010

USTAZ IDRIS - SUDAH-SUDAHLAH TU, JANGAN KELENTONG LAGI !


Salam semua…

Penulis nak termuntah bila terbaca tulisan Ketua Penerangan Pas Pusat, Ustaz Idris Ahmad di dalam blognya yang bertajuk ‘Beri PR Perintah Baru Buat Tuduhan’ bertarikh 23/12/2010. Selanjutnya baca di sini.

Antara  kata-kata menariknya ialah “Pakatan Rakyat belum lagi memerintah negara ini, sedangkan BN sudah 53 tahun memerintah Malaysia. Beri kami perintah dulu, kemudian baru nilai prestasi dan banding dengan pemerintahan BN.”

Wah begitu hebat semangat Ustaz  kita ni. Semenjak beberapa hari kebelakangan ini, tidak adakah jurucakap PR selain Ustaz Idris? Lagaknya macamlah dia tu Presiden PAS ke, Ketua Umum PR ke ataupun Presiden DAP!. Apa-apapun kira-kira dia ni berani jugalah berbanding yang lain. 

Tentang komen sinis Ustaz Idris  yang ditujukan kepada  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas, penulis rasa terpanggil untuk menangkis hujahan beliau melalui cadangan balas penulis seperti di bawah.

Pada pandangan penulis sebelum PR bercadang hendak melaksanakan Program 100 Hari untuk  memerintah Malaysia, penulis cabar Ustaz Idris supaya beliau berani mendesak pimpinan kerajaan negeri-negeri di bawah PR seperti Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor  mulai sekarang perlu menunjukkan kemampuan mereka terlebih dahulu dalam melaksanakan apa yang telah mereka cadangkan kepada orang ramai semasa konvensyen PR ke 2 baru-baru ini.

Tidak payahlah terjah banyak-banyak, penulis cuma mahu 4 perkara dari cadangan mereka sahaja;


1.Cadangan mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

-Tidak perlu hapuskan tol seluruh Malaysia. Penulis cabar kerajaan negeri Pulau Pinang supaya memansuhkan bayaran tol Sungai Nyior sebanyak 50 sen dengan serta-merta.

2.Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan  imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.

-Penulis rasa tidak payahlah pilih guru kerana mereka adalah kakitangan kerajaan persekutuan. Sebaliknya untuk lebih adil, penulis cabar semua kerajaan negeri di bawah PR dengan kadar segera membayar tambahan imbuhan tetap sebanyak RM500 sebulan setiap seorang kepada semua kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri masing-masing. Itupun sudah cukup.

3.Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

-Penulis cabar semua kerajaan negeri dibawah PR yang telah menaikkan tariff air sebelum ini supaya dengan kadar segera menurunkan semula tarif air mereka.

4.Menyediakan perkhidmatan internet wifi  percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

-Penulis cabar semua kerajaan negeri di bawah PR dengan kadar segera menyediakan perkhidmatan internet wifi  percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

Apa macam Ustaz Idris,  anta boleh cuba ke? Kalau PR boleh buat, barulah anta boleh tunjuk kepala dan berkata ‘Beri PR Perintah Baru Buat Tuduhan’. Sekarang belum sesuai lagi, kenalah buat kerja dulu.

4 comments:

Anonymous said...

setuju sesangat. nape lah pengundi taksub pembangkang tak nmpk suma nih.

asemalpg said...

Ayat " Beri PR perintah dulu baru buat Tuduhan" dah tak sesuai sebab la ni PR dah pun perintah 4 negeri makanya kalau rakyat nak buat tuduhan dah boleh dah. Dan tuduhan yang di buat semuanya betul dan ada bukti tak seperti tuduhan si "ANU-gerah tuhan" tu mengenai APCO apa pun tak dak.

Saya setuju sangat dengan apa yang di ajukan. PR sepatut nya dah boleh membuktikan kepda rakyat segala perancangan depa sebab depa dah jadi "KERA-jaan' di empat buat negeri termasuk di negeri saya yang di perintah oleh DAPig's.

Anonymous said...

Kira-kira sekarang inipun kita boleh balun dah...

Cakap saja besar nak perintah Malaysia konon.

Tengok negeri yang mereka perintah, lagi teruk ada la.

Macam kelantan, rakyat beduyun2 lari keluar. Kedah pun sama. Orang melayu di Penang pun ditindas.

Pooodahhhhh...cakap saja lebihhhhhh.

Anonymous said...

hehe...memang dasar haiwan putus urat...impotent...toksah layan balok-balok tu sumer....